Nuffnang

Wednesday, December 31, 2008

Kiraturun

Damai sungguh rasa. Aku kidnap satu family aku lepak kg. Kat Kg. Pandan. Jgn ingat Kg Pandan KL. Ni Kg. Pandan 2, Kuantan Pahang. Dekat dengan Pusat Kraftangan. Sempoi. Aku rasa masa aku menaip update blog ni, maybe manusia kat KL, JB semua tgh sibuk tekan paddle minyak, brek, clutch. Mengadap kesesakan jalanraya. Ye la nak sambut tahun baru la katakan.

Sebenarnya aku x berapa nak paham, kenapa kena sambut tahun baru? Lepak kat depan Dataran Merdeka, ramai2 jerit 'kiraturun'. Pastu blah...macam semut bersepah sepah manusia blah dari Dataran Merdeka tu. Lepas tu, golongan berani mati amik alih kuasa dari polis trafik. Berani mati ke depa ni (mat rempit)? Amik alih kuasa polis trafik konon. Bila polis trafik datang, kelam kabut depa cabut...huahahah..

Lepas tu, para 'pencucuk langit' plak, sejak petang lagi dah menghuni disko disko yang wujud kat Malaysia ni. Tak kira disko haram atau halal. Halal?..Disko halal?...hmmm lu pikir la sendiri. Aku pun x tau kenapa la golongan 'pencucuk langit' dok sibuk cucuk langit. Depa x tau ke langit tu memang dah merata rata dah berlubang?...lapisan ozon semakin nipis. Sebab tu skang ni dunia makin panas.

Bukan aku x penah sambut tahun baru. Cuma aku x penah buat macam golongan seangkatan di atas tu. Aku dengan geng aku pi lepak PD atau Teluk Batik. Konvoi naik moto je. Malam gerak. Sampai je tido dulu la. Bangun pagi, mandi laut. Selalunya mcm tu la acara tahun baru aku. Sampai skang aku tak paham kenapa sambut tahun baru dengan cara yang tak masuk akal. Yang aku nampak, apa yang aku dgn geng buat tu adalah satu cara kami meraikan cuti. Tu je.

Tahun ni, Maal Hijrah & Tahun Baru Masihi selang beberapa hari je. Macam yang aku cakap, aku dgn famli aku lepak kg. Takde pikir nak tgk bunga api ke, nak lepak bandar ke, apa apa je lah ...yang aku rasa skang ni...Bestnye...Damai betul lepak kg ni. Sambil tengok anak aku kejar ayam, tangkap ayam, dengar anak aku tolong Tok Umi dia tumbuk cili buat SAMBAL BELACAN ..Hahahaha..anak jantan aku tolong Tok Umi dia buat sambal belacan!!! ... Walaupun nama kg ni Kg. Pandan bukan Kg Wira Damai...!!!

Wednesday, December 24, 2008

Cukup Sudah Sampai Di Sini

Macam tajuk lagu plak post aku kali ni. Tajuk tagu org putus cinta tu kalau tak silap aku. Aku tak putus cinta la. Betul. Cuma hari ni last la aku keje sebagai pengcukup korum kat site opis ni. 1st. day rasa macam berat je nak amik 'jawatan' tu. 2nd. day, eh..rasa macam best la plak. 3rd. day, ish..kalau keje lepak je pun x best. Dok melepak je keje..keje apa macam tu?...

Pukul 9 pagi masuk keje. Surfing je. Sign surat. Sign form. Call bini. Call kekawan. Call site opis. Call Pak Lah..Ces poyo je..Call Pak Lah konon. Sebenarnye, Pak Lah yang call aku. Betul, aku tak tipu. Incik Hasbullah yang call aku. Betul la tu kan Pak Lah?...Tgh hari main PSP. Pukul 2:30pm pi solat Zohor. Pastu lepak lagi. 3:30pm, pi makan. Lepak lagi sampai pukul 4:30pm. Pukul 5 ptg, naik opis, surfing lagi...apa kejadahnye keje mcm ni?!!..

Arghh!!..Cukup sampai di sini!!!...Jumaat aku balik ke HQ!!..Nak tgk jelita ke tak si cipan yang Shanim cakap tu...

Monday, December 22, 2008

Kting! Kting! Kting!

Terdengar bunyi loceng dikala aku menaip warkah ini. Mungkin bunyi loceng dari kuil Hindu seberang Jalan Maarof. Chewah...intro ala ala latok..huahaha..ala ala penulis novel yang tak terjual buku ceritanya. Hehe..Ada ke kuil Hindu kat seberang jalan tu? Aku pun x tau. Aku agak je.

