Nuffnang

Monday, July 20, 2009

Vocalist Indie Band


Walaupun Indie scene atau dulu dulu dikenali sebagai Underground scene, seringkali dilabel sebagai satu budaya negatif, tapi sejak akhir-akhir ni Indie memberi satu impak yang agak kuat pada industri hiburan tanahair. Lebih kurang sama macam masa Amri Yahyah score 2 gol masa Man Utd Asia Tour 2009 hari Sabtu lepas. Hehehe...nasib baik tak seri...kalau seri mau menanah telinga fan Man Utd kat opis tu kena bakar.

Ahad lepas jugak, aku join satu geng untuk outing amik gambar, Hezri ajak...Thanks to Hezri, Amir (adik hezri) & wife, Brader Sireh, Bunge, Siti & sorang lagi photographer yang aku terlupa nama dia. Diorg ni tak kedekut ilmu. Byk yang aku dapat belajar dari diorg. Yang paling best CLS!!!...

Terima kasih jugak aku ucapkan pada model - Bella. Sampai penat lesu dia aku tgk. Kesian gak. Tapi tu la lumrah jadik model. Bella ni vocalist pada satu Indie Band - In Close nama band dia. Aku dapat detect Bella ni maybe budak Indie, sbb kekadang tu terkeluar karekter yang biasa aku tgk masa muda muda dulu...hahaha...tapi dia still control ayu lagi...Muda lagi orangnya, 18 thn. Walau Indie macamana sekalipun, gadis Melayu tu tetap ayu dengan pakaian tradisional, kebaya.

Aku aku x sure siapa sponsor Kebaya tu, tapi credit kepada semua yang terlibat...lain kali jangan lupa ajak aku lagi...aku campak 2 gambar ni je dulu...gambar gambar ni aku blum edit....byk lagi...semua tak sempat buat apa apa lagi...nanti la ada masa terluang nanti aku post lagi...

Monday, July 13, 2009

Kemajuan

Semua orang inginkan kemajuan. Kemajuan yang positif. Takde siapa yang ingin sesuatu yang negatif. Tak tau la kalau ada yang inginkan sesuatu yang negatif. Macam minggu lepas, minggu mak bapak kembali ke sekolah untuk amik Buku Kemajuan Murid. Buku Report Kad org dulu-dulu kata. Kat dalam Buku Kemajuan Murid tu la mak bapak boleh tengok kemajuan anak-anak sepanjang tahun. Kalau ada yang dapat markah tulisan pen dakwat merah, maka mak bapak inginkan kemajuan dalam subjek tu, merah bertukar ke biru/hitam. Tapi untuk dapat tu semua, kenalah rajin-rajin belajar.

Inilah yang berlaku pada kawan aku yang sorang ni. Kemajuan yang dicapainya, memang gempak. Seorang yang amat kreatif pada pandangan aku. Aku mula sanjung kerja-kerja seni dia since aku tgk design grafik untuk cenderahati yang kompeni bagi pada salah sorang Manager yang berenti kerja 6 tahun dulu kalau tak silap aku. Dia design cover album sebagai cover cenderahati. Memang sejak tu aku observed setiap hasil seni dia. Sampai aku dah boleh tau mana satu kerja seni yang dia betul-betul ada idea dgn yang dia buat 'asal buat' je. Ramai grafik designer yang aku kenal, tapi dia ni...perghh....susah mau cakap maa....dasat wooo...

Skang kawan aku yang sorang ni dah bergelar Photographer atau lebih tepat Wedding Photographer. Bukannya dia tak amik gambar untuk event lain, tapi dia fokus kepada Wedding buat masa ni. Untuk event lain, sila hubungi dia ye...aku akan bagi link.

Inilah satu kemajuan. Kemajuan seseorang yang sentiasa berusaha, sentiasa praktis untuk menghasilkan kerja yang memuaskan hati. Dituruti juga dgn peralatan, ilmu serta pengalaman. Dilengkapkan dengan bakat yang amat besar dalam bidang seni. Diulangi BAKAT YANG AMAT BESAR. Sesuatu yang dianugerahkan Allah padanya. Bakat, semua orang dianugerahkan bakat, samada seseorang tu sedar atau tidak akan bakatnya. Tau atau tidak macamana nak explore bakatnya.

Kepada pengunjung blog aku ni, silalah ke blog http://hbyphotography.blogspot.com/ untuk melihat hasil kerja seni kawan aku ni. Tgk la pakej-pakej yang ditawarkan untuk Wedding Photography. Bincang dgn dia.

Aku plak, masih banyak yang perlu aku belajar, byk yang aku kena explore. Kena rajin praktis, rajin follow kawan aku ni shoot. Idea sampai dah takde dah sebab lama sgt tak shoot. Jauh lagi perjalanan aku. Selagi aku belum berpuashati dgn hasil kerja aku selagi tu la aku akan jadikan fotografi sebagai hobi/minat yang tidak akan aku jadikan sumber pendapatan aku.

Kalau nak photographer lain pun bleh gak. Tengok la kat link column TUKANG TANGKAP GAMBAR sebelah kanan tu.

