Nuffnang

Friday, November 14, 2008

Racun

Ni post aku yg kedua dlm tempoh beberapa jam. Tadi dah post satu, ni post lagi satu. Gile menaip ke apa aku ni..huahaha..Aku baru bangun tido sebenarnya tadi ni. So paham paham je la kan, mata cerah lagi.

Lepas abis semua website yang biasa aku lepak, mata x bleh pejam lagi. Gile...pagi esok nak pi opis kejap amik barang utk hantar ke VMC. Ada brg utk sound system Ijad terlupa nak anta skali. Maka, x cukup rehat la aku. Tak bleh nak salahkan Ijad or geng yg prepare brg sound system tu, sebab diorg pun bukan familiar sgt dgn audio system ni. No hal, kekawan aku punya pasal aku paham, aku tlg mana yg patut. Sebab tu aku post lagi kat blog ni, SEBAB AKU X BLEH TIDO..hehe.

Siang tadi, hedgebeewhy, racun aku. Dah byk kali mamat ni racun aku. Sebenarnya mmg aku dah termakan racun mamat ni. Mamat ni racun aku beli D90. Memang sebelum D90 ni dilancarkan, Azri dah cite kat aku pasal D90 ni. Tapi sebab aku xde sen, aku tak amik port sgt la. Ye la, stail aku mmg macam tu. Kalau xde, buat cara xde. Hedgebeehwy tambah racun lagi, ajak pegi amik course. PhotoCamp. Siap tunjuk website PhotoCamp tu. Gile gempak beb...Aku tergugat. Aku mmg minat photography ni. Lama dah. Cuma aku xde geng je. Compact digital camera pun xde dulu. Skang ni pun guna Camera handphone je...daifnye la aku ni... Hedgebeewhy ajak team-up. Yup, photogrpahy ni kalau ada team lagi best. Bleh kongsi idea, kongsi xperience, teknik..memcam la..

Sebelum wife aku pi keje tadi (dia kena OT), aku ada bagitau ada benda nak bincang dgn dia. Tadi dia balik lebihkurang 12:30 mlm tadi, aku pun tgh tido masa tu. Ngantuk beb..dia kejut, suruh makan sebab aku pesan roti telur. Sambil aku pekena roti telur, kami borak la pasal yg aku nak bincang tadi. Sebenarnye, aku nak tanya pendapat dia yg aku nak beli D90.

Wife aku bagi full support. Dia paham situasi aku, dia tau aku dah x larat. Dia tau aku x suka layan kehendak org je...dia kenal aku. Dah lebih 10 thn dia kenal aku, walaupun usia perkahwinan kami baru je nak jengah ke 5 thn. Tapi kami kenal sejak aku blaja kat kolej lagi. Sebab tu dia paham aku. Dia x kisah kalau aku nak buat freelance. Lagipun aku dah cakap, apa plan aku pada May 2011 akan dtg. Insyaallah...

Hello bro...bini gua ok je...skang terpulang pada aku samada nak beli ke x D90 tu. Modal besar tu. Tgk la, aku pun tgh usaha kumpul modal. Kalau aku rasa ok, aku akan beli 'benda beracun' tu..D90 la tu..bleh team-up bikin projek nanti...hehehe...

7 comments:

liyana said...

hahaha...tahniah abg hezri kerana berjaya meracun..welcome to the photography team..hihi..tp kalu nk beli d90 gak, beli je la body die je, lens beli lain yg lg power dr kit lens die..huhu

shanim said...

erk..abg nak pi mana may 2010?? wa pon dah tak tahan ngn workload...uhuk uhuk...

hedgebeewhy said...

aku amat terharu kau sudi makan racun aku...hahaha, tapi ni racun baik bro...sebenarnya wa ada racun lagi sorang geng kita, skang ni diapun tunggu greenlite gak kot.

corneamelayu said...

liyana - tgk keadaan/bajet.
shanim - tgk keadaan gak. buat masa ni itu prancangan aku. future x tau lagi. kalau ok, aku stay la..
hby - siapa sorg lagi?..amacam jadi ke nak team-up?...hehehe

Hidemichimomotani said...

Kerja meracun je si hby tu kan...apa dia ingat dia keje vector service ker!? Blah lah...

Perghh, sabar bro...gua takat ngidam D80 je lu bid D90...cayalah!

Bila nak angkat tu...mcm dah dekat je...tunggu wa nak angkat kain sidai kat luar tu jap!

hedgebeewhy said...

nak tau sorg lgi tu...hehe...sape lagiiii osmann laa. nasi baik si momotani tu jauh kalu tidak ngan nko nko aku racuni...huahhhaahahaaa

Abang Long said...

RACUN? Bab racun2 nih aku agak sensitif sket coz pasal racun la aku menganggur dah nak masuk 7 bulan. So, D90 tu aku mampu beli gambar dia jer la buat masa nih..isk..isk..isk