Aku melekat lagi kat port otai Nuar yang cuti mcm nak buat kenduri sambut menantu. 10 hari rasanya. Hari ni hari ke-2 aku port kat tempat dia. Diulangi lagi sekali, bukan Port Klang!!

Tadi tgh aku layan melayari 'bahtera' (Internet la tu)...tiba tiba...Bukkk!!!!...eksiden lagi. Mangsa tak cedera. Cuma mungkin pening pening burung kot. Kesian tgh syiok, tetiba eksiden langgar cermin tingkap bangunan Dataran Maybank ni. Kesian. Mungkin burung tu mamai sambil berkata "titah tertipu bang, Tipah tetipu..!!!...mungkin ditipu oleh cermin tingkap bangunan.

ThuPPP!!!...Oit!!!..kau nak mati ke hape??!!...Lan sound burung tu. macam la burung tu dengar. Heheh..eksiden lagi nampak nya burung tu. Aku pun x tau samada burung yang sama atau burung lain. Bleh pi buat repot polis ke kalau burung yang sama eksiden? Ye la, mana la tau burung tu tgh buat percubaaan bunuh diri ke? Kalau manusia nak bunuh diri bleh repot polis..bleh kena dakwa wwwoooo...

Sunday, December 21, 2008

Lampu Terang

Apa la yang aku nak buat skang ni?..dari tadi aku dok melekat je kat kerusi ni...macam macam gaya dah aku buat...gaya bebas, kuak lentang, makan kentang..eh..tak tak..aku belum makan kentang...

Hari ni aku jadi substitute kat site opis, kat Bangsar. Otai site sini cuti..seminggu plak tu..arghh..nampak gaya, sampai rabu la aku port kat sini. Xde kena mengena dgn Port Klang. Ok gak..aku teruskan fungsi aku sbg supersub..bola dapat kepada Razif, Razif menggelecek...hantar kepada Zainuddin, Zainuddin melorongkan bola kepada Azhar..Bukk!!!..Azhar jatuh ditackle dari belakang...Mahmud dtg sambil berkata..."coach ckp kalau dapat freekick bagi aku amik bola tu"...Mahmud mengambil bola. Letak di kawasan luar kotak penalti. Penonton menunggu dengan penuh debaran. Maklumla..Mahmud specialist dlm bab ambil mengambil ni....

Tiba tiba...Mahmud beredar. Zainuddin panggil Mahmud "Wei Incik Mahmud!!!..Kau nak pegi mana tu??!!"...

Mahmud cakap "Aku nak balik jadi defender la. Coach cuma cakap kalau dapat freekick bagi aku amik bola tu. Dah dah...pi amik freekick tu wahai incik Zainuddin"...

Zainuddin terpinga-pinga...Betol jugak cakap incik Mahmud tu...

Apa kena mengena dgn lampu terang dlm ini cerita??..Kalau main bola kat stadium malam malam kan kena guna lampu terang...

Depan aku Bukan Depan Kau

Apa ada depan aku?..dah tentu la bukan kau. Depan aku ada komputer. Majalah PC bulan Disember 2008. Handphone cap ayam. Kalender yang x lama lagi nak kena buang dah. Eh, apasal plak nak buang?..jual la..longgok dgn suratkhabar lamaaaa....!!!...bleh gak dpt Rm2.50 sejengkal..Apa lagi yang ada depan aku ni ek?..Haaaa...partition..piala..Opis Kompeni sebelah..

Oi oi...tadi kau cakap depan kau..yang kau sebut opis kompeni sebelah kenapa?...kalau dah sebelah maknanya tepi la kan...

Ahhh!!!...suka hati aku la..kalau aku nak cakap opis kompeni tu depan aku skang ni...dah aku mengadap ke opis tu..depan la..Bongok..!!!..

Kacau je...dah dah...pi tgk Power Rangers...

Show 11:30 mlm

Sebenarnya aku bukan nak cite pasal cicak, aku nak cite pasal Orang Cicak. Cicakman la tu...apa daaa...utk lebih tepat pasal filem Cicakman. Aku mmg x puashati dgn filem Cicakman tu. Yelah..masa Cicakman 1st tu...aku punya la kagum tahap Gaban. Gaban pun x kagum tahap aku. Sebab aku bukan Gaban.

CGi Cicakman 1, gile gempak. Best. Aku tau org Melayu bleh buat CGi best mcm tu. Sebab sblm Cicakman kluar ada satu mamat nama Sharil dah buat CGi dah kat Hollywood tu. Filem Species..cuba la korang carik kalau x percaya.

Tapi Orang Cicak:Planet Hitam ni..mengecewakan. Kalau ikutkan aku malas nak cite psal filem ni sblm tempoh wajib tayang tamat. Ye la, takut sekat rezeki org plak kan..kan x baik, berdosa tu...walaupun Orang Cicak:Planet Hitam ni mengecewakan, aku tetap galakkan korang yang belum pegi tgk kat panggung, pegi la tengok. Mungkin korang ada pendapat korang sendiri.

