Nuffnang

Showing posts with label No Label. Show all posts
Showing posts with label No Label. Show all posts

Tuesday, December 9, 2008

?

Another post yg aku x tau nak letak topic apa. Yang aku tau tgn aku gatal nak menaip. Aku pedulik apa kan. Ini blog aku yg punya. Aku punya suka la kan...huahahha...Aidiladha, aku kat umah parent aku. Dekat je..Melawati. Tgh x tau nak buat apa, aku layan la amik gambar2 yang tergantung kat dinding umah tu. PAstu tgk balik...dlm duk tgk tgk gamba yg menimbun dlm memory card hp tu, maka terselit la gamba yang aku amik last week..gamba poyo aku masa konvo dulu. Tak banyak. Gambar kakak aku, gambar aku & gambar adik aku no.3. Maybe x lama lagi, thn dpn kot, gambar adik aku bongsu aku plak letak kat situ. Hehehe...gambar aku masa grad dulu. Gile kurus beb....!!!!...Dgn rambut aku yg panjang sampai bahu tu. Masa tu baru lepas potong sbb masa tu nak kena kemas skit time konvo. Masa konvo tu yg aku kena sound dgn member kolej. Sebab aku mungkir janji, potong rambut. Sorry la geng..cite lama.




Skang?..Yup, aku menjadi salah sorang saudagar 'tayar' berjaya di muka bumi. Hehehe..Aku dah gemok la maksudnya tu...apa daa...

Thursday, November 27, 2008

Hujan

Hari ni hujan lagi. Kalau x silap aku, hari ni hari ke 3 hujan . Maknanya hari ke 3 berturut turut aku kuyup. Mana tak kuyup, aku terpaksa redah gak hujan utk balik ke rumah. Tak boleh buat apa, redah je. Aku tggu kat opis sampai pukul 8:30 mlm dgn harapan hujan reda. Tapi tu harapan je la...

Kalau diikutkan, mmg aku tak tahan gak hari hari kuyup kena hujan . Tapi takkan aku nak tggu hujan betul betul berenti. Pukul brapa plak aku nak sampai umah?..Umah aku bukan dekat, nun jauh di Putrajaya. ERL kan ada, apasal x naik?...Uishh...poket aku plak x bleh nak tahan kalau naik ERL..tambang mahal tu..lebih RM300 sebulan kalau x silap aku..sedangkan blanja minyak moto kapcai Yamaha LC aku baru RM5 sehari...byk beza tu..lepas beli susu anak2 aku utk 2 tin sorang...!!
Ni la 'kuda' aku...pun kuyup gak...



What to do?...Redah je la...ada rezeki lebih bleh la beli kete satu lagi..insyaallah...

Monday, November 24, 2008

Blues

Siapa yang mute volume controller pc/laptop, tlg kasi on. Baru korang tau kenapa aku letak posting kali ni Blues. Yup, fav music aku BLUES. Walaupun aku suka Rock, tapi tanpa Blues maka tiada lah Rock. Bues adalah root kepada Rock music. Itu yang aku tau...

Blues adalah luahan rasa yang terpendam dalam hati, jiwa yang diterjemahkan melalui music. Dulu music blues ni org kulit itam je yang layan. Salah satu cara diorg luahkan apa yang terpendam dlm jiwa diorg. Masa tu dizaman diorg jadi hamba abdi. Masa tu blues didendangkan/dimain secara sembunyi. Tak bleh terang terang ooo...Kira underground la. Dah lama dah Underground scene ni kan...Sejak zaman dulu dah ada dah...

Kenapa aku suka Blues?...sebab solo gitar tu. Ada jiwa. Kalau tgk blues guitarist ni goreng..perghhh..layan beb. Setakat ni aku penah tgk Eric Sardinas live...kat Konsert Rentak Asia. Kira macam WoodStock la. Aku rasa tahun 99 atau 2000 masa tu buat kat Bukit Jalil. 2 Hari 3 malam beb...G3 turun. Eric Johnson, Steve Vai, Joe Satriani...closing..walaupun x dpt buat full performance, tapi ok la. Masa tu tgk Eris Sardinas main (show petang) perghh..siap goreng solo dgn api menyala kat gitar tu!!!...Local guitarist plak...syiok layan MatNor Hendrix (otai ni dressing macam Jimi Hendrix) & Julian Mokhtar Blues Gang, goreng Still Got The Blues..perghhh..layannn...

