Nuffnang

Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Monday, November 24, 2008

Gua Pun Nekad

Hedgebeewhy!!!..gua pun nekad gak. Depan mata kau aku register PCSN 4!! Bukan aku yg key in booking tempat utk PCSN 4, tapi kau jugak yg tolong key in. Ok la tu. 'Engine start button' dah kena tekan. Tu la, selagi tak tekan 'button' bila nak bergerak.

Insyaallah, kita layan PhotoCamp 4 bulan Feb 2008 nanti sesama. Walaupun D90 blum beli, aku nekad utk register PhotoCamp 4 tu jugak. Kalau pegi sesorg tak best. Aku bukan terer mcm hedgebeewhy tu. Angle ke laut..ntah apa apa ntah!!!..kalau suruh pegi Alpha Angle aku tau la..!!!..huahah..At least aku bleh mintak guide dgn org yang aku kenal masa PhotoCamp tu. Tak la segan sangat kan...

Hedgebeewhy, lu beruntung bro. Gua segan nak suarakan kat HR yang gua pun nak pegi PhotoCamp tu, konon2 company tanggung la. Tapi takpe, ada course lain yang gua nak apply. Gua nak company tanggung. Lu tau kan...Insyaallah, kalau ada rezeki, dpt la ...

Walaupun aku x sure dgn plan aku nanti selepas May 2011, aku x kisah. Kalau apa yang aku rancang tu tak menjadi, at least aku ada ilmu utk teruskan minat aku dlm photgraphy ni. Aku ada ilmu, aku ada senjata. Camera la tu..senang utk aku teruskan.

Aku nak bayar deposit PhotoCamp 4 tu tadi via online.


Sekali Under maintenance la plak....

Jawabnya, esok la aku buat payment. Nak bayar awal awal tadi, anak aku yang kecik tu belum tido, kang dihentaknya plak MacBook aku ni, baru padan muka aku.

Xpe apa apa hal, aku dah register. Tapi tu baru register, selagi belum bayar, tempat belum kompom. Nak buat camana, kalau ada rezeki aku pegi PhotoCamp 4 dgn hedgebeewhy, tak kemananya tempat utk aku tu....

Friday, November 14, 2008

Racun

Ni post aku yg kedua dlm tempoh beberapa jam. Tadi dah post satu, ni post lagi satu. Gile menaip ke apa aku ni..huahaha..Aku baru bangun tido sebenarnya tadi ni. So paham paham je la kan, mata cerah lagi.

Lepas abis semua website yang biasa aku lepak, mata x bleh pejam lagi. Gile...pagi esok nak pi opis kejap amik barang utk hantar ke VMC. Ada brg utk sound system Ijad terlupa nak anta skali. Maka, x cukup rehat la aku. Tak bleh nak salahkan Ijad or geng yg prepare brg sound system tu, sebab diorg pun bukan familiar sgt dgn audio system ni. No hal, kekawan aku punya pasal aku paham, aku tlg mana yg patut. Sebab tu aku post lagi kat blog ni, SEBAB AKU X BLEH TIDO..hehe.

Siang tadi, hedgebeewhy, racun aku. Dah byk kali mamat ni racun aku. Sebenarnya mmg aku dah termakan racun mamat ni. Mamat ni racun aku beli D90. Memang sebelum D90 ni dilancarkan, Azri dah cite kat aku pasal D90 ni. Tapi sebab aku xde sen, aku tak amik port sgt la. Ye la, stail aku mmg macam tu. Kalau xde, buat cara xde. Hedgebeehwy tambah racun lagi, ajak pegi amik course. PhotoCamp. Siap tunjuk website PhotoCamp tu. Gile gempak beb...Aku tergugat. Aku mmg minat photography ni. Lama dah. Cuma aku xde geng je. Compact digital camera pun xde dulu. Skang ni pun guna Camera handphone je...daifnye la aku ni... Hedgebeewhy ajak team-up. Yup, photogrpahy ni kalau ada team lagi best. Bleh kongsi idea, kongsi xperience, teknik..memcam la..

Sebelum wife aku pi keje tadi (dia kena OT), aku ada bagitau ada benda nak bincang dgn dia. Tadi dia balik lebihkurang 12:30 mlm tadi, aku pun tgh tido masa tu. Ngantuk beb..dia kejut, suruh makan sebab aku pesan roti telur. Sambil aku pekena roti telur, kami borak la pasal yg aku nak bincang tadi. Sebenarnye, aku nak tanya pendapat dia yg aku nak beli D90.

Wife aku bagi full support. Dia paham situasi aku, dia tau aku dah x larat. Dia tau aku x suka layan kehendak org je...dia kenal aku. Dah lebih 10 thn dia kenal aku, walaupun usia perkahwinan kami baru je nak jengah ke 5 thn. Tapi kami kenal sejak aku blaja kat kolej lagi. Sebab tu dia paham aku. Dia x kisah kalau aku nak buat freelance. Lagipun aku dah cakap, apa plan aku pada May 2011 akan dtg. Insyaallah...

Hello bro...bini gua ok je...skang terpulang pada aku samada nak beli ke x D90 tu. Modal besar tu. Tgk la, aku pun tgh usaha kumpul modal. Kalau aku rasa ok, aku akan beli 'benda beracun' tu..D90 la tu..bleh team-up bikin projek nanti...hehehe...

Monday, October 6, 2008

Landscape




Nothing much to talk about. Just few images I snapped during my Eid holiday in Yan, Kedah Darulaman.

What am I doing there in Yan?!!...It was a last minute plan changes. Suppose to spend our Eid holiday in Kuantan, Pahang. A day before Eid, my mother in law decided to travel to her hometown, which is in Yan, Kedah. I have no problem with that. Surrounded by paddy field and you can see Gunung Jerai in 1st. and 3rd. picture (from left). Currently, most of the paddy fields are in the middle of what we call 'proses membajak' (what's the word in English huh??? hehehe...)

Above are the images. Enjoy...kalau x enjoy, lu punye pasal la kan...hehehe..