Nuffnang

Wednesday, May 14, 2008

Believe it or not?




Hmm..sebenarnye aku xde cerita yg menarik utk update blog hari ni, sehinggalah aku checkout my email just now. Cerita pasal Ikon Rock Malaysia, Amy Search. Amy Search, agak besar perubahan yang kita dpt tgk pada diri dia. Daripada seorang rocker (kalau x silap aku dia juga anak seorang bilal) sekarang berubah kepada seorang yg 'pencinta sejati', insyaallah. Sekarang Amy Search betul betul memperhambakan dirinya ke jalan Allah. Latest, Tuan Guru Nik Aziz dtg KL utk rasmikan sebuah kedai buku di Carrefour Wangsa Maju telah singgah ke Restoran Cheng Ho, iaitu restoran milik Amy Search. Amy Search telah berjumpa dan berbincang tentang rancangan beliau dgn Tuan Guru. Rancangan Amy utk membuka sebuah sekolah tahfiz di Johor yang berharga RM3 juta.


Cerita byk pun x guna, tgk je gambar/artikel yang aku aku dpt melalui email dari wife aku dlm ni....

Monday, May 12, 2008

Life Google

Wanna write, but doesn't know how to shoot it out. Hmm..since pagi tadi aku rasa nak update blog aku. But, doesn't know how to start. Sampai skang aku rasa mcm tu jugak. Kenapa?...ntah. Okay. Last week, aku listed utk pi training lagi...Training je...dari skolah sampai skang asyik pergi training je...Dulu masa skolah, lain bentuk training nye..Sukan...yeahhh...takraw, bola...sampai la aku injured, severely, 2/3 years ago...Bila kerja plak, pegi training jugak. Macam macam training aku kena pergi. Sampai aku x ingat dah nama nama training yang aku penah pergi. Dalam byk byk training yg aku attended, 3 je yang aku dpt rasa kesan nye...bukan sikit sikit kesan nye. 1, masa pergi kursus dgn Fitrah Perkasa. First batch dari company aku kerja, buat dkt Pusat Latihan Polis Muar. Siap kena ikut disiplin Polis lagi masa tu. Kesedaran? ya kesedaran. Aku byk settle lepas pegi kursus tu.



Second, yeah...Team building , Jeram Besu, Raub. Gile...buat aku rasa lain mcm siot ...yela, kena bermalam dlm hutan. Gelap gile. Hutan tebal, bila dongak langit, rasa mcm duduk bawah kanopi ..xde cahaya bulan langsung yg menembusi. Selama ni camping kat tepi sungai pun x pernah....Yeahh...aku redah...succeed...!!!



Latest, 3 hari lepas aku attend training yg mmg betul betul menyentuh jiwa. Sesuatu yg aku carik selama ni. Dulu aku penah ckp pd diri aku "aku takkan potong rambut aku yg panjang ni, sampai la aku dpt jawapan"...dulu la..hehe..aku ingat aku terrer masa tu..last last kena potong jugak sebab nak kerja..huahaha,...padan muka aku...Tapi pencarian aku x stop kat situ, cuma rentak pencarian aku jadi sedikit perlahan. Ya, pencarian ikut tiupan angin. Kemana angin bertiup, di situ la aku mencari. Aku kerja mcm biasa, sambil mencari. Sampai la tiupan 'angin' tu bawak aku ke satu destinasi yang aku x mintak. Aku rasa bertuah, bersyukur sgt sbb aku temui apa yg aku carik selama ni.



Sepatutnya lama dah aku dpat apa yg aku cari. Tapi sebab mencari dgn 'mata yg tertutup/buta' membuatkan aku lost, lalai, leka, lupa.



Apa yang aku carik?...Pernah x dgr org cakap ' Kalau nak kenal ALLAH, kena kenal diri sendiri dulu. Kalau x kenal diri sendiri, macam mana nak kenal Allah? Hmmm..dgr mcm susah sgtkan?..Sebenarnya utk kenal diri sendiri bukan nye susah sgt. Untuk kenal Allah pun senang, sebenarnya. Sebab Allah mmg dekat dgn kita, terlalu dekat. Allah lebih dekat daripada urat nadi kita!!!..Whowww!!..mcm mana tu?...kita kena tgk dgn mata hati. Insyaallah, kalau mata kita hati kita x buta, bleh paham nye...betul. Lagipun, kita dah dibekalkan 'buku panduan' yg serba lengkap. Takde 'buku panduan' yg selengkap ni..AlQuran. Ya, 'buku panduan' yg dibekalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w lebih 1400 tahun dulu adalah kalam Allah. Kita sepatutnya rujuk kpd AlQuran, ni tak..kita lalai..ada AlQuran pun aku rasa dah berhabuk dah...lama x baca. Ada jugak yang sekadar jadi hiasan. Kenapa jadi mcmtu?...aku rasa mngkin sebab x paham ..ye la AlQuran kan dlm bahasa arab. Dah tu, x bleh ke beli AlQuran yg dah siap dgn terjemahan?...haaa...semua tu kita kena usaha..Mmg org cakap, kalau kita paham maksud dlm AlQuran tu, semcam ada tarikan graviti utk kita nak baca lagi. Mcm kita baca buku novel, sentiasa ada perasaan "Ishh, nak baca ALQuran la...pjg lagi nak abis tu..lepas ayat ni apa Allah cakap? Lepas surah ni, apa yg jadi lagi?"....perasaan yg mcm tu la akan timbul.