Ok la..enuff story 'bout blues...korang layan je...pada yg x minat blues korang mute je la volume pc/laptop korang tu...hahahah...

Gua Pun Nekad

Hedgebeewhy!!!..gua pun nekad gak. Depan mata kau aku register PCSN 4!! Bukan aku yg key in booking tempat utk PCSN 4, tapi kau jugak yg tolong key in. Ok la tu. 'Engine start button' dah kena tekan. Tu la, selagi tak tekan 'button' bila nak bergerak.

Insyaallah, kita layan PhotoCamp 4 bulan Feb 2008 nanti sesama. Walaupun D90 blum beli, aku nekad utk register PhotoCamp 4 tu jugak. Kalau pegi sesorg tak best. Aku bukan terer mcm hedgebeewhy tu. Angle ke laut..ntah apa apa ntah!!!..kalau suruh pegi Alpha Angle aku tau la..!!!..huahah..At least aku bleh mintak guide dgn org yang aku kenal masa PhotoCamp tu. Tak la segan sangat kan...

Hedgebeewhy, lu beruntung bro. Gua segan nak suarakan kat HR yang gua pun nak pegi PhotoCamp tu, konon2 company tanggung la. Tapi takpe, ada course lain yang gua nak apply. Gua nak company tanggung. Lu tau kan...Insyaallah, kalau ada rezeki, dpt la ...

Walaupun aku x sure dgn plan aku nanti selepas May 2011, aku x kisah. Kalau apa yang aku rancang tu tak menjadi, at least aku ada ilmu utk teruskan minat aku dlm photgraphy ni. Aku ada ilmu, aku ada senjata. Camera la tu..senang utk aku teruskan.

Aku nak bayar deposit PhotoCamp 4 tu tadi via online.


Sekali Under maintenance la plak....

Jawabnya, esok la aku buat payment. Nak bayar awal awal tadi, anak aku yang kecik tu belum tido, kang dihentaknya plak MacBook aku ni, baru padan muka aku.

Xpe apa apa hal, aku dah register. Tapi tu baru register, selagi belum bayar, tempat belum kompom. Nak buat camana, kalau ada rezeki aku pegi PhotoCamp 4 dgn hedgebeewhy, tak kemananya tempat utk aku tu....

Friday, November 21, 2008

Apa daa..

Sebenarnya aku dah taip panjang dah tadi. Tapi bila nak publish je, connection sangkut...Apa daaa...
Aku cuba la paste...mana la tau kot kot ada ke. Tapi gagal...
Malas la aku nak taip lagi sekali. Check kat draft pun xde..

Aku x nak serabut. Lagipun tajuk post aku yg tadi Aku TakNak Serabut II.

So aku biar je la...

Wednesday, November 19, 2008

Hanya Dikau

Oooo...hanya dikau ..saorang saja...
gemala hati..pujaan ku sayang ..penglipurlara kala duka...
Oooo...hanya dikau ..saorang saja...
penawar rindu..pujaan kalbu..selalu ku tggu tiap waktu..

hehe..itu la bait baik lirik lagu yang aku tgh dengar skang n. Korang penanh dengar x?..kalau x penah dengar cuba click link Ambitious Wedding Photographer kat tepi tu...best gile dengar pepagi ni..syiok bebbbb...hehehe..Lagu yang menceritakan perihal seorg lelaki yg memuji awek dia...aku rasa la kot..lagi pun lirik dia straight forward...

Best gile..ok la..nak pi iron 'jersi' plak...sambil dgr lagu tu

Tuesday, November 18, 2008

Kena Buang Kerja

Jangan terkejut bila baca tajuk post aku kali ni. Sebenarnya bukan aku yang kena buang kerja, tapi pekerja pekerja CITIGroup yang tengah risau skang ni. Tengok kat Buletin Utama tadi, CITIGroup announced bahawa sebanyak 53,000 org pekerja dibawah naungan CITIGroup akan dibuang kerja. Apa punye ramai depa nak buang kerja?!!!..APa Kes??!!

Ni semua sebab kemelesetan ekonomi dunia. 53,000 org yang nak kena buang tu maybe akan dilaksanakan tahun depan. Perghh..tadi masa staff gathering, VP cite la pasal penganggur yang ramai gile kat US skang ni...10 juta org yang menganggur skang ni kat US!!!...hah..amik kau...ramai gile...