Saturday, July 11, 2009

Macam-macam hal

Macam-macam hal jadi since hari ke-26 bulan lepas. Macam-macam dugaan yang agak berat untuk aku hadapi. Tapi nak buat macamana, hanya yang 'terpilih' je yang dapat dugaan yang semacam tu. Memula wife aku eksiden langgar kete org. Rabak kete. Tapi Alhamdulillah, wife aku selamat, cuma terkejut je skit. Lagipun wife aku ni berjiwa kental, pelan-pelan la dia hadapi pengalaman yang macam ni.

Tengah aku nak settlekan semua dokumen utk urusan claim insuran, wife aku bagitau cikgu skolah Aiman call, inform telinga Aiman berdarah. Hmm...satu hal plak lagi yang dtg. Aku pi jemput Aiman balik umah, sian tgk Aiman menangis atas motor sepanjang jalan balik umah.

Keta aku yang ber'civic' bersedia utk ditowing

Urusan claim insuran kereta aku bermula. Call workshop utk towing kete. Sampai workshop kat Puchong, submit semua dokumen yang diperlukan. Report polis, photostat lesen pemandu yang kemalangan (wife aku la tu), photostat geran keta, photostat roadtax/resit renew roadtax+insuran. Semua mau ada...tapi apek workshop cakap tak cukup satu lagi...Release Letter dari Finance & geran tak clear. Kena pi amik geran dgn Release Letter kat finance dulu sebab kete aku dah abis bayar. Berangkat ke CIMB Menara KL dari Puchong. Nasib baik segala urusan kat CIMB tu kejap je. Patah balik ke Puchong submit dokumen tu semua. Skali lagi apek tu cakap, selain aku, wife aku pun kena sign kat claim form tu jugak sebab dia driver masa eksiden tu. Balik umah kat Putrajaya amik sign wife aku. Lepas sign pi anta balik ke workshop. Semua tu kena settle dlm satu hari.

Kenapa plak terkejar-kejar nak settle the same day?...1st. wife aku akan ke Sabah hari ahad tu. 2nd. aku taknak workshop jadikan alasan semua dokumen takde, maka kete aku lambat siap. Malam tu plak, bawak Aiman ke Hosp. Putrajaya sebab wife aku cakap ada plastersin dlm telinga AIman. Patut la telinga dia berdarah, sebab dia cuba keluarkan plastesin guna pensil!!..

Aiman masuk ER Hosp. Putrajaya. DOktor cuba keluarkan gunakan kaedah sedutan. Jenuh!!..4 orang dewasa pegang Aiman, tapi diorg tak berdaya tahan rontaan Aiman. Dasyat gak kederat anak aku ni!!...

Esoknya jumpa specialist kat ENT Hosp. Putrajaya sbb ER tak berjaya keluarkan plastesin tu. Doc. ENT pun tak berjaya gak keluarkan walaupun aku yang pegang Aiman. Lebam gak la kaki aku kena sepak dek Aiman...hehe..

Ahad, wife aku terbang ke Sabah dgn hati yang agak berat sbb tgglkan famili dlm situasi yang agak tegang selepas dia eksiden dan Aiman akan masuk ke bilik bedah Isnin nanti.


Isnin. Aiman masuk wad. Jam 5 petang masuk ke bilik bedah untuk keluarkan plastesin dari telinga dia. Semuanya selesai 30 minit lepas tu. Esoknya kitorang balik Melawati. Arshad tinggal dgn atok & nenek satu malam. tido dgn Mak Longnya. Thanks kak...

Tak reti nak duduk diam Aiman ni..hyper


Jap lagi nak masuk OT...

Macam-macam hal sepanjang aku tggl kat Melawati tanpa wife aku selama 10 hari tu. Nak cite pun panjang sangat.

Khamis lepas plak kakak & abang ipar aku jatuh motor kat corner Jalan Travers. Tayar motor meletup. Nasib baik takde apa-apa, cuma kakak aku tak ingat apa yang jadi & dia tak tau dia ada katne masa tu. Tapi sampai ke hari ni, semuanya OK.

Disebabkan macam-macam hal yang terjadi dlm tempoh 2 minggu ni, smlm aku tido jam 8 mlm. Sebaik je balik dari opis, lepas solat maghrib terus aku tertido tanpa aku sedar apa yang terjadi di sekeliling aku...........

Thursday, July 9, 2009

Kembali

Aku akan kembali ke ruang blogspot ni...

Saturday, July 4, 2009

Kembali Bersama Projek BAru

Aku kembali menggunakan dashboard blogger.com . Saje je gatal kepala otak nak guna balik. Tapi still url yang korang tgk kat atas tu blog.corneamelayu.net. Perkara biasa. Maknanya tak kisah la kalau korang key in corneamelayu.blogspot.com atau blog.corneamelayu.net, korang akan tetap akan di direct ke blog.corneamelayu.net.

Aku ada projek baru skit. Projek untuk peniaga secara online, meniaga melalui internet la maksudnya tu . Kalau korang atau kekawan korang yang ada niat nak meniaga online, insyaallah aku akan buatkan. Cuma buat masa ni aku belum finalise offer yang macam mana aku nak taburkan...Nanti la bila dah dapat ilham kang, aku announce...

Projek ni termasuk la jugak servis bina website...basic website je tau...xde interaktif banner bagai...hahah...