Pada aku, CGi Org Cicak:Planet Hitam ni mmg x best. Macam CGi Filem Impak Maksima. Gile obvious nampak CGI amatur. Tak macam Cicakman 1. Tempo Orang Cicak:Planet Hitam ni pun slow. Ada la sikit sikit mcm storyline cite Spiderman. Tapi x pe..dah nama nya pun hiburan kan?...hiburkan je la diri...x yah pikir susah susah...tgk je ..

Kalau ada geng KRU Studios yang baca blog aku ni, diulang..kalau ada ... aku cakap kalau ada eh...elok KRU tgk balik product korang yang satu ni..pada aku mmg sepatutnya korang bleh buat lebih baik. Jgn cakap pasal bajet ok?...kenapa patut korang bleh buat lagi baik?..sebab korang penah buat yg baik..kenapa kali ni korang x bleh buat lagi baik?..kira mcm prestasi kerja kuli macam aku ni la...kalau dulu aku bleh potong rumput 1 padang bola 6 jam, kenapa skang aku amik masa 10 jam utk potong rumput 1 padang bola?...xpe xpe..aku tolong jawab pasal potong rumput padang bola tu...Sebab tadi ada tournament kira rumput...tu la sebabnya...

So..KRU Studios..tolong ye..lain kali jgn buat lagi mcm tu...patut korang nye produk best...mungkin sbb x fokus kot..maybe ada masalah mana mana...ntah la..aku pun x tau...

Aku mintak maaf la ..kalau sesiapa tersinggung dgn pendapat yang aku bagi pasal Orang Cicak:Planet Hitam...

Aku perasan ada kedai nama ULAT BUKU kat dlm filem tu...hehehe..best gak kalau sesiapa yg yg nak bukak bisnes buku, letak la nama kedai ULAT BUKU....

Wednesday, December 17, 2008

Kapten Boleh

Aku mengantuk la...aku punye suka la nak taip apa kat blog aku sendirikan...kalau x suka, x yah baca. Tu je...Aku nak tgk, ada x blogger yang suka downgrade or kutuk blog org nak kutuk blog aku. Kutuk depan depan la...jgn kutuk tepi-tepi. Kang jatuh longkang kang..baru padan muka kau...kutuk org lagi. Kekawan aku (blogger gak la)..cite ada blogger yang jenis mcm tu. Suka kutuk blog org.

Apa kena mengena posting aku kali ni dgn Kapten Boleh?...Haaaaa....!!! macam aku cakap tadi la kan...aku punye suka la nak taip apa pun...blog aku...hahahaha....

Kapten Boleh main gasing x?

Tuesday, December 16, 2008

Abg Poji

Wei..siapa nampak Abg Poji?..Kenal x dgn Abg Poji?..Kecoh kat opis time aku nak balik kerja tadi...Siapa Abg Poji?...BudakYangJahat kata dgr nama je dia dah tau Abg Poji x hensem...

Ni..kalau siapa kenal Abg Poji/tau Abg Poji ada kat mana...tlg bagitau kat aku ek?...Bleh x?...Alaa..kalau dia tanya kenapa carik dia?..korang cakap la aku tgh carik pasal?...Bleh kot...

Ok la...aku nak pi carik Abg Poji kat alamat umah org kaya plak...Zasssss.....

Monday, December 15, 2008

Tak Penah Jumpa Makhluk Ni...

Serius aku x penah jumpa makhluk manusia yg mcm ni...kalau boleh aku nak gelak tahap gile barbie doll kat umah aku skang ni, tapi x bleh. Anak aku tgh tido. Kang dia silambam aku dgn tangisan yang band Black Metal dengar pun musti diorg surrender....Ni semua shanim punye pasal. Ni kau punye pasal la ni Nim. Tgk blog Budak Jahat ni kat opis. Kan aku dah terjebak....Blog Budak Yang Jahat ni musti jadi fav blog aku.

Pesanan penaja - kalau nak usha blog Budak Yang Jahat ni, sila dapatkan kebenaran dari anak - anak anda yang masih baby dahulu.

Tuesday, December 9, 2008

?