Then, dia bagitau, tahun depan kemungkinan besar XDAK BONUS!!!..Hmm.. nak buat camana...pada aku, kalau dapat bonus alhamdulillah...nama pun bonus kan...

Sambil dok dengar VP berceloteh tu, aku kena racun lagi!!!...Kali ni dengan Brader Suhaimi plak...kalau x silap aku brader ni salah sorang animator Silat Lagenda (Produk KRU)..hedgebeewhy bleh kasi kompom samada aku betul atau silap...Terer gak dia ni amik gambar...byk yang cun cun...ada la dpt skit ilmu photography darpd dia skit tadi...

Si Sudin plak (member HOC) ajak lepak malam ni, bleh memain dgn DLSR dia...tapi terpaksa tolak dgn berat hati (bukan senang org nak bagi memain dgn DSLR dia)..wife aku OT malam ni..SO aku kena la jaga anak anak...kalau aku yg jaga, kompom dedua tido awal!!!...huahaha...

OK la...nak pi buat susu..standby kang nangis si kecik tu plak kang....

Friday, November 14, 2008

Racun

Ni post aku yg kedua dlm tempoh beberapa jam. Tadi dah post satu, ni post lagi satu. Gile menaip ke apa aku ni..huahaha..Aku baru bangun tido sebenarnya tadi ni. So paham paham je la kan, mata cerah lagi.

Lepas abis semua website yang biasa aku lepak, mata x bleh pejam lagi. Gile...pagi esok nak pi opis kejap amik barang utk hantar ke VMC. Ada brg utk sound system Ijad terlupa nak anta skali. Maka, x cukup rehat la aku. Tak bleh nak salahkan Ijad or geng yg prepare brg sound system tu, sebab diorg pun bukan familiar sgt dgn audio system ni. No hal, kekawan aku punya pasal aku paham, aku tlg mana yg patut. Sebab tu aku post lagi kat blog ni, SEBAB AKU X BLEH TIDO..hehe.

Siang tadi, hedgebeewhy, racun aku. Dah byk kali mamat ni racun aku. Sebenarnya mmg aku dah termakan racun mamat ni. Mamat ni racun aku beli D90. Memang sebelum D90 ni dilancarkan, Azri dah cite kat aku pasal D90 ni. Tapi sebab aku xde sen, aku tak amik port sgt la. Ye la, stail aku mmg macam tu. Kalau xde, buat cara xde. Hedgebeehwy tambah racun lagi, ajak pegi amik course. PhotoCamp. Siap tunjuk website PhotoCamp tu. Gile gempak beb...Aku tergugat. Aku mmg minat photography ni. Lama dah. Cuma aku xde geng je. Compact digital camera pun xde dulu. Skang ni pun guna Camera handphone je...daifnye la aku ni... Hedgebeewhy ajak team-up. Yup, photogrpahy ni kalau ada team lagi best. Bleh kongsi idea, kongsi xperience, teknik..memcam la..

Sebelum wife aku pi keje tadi (dia kena OT), aku ada bagitau ada benda nak bincang dgn dia. Tadi dia balik lebihkurang 12:30 mlm tadi, aku pun tgh tido masa tu. Ngantuk beb..dia kejut, suruh makan sebab aku pesan roti telur. Sambil aku pekena roti telur, kami borak la pasal yg aku nak bincang tadi. Sebenarnye, aku nak tanya pendapat dia yg aku nak beli D90.

Wife aku bagi full support. Dia paham situasi aku, dia tau aku dah x larat. Dia tau aku x suka layan kehendak org je...dia kenal aku. Dah lebih 10 thn dia kenal aku, walaupun usia perkahwinan kami baru je nak jengah ke 5 thn. Tapi kami kenal sejak aku blaja kat kolej lagi. Sebab tu dia paham aku. Dia x kisah kalau aku nak buat freelance. Lagipun aku dah cakap, apa plan aku pada May 2011 akan dtg. Insyaallah...

Hello bro...bini gua ok je...skang terpulang pada aku samada nak beli ke x D90 tu. Modal besar tu. Tgk la, aku pun tgh usaha kumpul modal. Kalau aku rasa ok, aku akan beli 'benda beracun' tu..D90 la tu..bleh team-up bikin projek nanti...hehehe...