Kita sepatutnya berterima kasih pada Rasullullah s.a.w, sebab beliau berjuang utk berdakwah sampai la kita ni jadi salah sorg drpd penganut Islam. Ada kita ucap terima kasih pada Rasullullah?...mcmmana nak ucap terima kasih?... kita selawat kepada beliau pun dah cukup. Tapi jgn la just ucapan lisan je..kena la bersungguh sungguh, dgn hati yg ikhlas. Lagipun kita ni umat yg paling Nabi Muhammad s.a.w sayang, sampai kan masa nyawa beliau nak dicabut pun dia masih ingatkan umatnya. "Ummati, ummati..."..itu la kata2 beliau...

Allah, pun sayang kan kita...sebb Dia bagi kita segalanya...tanpa kita mintak. Kenapa plak cakap mcm tu?...Ok..mcm ni..Pikir senang je...kalau kekasih ( tak kira la awek ke pakwe ke..) bagi sesuatu, hadiah la senang, apa perasaan?...mesti ckp " ishh...mesti dia ni sayang gile kat aku, aku kena jaga bebaik hadiah ni."...mesti kita ingat sampai bila bila...Btol x???...Itu la sebab nya kenapa aku cakap Allah sayang kat kita...sebab Dia bagi kita udara utk kita bernafas, bila kita bernafas, kita dpt kehidupan...Pikir dgn mata hati yg ikhlas kita akan paham apa maksud Udara dan Kehidupan tu...

Ok..pjg dah ni...kalau nak lebih paham...pi la attend Training ESQ 165. Tak rugi, malah 'hati dan jiwa' kita akan mendapat untung...

ALLAHUAKBAR...!!! Subhanallah...
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Baca la AlQuran, sbb kita akan paham janji janji Allah...akan kenal diri dan kenal ALLAH..
Insyaallah...

Nanti aku akan cerita lebih lanjut pasal ESQ 165 ni...Insyaallah..

Thursday, May 8, 2008

Aduh Saliha

Baru baru ni wife aku fwd satu email. Email pasal lagu Aduh Saliha. Siapa kat Malaysia yg x pernah dgr lagu ni. Aku rasa almost all Malaysians pernah dgr lagu ni, ye la kan, penyanyi lagu ni pulak Raja SMS kat Malaysia, Asmawi Ani a.k.a Mawi. WORLD!!! Huahahaha... Cuma mungkin x semua yg minat lagu Aduh Saliha. Sama la jugak bukan semua org minat dgn Mawi. Aku?..aku boleh terima Mawi sbg penyeri industri hiburan Malaysia. Cuma pd aku Mawi kena belajar menyanyi dgn lebih disiplin, bukan maksud aku dia x berdisiplin. Aku pun x tau dia ni berdisiplin ke x...x penah berurusan dgn mamat ni pun...

Tujuan aku post bog ni pun bukan nak cerita pasal Mawi pun. Aku nak cerita pasal lirik Aduh Saliha la. Loloq (arwah Rosli Khamis), yg cipta lagu ni. Aku pun x amik port sgt pasal lagu Aduh Saliha ni. Lama dah x selami lagu dgn serius. Apa lagi nak layan lirik lagu, lagi aku x amik port lagi dah. Kalau dulu, iya. Kalau dgr music aku dgr betul betul. Dgr lagu yg aku minat, kalau x minat pun aku akan dalami music tu...Skang ni..ahhh..apa yg keluar kat radio, tu je la yg aku dgr.

Hebat. Hebat sungguh makna lirik lagu Aduh Saliha ni. Loloq, satu nama besar dlm industri music Malaysia. Byk lirik yg arwah dah cipta. Ingat lagi masa aku final sem, On Job Training dkt Luncai Emas. Ada org tanya pd arwah, "Abg Loloq, susah ke nak buat lirik ni?..saya tgk byk lirik Abg buat. Macam selamba je buat lirik". "Aku dah lama buat kerja ni. Dah biasa dah. Kadang kadang ilham tu tu x payah carik, dah mmg ada dlm kepala"...tu la jawapan arwah Loloq. Pernah jugak aku tgk arwah ni lepak sorg sorg dlm studio mengadap laptop. Aku ingat dia tgh tulis lirik/buat kerja. Aku pun usha la...sekali kau tau apa dia tgh buat?!!..Main solitaire!!!...huahahaha..

Ok la. Balik pd lirik Aduh Saliha. Aku akan paste maksud lirik lagu tu yg aku dpt melalui email hari tu. Aku pun x pasti maksud sebenar lirik lagu tu. Adakah itu yg dimaksud kan oleh Loloq. Sebab lirik ni boleh memberi pelbagai maksud, bergantung pada org yg menilai. Sama mcm tgk lukisan abstrak. Setiap org akan membaca lukisan tu mengikut kefahaman sendiri. Tapi sekiranya benar maksud lirik ni sama mcm yg dimaksudkan oleh arwah Loloq, Whoaa!!!..mmg arwah Loloq seorg seniman yg hebat.

Al-Fatihah utk arwah Rosli Khamis. Al-Fatihah....

Lagu : Aduh Saleha / Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir / Penulis Lirik : Rosli Khamis
ADUH SALEHA//

Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan

// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat

rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya

jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada

jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung

dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad

luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit

luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya (adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)

tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya

cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada

hilang dipandangan kala langit dilindung awan
// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)

barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

Sesudah berdarah barulah ku sedar
// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan

jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang
// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh

kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri

ohh......... saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh


Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa( sudah tiada). Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.
Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ? Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ? Fikir dan jawab sendiri !!!