Another post yg aku x tau nak letak topic apa. Yang aku tau tgn aku gatal nak menaip. Aku pedulik apa kan. Ini blog aku yg punya. Aku punya suka la kan...huahahha...Aidiladha, aku kat umah parent aku. Dekat je..Melawati. Tgh x tau nak buat apa, aku layan la amik gambar2 yang tergantung kat dinding umah tu. PAstu tgk balik...dlm duk tgk tgk gamba yg menimbun dlm memory card hp tu, maka terselit la gamba yang aku amik last week..gamba poyo aku masa konvo dulu. Tak banyak. Gambar kakak aku, gambar aku & gambar adik aku no.3. Maybe x lama lagi, thn dpn kot, gambar adik aku bongsu aku plak letak kat situ. Hehehe...gambar aku masa grad dulu. Gile kurus beb....!!!!...Dgn rambut aku yg panjang sampai bahu tu. Masa tu baru lepas potong sbb masa tu nak kena kemas skit time konvo. Masa konvo tu yg aku kena sound dgn member kolej. Sebab aku mungkir janji, potong rambut. Sorry la geng..cite lama.




Skang?..Yup, aku menjadi salah sorang saudagar 'tayar' berjaya di muka bumi. Hehehe..Aku dah gemok la maksudnya tu...apa daa...

Thursday, December 4, 2008

Tidak Ada Perjuangan Tanpa Pengorbanan.

I have nothing to say about this post. The title xplain it.

Wednesday, December 3, 2008

Request

Budak liyana ni ada buat request. Bukan request lagu. Sbb blog aku ni bukan tempat mintak lagu. Tapi dia request tambah shoutbox. Nak tambah ke?..aku blum ada mood nak tambah apa apa lagi dlm blog aku ni. Header banner blog Corneamelayu ni pun aku x tambah lagi. Dah create dah, tapi x puas ati dgn design tu. Ntah apa apa ntah...Nanti la bila aku ada mood aku tambah la ikut permintaan kau ye Mek...



X Kerja

Aku x pi kerja hari ni. Bukan sebab aku malas pi kerja, tapi sebab anak aku, Aiman, demam. Sebenarnya, xde la teruk pun demam dia. Tapi aku x nak amik risiko tinggalkan dia kat nursery. Walaupun pengasuh kat nursery tu bleh jaga bebudak tu dgn elok, tapi aku x nak biarkan tanggungjawab aku macam tu je. Aku x nak jadi macam parent lain. Anak sakit pun anta gak ke nursery. Harapkan pengasuh jaga 100%. Mana bleh macam tu. Diorg kena jaga ramai bebudak walaupun ratio nye kecik, 5:1 max tapi bleh ke nak focus pada bebudak yg x sihat tu?...aku x rasa diorg bleh buat. Yang penting anak sendiri, tanggungjawab sediri la...apasal nak serahkan tanggungjawab tu pada org lain?...Kekadang aku x paham dgn parent yang macam tu. Sayang sgt dgn cuti...Alaaa lagipun surely majikan paham..bagitau je la..

Sebelum anak aku demam, aku ada nampak sorang budak kat nursery tu dahi dia bertampal!!...bukan bertampal sebab luka tapi sebab tempek Cool Fever. Tu la masalahnya, anak demam hantar gak ke nursery!!!..Tak reti ke??!!..bila demam, selalunya org akan batuk & kena selsema. Tak reti ke??!!..batuk & selsema tu bleh spread jangkitan pada org lain...aku agak dah, kalau x kena gaya, musti anak aku demam gak..kalau x aiman, mat shad yg demam...aku x bleh buat apa. Susah aku nak cakap dgn parent yg macam tu..Tak nak guna akai!!..bukan x ber akai...tapi x nak guna!!!..

Lepas tu aku biar je la...ye la dah x bleh nak buat apa. 3-4 hari lepas tu, aiman mintak Vitagen. Aku x bagi, sbb dia bukan bleh minum Vitagen/minuman sejenisnya. Kalau dia minum gak musti dia demam. Mamat tu biala aku x bagi, mula la buat muka. Aku plak x nak anta dia ke nursery dlm keadaan yg mcm tu. Susah pengasuhnya nanti. Aku bagi gak..sudahnya smlm dia start demam!!..

Ni semua, aku rasa la, sebab terjangkit dari budak yg demam kat nursery tu & sebab dia minum Vitagen. Aku rasa je...

Aku x tau kena dia x bleh minum vitagen. Dia alah dgn Vitagen, x mcm bebudak lain.

Aku nak pesan gak la dgn parents lain, kalau anak x sihat tu tolonggggggg la amik cuti. Tolooonnggg la bertanggungjawab skit. Tolongggg la jgn anta ke nursery.

Sebab bleh merebak pada budak lain. Sib baik demam je, kalau kena penyakit yg serius, camana??!!...Macam penyakit HFMD tu. Member opis aku, anak dia penah kena. Punca, parent yg dah tau anak kena HFMD anta gak anak ke nursery. Pengasuh x tau, diorg terima je. Sudahnya merebak pada budak lain. Kan naya tu!!!...Lain kali guna la akai yg tuhan dah bagi tu!!!...