Wednesday, November 5, 2008

Alamak!! Hilang..

Alamak!!..Hilang la pulak...

Macamana la aku bleh x perasan Blogger List kat blog page aku ni hilang. Ni musti kes masa aku tukar template baru ni. Hmm...jenuh nak ingat blog siapa yang masuk dlm 'menu'. Walaupun x byk, tapi sebab aku ni bukan jenis yang amik port sgt sbb tu aku x ingat melainkan bloggers from my office je. Still aku belum ada mood utk masukkan 'menu' bloggers tu. Walaupun kedua-dua anak anak aku dah tido. Aiman tido since aku balik kerja lagi. Mat Shad plak aku tidokan lepas bagi dia makan malam, lebih kurang 8:30 pm tido dah. Dia paham kot sebab aku bagitau aku penat sgt hari ni. Tengok la gambar kedua-dua beradik tu...

SALE!!!


There will be a warehouse sale this weekend!!...Info yang aku dapat via email daripada member aku, Efi. Sony Centre Warehouse Sale. Siapa yang kaki gadjet bak Inspector Gadget, apa lagi, korek la tabung korang hehe...Maklum la, baru lepas raya la katakan. Banyak habis duit, walaupun dah lebih sebulan raya Aidilfitri berlalu, maybe belum sempat kumpul duit. So terpaksa la korek tabunggggggg...Macam aku la..hehe. Aku confirm x pegi Sony Warehouse Sale ni. Hujung bulan ni roadtax & insurance kereta Civic buruk aku tu dah expire. So pepaham je la...

Tuesday, November 4, 2008

Boring

Getting bored with the current template...rasa mcm nak tukar je...tapi nanti la..tgh xde mood...label label pun rasa mcm x nak bubuh dah...tgk la nanti, I'll think 'bout that later ..for now pusssss...tido la...

Monday, November 3, 2008

Hotel Ayam

Aku ada cite pasal aku outstation ke Pulau Mutiara last week. Menginap kat hotel yang aku x penah teringin pun nak rasa. Memandangkan hotel ni mmg dekat gile dgn tpt aku nak buat keje, aku pun okay kan aje..Tapi kalau aku sorang jgn harap aku nak duduk kat hotel mcm ni...takut weiii...KOrang tengok la sendiri...
Bangunan tengah yg sayup mata memandang tu la tpt aku nak pi buat keje..

Plug top ni spesis terakhir, kalau jahanam kompom x de stok..size plug top sebesar ibujari kaki..

Keychain pun ol'skool...mcm hotel kowloon je...

KOrang tgk mcmana tv tu diletak..gile, mesti ada org penah bawak lari tv kuar hotel..huahah

Kerusi ol'skool ni jadi tpt aku letak MacBook aku...


Tengok cermin, kepala katil dgn site table lamp...ol'skool bebb...



Sarung bantal siap ada cap Hotel lagi..mcm la org nak amik...


Gile Letih

HAri ni ntah apa yg aku buat aku pun x tau. Gile letih!!..Dah la pagi tadi masuk keje pukul 9:30, letih gak tu. Memang letih, bangun tido awal dah. Lepas settle semua, aku kejut la si Aiman. Dalam mata dia pejam "kejap lagi Man bangun bleh x, abah? Man ngantuk..."..kesian ku tgk kat anak sulung aku ni. Ye la, mlm smlm memang dia tido lewat, ikut aku punya pasal la tu. Member lama aku dtg umah. Org Sg. Petani. Seminggu dah dia kat Putrajaya ni, ngantar wife dia lapor diri masuk keje gomen. Kalau ikutkan, segan gak aku nak terima tetamu ni. Ye la kan, umah aku ni dah mcm rumah tumpangan murah. Kosong je, xde apa apa...tu sebab aku x penah jemput kekawan opis jengah umah aku...hehehe..

Lepas Aiman ckp dia nak tido sikit je lagi, aku pi la sesiap mandi, pakai uniform semua..pastu kejut balik Aiman. Mandikan dia, pakai kan baju dia sambil dgr dia cakap "Abah...Aiman nak tgk Postman Pat sampai habis boleh x?"..aku cair lagi...tgk time remaining cite Postman Pat, cite tu abis pukul 8:57 pagi!!!...alamak..x pe la..janji aku tinggalkan Aiman kat Taska dalam keadaan dia ok, x nangis. Aku x suka tinggalkan dia dlm keadaan nangis, susah nanti. Sebab bila dia nangis, dia batu. Bila dia batuk, muntah plak kang, kan dah susahkan Cikgu/Pengasuh kat Taska tu...tu yang aku x suka.

Aku tinggalkan Aiman dlm keadaan dia senyum sambil pegang Clorets. Biasa la, pepagi sbm sampai Taska kena pau dulu la..hehe..time tu tgk jam dah 9:10am. Aku rempit kapcai aku ke opis sejauh 36km dengan kelajuan 130-160kmj...9:30 am aku scan ibujari aku...hmmm..merah lagi attendance aku hari ni. Nak buat camana.

Memacam kerja yang aku buat. Biasa la , dah nama nya bekerja, macam tu la. Balik plak dah dkt pukul 7 mlm. Aku lewat lagi. Kenapa aku lewat? Biasa la, singgah MR, singgah Sooka, aku park motor kapcai aku kat Sooka. Jumpa plak 'Budak Kelantan', Adi (org tganu sebenarnya mamat ni) dgn Kpl Khazairi. Borak lagi. "ish, x bleh lama ni" kata hati aku. Memang la x boleh lama, wife aku call tadi bagitau dia letih sgt. So, aku paham, aku janji nak beli lauk utk makan malam. Bila dah kat Hiway MEX (Maju Expressway a.k.a Hiway Putrajaya), mata aku berat sgt. Tapi bila sampai kat R&R tetiba aku segar. "uishh, bau sate bebbbb"...heheh Kat R&R tu ada cawangan Sate Kajang Hj. Samhuri. Favourite aku tu, sate...bila dah dekat dgn tol aku terlelap kejap. On Off mata aku sampai la ke bawah blok flat gomen tempat aku tinggal.

Bukak je pintu, Mat Shad (anak aku yg ke-2) merangkak ke pintu sambut aku. Hari hari macam tu. Heran gak aku apasal Man x join adik dia hari ni...la, tido rupanya..hehe penat sgt kot. Lepas mandi, solat aku bagitau wife aku yg aku x larat nak pegi beli lauk. Ngantuk sgt, tapi x pe aku masak. Plan nak masak nasi goreng je...aku kalau pasal makan, apa ada hal, semua bedal. Aku usha washing machine, dah ada pakaian yg dah siap di basuh. Kesian kat wife aku, aku tlg sidai mana yg maut utk ruang sidai pakaian kat rumah aku ni. Ada skit je ruang, so x byk yg aku bleh tlg. Wife aku nak masak gak, dia kesian kat aku kot. Aku bagitau , toksah masak mengarut la, goreng telur je cukup.

Dia akur, ikut apa yg aku cakap. Susah nak jumpa org macam ni wei...dengar cakap suami..hehehe...Sambil wife aku masak, aku layan anak-anak. Mat Shad, super aktif. Memanjat je keje dia. Aiman plak sejak bangkit tido, terus layan drift kat youtube. Siap pakai glove lagi, konon konon bawak kete lumba la tu. Minat betul dgn drift. Lepas makan aku tutup lampu, Gelap.

Itu je satu cara nak bagi Mat Shad tido. Aiman x kisah la kan, dia dah besar. Baru je sambut harijadi sabtu lepas. 4 tahun dah umur dia.

hmmm...aku pun dah ngantuk..nak tido la...Maybe Esok aku post gambar hotel 'ayam' yang aku cite hari tu...hehehe

Friday, October 31, 2008

Nak taip jugak

Hahaha...sebenarnya aku xde apa nak crite, tapi aku nak menaip jugak...apa kes ni?..hehe..nak crite pasal org lempar duit kat KL Sentral, si shanim dah cite..kat suratkhabar Malay Mail pun siap frontpage lagi...kaya amat org yg lempaq duit tu...ahh lantak la, ntah ye tidak duit dia...dari mana sumber org tu dpt duit pun kita x tau...biaq pi kat dia...

Aku ada cakap nak post gambar Hotel Ol'skool tpt yg aku dgn azmi, duha lepak masa pi keje kat P.pinang haru tu. Tapi mood nak transfer/upload gambar2 tu semua xde lagi...padahal bukan susah pun, activate je Bluetooth pastu transfer ke laptop sblm upload ke blog ni..Nanti nanti la...

Lagi pun aku baru je lepas settle menaip. Taip apa?...taip quotation geng...apa kejadahnya buat quotation memalam mcm ni...??!!..Ahh..patut aku submit quotation tu rabu lepas lagi, sehari lepas kau buat site visit ke Angkasapuri (Si Shanim musti x tau pasal projek ni, sbb xde kene mengena dgn company kitorg koje..huahahaha). Hehehe...projek ni aku dpt dari member lama aku. Member masa aku bujang2 main mujik dulu..."aku bagi kau je la G, projek ni. Layan satu Malaysia"...perghhh...gile apa. Aku ni company pun xde...mcmana nak buat projek mcm tu..."kalau mcm tu, kau berenti je keje, kau keje dgn aku"...ahh...apa kes nak suruh aku berenti plak...aku target 2011 baru aku nak berenti, lepas tu baru kau bleh amik aku keje...tapi aku x nak keje utk org lain lagi dah masa tu...aku nak layan sendiri...

Projek kat Angkasapuri kira 1st projek utk aku mulakan tapak aku. Walaupun aku xde company sendiri..nanti la aku register, biar settle projek ni dulu. Aku ajak lagi 3 org member aku join. Kalau diikutkan aku employ je diorg buat part time. Tapi sbb ni 1st projek yg agak besar, aku decide utk split to 4 dgn diorg. Xpe..permulaan, aku x nak tamak...aku nak kongsi 1st projek ni dgn kekawan, keluarga aku....Nanti bila Main Con puas hati dgn keje kitorg, projek seterusnya aku akan buat bebetul...sbb pusing satu Malaya bebb...

Dah nak abis dah tahun 2008 ni, byk benda yang aku cuba x menjadi...harap2 projek yg aku dpt tanpa aku carik, tanpa aku rancang ni menjadi..Mungkin Allah bagi rezeki projek ni kot...Aku nak buat bebetul, walaupun aku agak takut takut...ye la...pintu dah terbukak, tinggal nak melangkah masuk je lagi...

Apa apahal esok pagi nak bawak geng yg nak buat keje kat Angkasapuri tu tgk site. Insyaallah kalau Mian Con puas hati dgn quotation aku, Isnin or Selasa projek MULAAA....

*siapa bleh bagi cadangan nama company apa utk aku register?...
Ada gak few yg aku dah pikirkan...tapi mana la tau kot2 korang ada nama yg lagi best ke...hehe

Wednesday, October 29, 2008

Posting From Pearl Island

Hmmm..Aku ada di Pulau Mutiara. Aku nak start post blog cakap Melayu since aku nak try tgk Google bagi x advertising kat blog aku ni walaupun aku x post cakap org putih. Letih. Gile letih. Patut aku dah ada kat Penang siang tadi agi. Tapi nak buat camana, bos aku pun mcm x bagi pegi je. Padahal sejak 2-3 minggu lepas dah tanya bila nak pegi Penang. Gerak pukul 7 mlm tadi. Sampai R&R Tapah sejam setengah lepas tu...lepak jap 30 minit. Teruskan perjalanan ke Penang Sentral. Sampai Penang Sentral lebih kurang 11 mlm. Tinggalkan apa yg patut gerak masuk pulau plak...menuju ke EPF Jalan Sultan Ahmad Shah. Pusing punya pusing (Duha lupa jalan ke tpt tu)...12:15 mlm sampai. Tggu Daud & geng dtg plak..sampai je diorg terus unload brg lepas tu terus ke Hotel. Hotel Oriental. Geng task force kata ni Hotel 'ayam'..Gile olskool habis hotel ni. Macam bilik hotel dlm cite cine lama. Nanti la aku cite/post gambar hotel ni.

Aku ngantuk dah..Duha dgn Azmi dah berlayar dah pun...lepas solat kang tido la..challooooo

Tuesday, September 23, 2008

Kena tag!!

Aku mmg x brapa nak ingat sgt pasal life aku masa kecik kecik...but since dah kena tagged dgn si elf ungu buat kali ke-2 (1st aku x buat pun..), maka ini la jawapan pada setiap soalan yg diberikan...tapi aku pesan pada adik adik aku..."lu org jgn ikut perangai x elok abg lu org"....kenapa aku pesan?...sbb adik beradik aku pun kekadang baca gak blog aku ni...

5 tabiat buruk anda time sekolah…

1. ponteng skolah/kelas (lepak dlm bilik air lama lama, bila parent aku dah pi keje, aku masuk bilik tido balik. Aku x suka ponteng skolah lepak kompleks, mcm poyo je lepak kompleks).
2. balik umah ikut suka je..kalau baju kotor sbb PJ, pakat ngan kekawan amik bas Sri Jaya no.270, balik umah je terus...
3. suka sgt tlg org dlm yg dlm masalah, last last aku yg dpt masalah balik...sampai pernah jadi kes polis, muka berparut (parut kecik je, org x perasan sbbb jerawat cover hehehe..)
4. suka bergendang ketuk meja dlm kelas...maybe sbb tu aku bleh main dram kot...walaupun x terer mana, yg penting aku pernah performed few times dgn Zero Breakdown & Rimba Bara Huahahahaha...
5. takut pompuan...hehehe

3 favourite subject anda… kenapa?

1. English. Sebab cikgu bagi green light utk kitorang x blaja/focus masa subjek tu..tpt aku jadi port...bleh buat apa saje yg kitorang nak buat...
2. PJ la beb....aku suka bersukan..pastu lepas PJ bleh balik ikut suka hati...(lari dari skolah la tu)..
3. Sains. Bleh tido maaa....

3 subjek yang anda tidak suka… kenapa?

1. Math. Cikgu garang, siap kena sumpah failed Math SPM...bebetul jadi plak tu...!!Sbb tu aku slalu x ingat formula kira kira...
2. Geografi. Sama gak, sbb cikgu garang. Siapa SMLK mesti kenal dgn Cikgu Hippies.
3. English (masa form 1-3 SMLK). Sbb cikgu tu cakap menyembur-nyembur, aku duduk dpn skali plak tu..so pepaham je la kan...


Menarik pada kamu???

Aku x tau la pasal ni...apa kata kalau korang je yang bagitau kat aku....

Kamu paling suka?

Anak-anak aku....

Anda tidak boleh hidup tanpa?

yang pasti, kalau x diberi nyawa mcm mana nak hidup kan...selain tu aku akan rasa gelisah (bukan x bleh hidup) kalau xde internet, komputer/laptop, x dpt main bola, impian ..itu je buat masa ni..

setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?

aku x hubungi sesiapa, cuma baca la ayat ayat Al Quran yg aku tau...baca sesama dgn anak aku...tu pun kalau aku x terlelap secara autimatis la...selalunya aku lelap secara tiba2 ....

Friday, September 19, 2008

3 Days North.




I was in northern area of Malaysia for 3 days, got some IT related jobs. Totally simple networking /remote user email setup. Went there together with Azmi and Shukri (UniKL IT Trainee). We were in Alor Setar for about 5 hours and rushed back to Penang to sent our Boss to Bayan Lepas Airport. Yeahh...his flight scheduled at 10:45pm.
Checked in at Pearl View Hotel in Butterworth at 1 am. Had our 'sahur' at 4am. We were the first stepped in to the Roof Top Cafe for sahur. That was my first time having sahur at Hotel..ahaks...
The next day, we went to Penang Sentral to configure email for remote users. All done by Shukri. Hehehe I just double checked his job, that's all....hehhehehe...Break fast together with Helmi , Azmi, Shukri and AP Cpl. Ross Kenedy. Snapped some pictures, some experimental pictures...yeah using my K800i Sony Ericsson Handphone. Shukri, using a compact camera that he borrow from his friend. Hahaha...we just snapped anything, spontaneous. We get some cool images...hhahahaha...we assume laa....hahaha... Then after we enjoyed surfing Internet at Penang Sentral definately using their Internet Broadband connection...hahahaha... Thanks a lot guys...

We get back to Pearl View around 11 pm. Mandi mandi , then we booted up our notebooks...yeah all 3 notebooks were booted up, a Dell notebook and 2 MacBook!!!!...we were like Hackers trying to mess a corporate network...!!!!...Hahaha...Hackers wannabe la konon....
The hotel Maintenance Technician was disturbed by a call, "Hello, xde power supply la kat bilik 913, power trip."...Hahaha...Aku punye kerja la tu....x sengaja la bro....We surf Internet until 3 am after everything back to normal.

Again had our sahur at the hotel cafe. This time we were the last group stepped in. Hahaha...padan muka, siapa suruh tido lewat....10am went to Seberang Jaya. Again, setup email for remote users.
We went to Rope Walk in Butterworth Penang before we leave Penang. Sempoi....you may found some unexpected stuffs there. But, most of the items are second hand stuffs...bundle...Azmi and Shukri bought some there. Azmi bought a songkok (RM28) and a pair of shoes, can't remember the brand but almost similar design to my Timberland shoe. He got it at RM40!!!...Shukri bought 2 pair of shoes, a Adidas and a Gucci, RM80 for 2 pairs!!!

Then, we're off to KL!!!

Thursday, September 11, 2008

Surfin' With The Alien!!




HAHAHa...sound like Joe Satriani's album rite?...If you listen to instrumental rock guitar, you know who Joe Satriani is. This is not about Joe Satriani, it's all about mobility. Have you heard about Streamyx Mobility recently?...Yeah, I'm using it !!!...

Thanks to Fairuzah, TM Account Manager for the company I work for. Thanks for giving me the information that I need. Hehehe...Thanks to Husmadi and Mazlan. Yes, Mazlan the Streamyx installer came to install Streamyx Mobility 2 hours ago. Kesian dia..he looks exhausted...(aku plak lupa nak pelawa dia minum...adus kesiannn dia)...Planned to snap a photo of him while he install & configure everything, but bila kesian I forgot everything...apa daaa....

Mazlan took out his Asus Eee and configured the Riger ADSL modem. Had some chitchat and I managed to get everything about this Riger ADSL modem. Normally Streamyx installer give nothing about how to configure the ADSL modem. Previously TMNet never provide any Streamyx wireless modem, you need to plug wireless access point (AP) to Streamyx modem, ZTE or Billion or you have to buy wireless ADSL modem router yourself. I know how to configure ZTE and Billion modem but never know about this Riger ADSL wireless modem. As I mention before, this is a new service package from TMNet. Maybe you've heard about Streamyx Combo with RM60 permonth, for this Streamyx Mobility, just add another RM10 and you may surf the internet from anywhere in your house. Great isn't it?!!...

Normally Streamyx installer will configure ZTE / Billion modem for you and you have to establish the internet connection manually, similar like you do a dial-up 56kbps modem. Hey, do you know that Streamyx Broadband equals to ALWAYS ON internet connection? YES it suppose to be ALWAYS ON!! Meaning that when you swicthed on your modem,pc and just click Firefox, IE, Netscape, Safari to surf the internet. No need to do dial-up manually each time you wanna surf the net!!...If you ask them to configure the ALWAYS ON ADSL connection, they will charge you RM30-RM40 !!!..Hey that is about 2-3 minutes configuration bro...!!!

Nevermind that...now I can surf the internet from home....hehehe...just about 12 days after registration!!!...Lucky me...maybe you have to wait longer after register for Streamyx Broadband. Alhamdulillah....for those who still waiting for your Streamyx Broadband...jgn marah aaa.....still, there's alternative from other providers...hehehe...

Wednesday, September 3, 2008

Just Few Images


Lucky me. Almost injure myself when I was about to lean against it.


Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.


KTMB Depot Tunnel.


Kembali.


A 29 years old Kelantanese fall from the Gondola 2 days ago. He died. Badly Injured.

Nothing to share. Just few images that I snapped since last week.
Enjoy je la...Itu pun kalau enjoy...kalau x enjoy, bebuat la mcm enjoy..

Tuesday, August 19, 2008

Silent Night

I'm blogging at my office, in KL Sentral, at this time, 3:02am. What am I doing in KL Sentral at this time??...ahaks...actually I'm monitoring a contractor doing some troubleshooting for commuter train schedule display boards. Already assigned my colleague to monitor them but since our client keep asking me the status of the system, I have no choice to monitor by myself. At least I know what is the real situation and I can update our client without any inaccurate information.

I'm thinking to post an image of house for rent, which belong to my parent. Maybe I post it later, within this week.

We're in the middle of school holiday, definately for school children laaa...not us..hehe..Lots of events. I attended 2 of it, MAHA2008 and Putrajaya International Fireworks Competition. Maybe will post about those soon. Untill then...choww....