Nuffnang

Wednesday, September 30, 2009

Cuti Raya

Lambakan MC sepanjang Aidilfitri 2009

Tajuk macam best je. Konon konon nak hidangkan gambar gambar masa cuti raya je bunyinya. Cuti raya aku bermula daripada 3 hari sblm raya, Khamis 17/9/200. Kalau diikutkan start 16/9/2009 tu aku dah mc dah. Doc suruh balik lepas aku jumpa doc kat klinik opis. Tapi sebab Bos aku tetiba nak bikin meeting pukul 2 ptg maka aku pun terus je la kerja sampai ptg mcm biasa. Memember mana yg tau aku sakit mata siap minta pass sakit mata kat diorg plak, bleh cuti awal before raya kot...hhehe..sakit ni ni jgn memain, tak raya korang nanti.

Alhamdulillah, diorg tak dijangkiti. Aku tgk gambar gambar diorg masa raya tu, masing masing seronok. Best kan?...Raya dalam keadaan sihat walafiat.
Aku plak sepatutnya lastday hari ni mc.

Tapi pagi tadi pegi follow up check dgn specialist kat Hospital Putrajaya yang mmg best sebab smooth flow, masa menunggu tak la & paling best doc & nurses baik peramah gile (maybe sbb diorg cam aku dgn anak aku si Arshad dah byk kali jumpa diorg kot), Doc SAMBUNG LAGI CUTI MC sampai 8/10/2009!!!...
Amik kau!! tambah lagi seminggu. Keradangan/Keratitis kat mata aku agak teruk gak kata doc. Mmg betul sbb penglihatan mata kanan aku ni masih kabur. Conjuntivitis dah clear dah but still have to continue antibiotik.

MC kali ni adalah yang kedua kali lama sejak aku kerja. Paling lama tahun 2004 kalau x silap, 2 bulan MC. Macam maternity leave plak tempohnya...hahahah...Masa tu sebab Archilles Tendon putus, kena operate utk sambung balik tendon tu. Skang ni, bukan injured apa apa tapi sebab sakit mata yang boleh merebak/menjangkiti org lain. Maybe sbb tu doc bagi mc lama lama utk elakkan sakit tu menjangkiti org lain.
Hmmm..takpe la...so kalau sesiapa boring boring atau stress kerja ke, mai Putrajaya JOM LEPAK dgn aku...hahaha...

Monday, September 28, 2009

Syahdu Pagi Raya

Entry yang agak lewat untuk menggunakan tema Hari Raya. Aku tak kisah. Blog aku, aku punya suka.

Hari Raya, selalu kesyahduan singgah setiap kali Hari Raya tiba. Betul kan?..Kadang-kadang kita tak paham kenapa syahdu tu tetiba je singgah. Singgah kejap je plak tu, lepas tu dia blah. Aku pun salah tempat si syahdu tu singgah. Ya, hampir setiap kali Hari Raya, tak kira la Raya Puasa ke Raya Korban ke. Dulu masa aku budak kecik, aku heran tgk dlm tv kenapa org salam mintak maaf dgn mak bapak dipagi raya menangis. Skang ni aku paham. Walaupun kedua dua mak bapak aku still bernyawa, alhamdulillah..aku tetap rasa syahdu, sebak. Selalunya aku tahan je...Skang ni bila aku dah ada 2 org anak, tak payah diorg salam mintak maaf kat aku, aku tgk diorg je pun aku dah sebak. Dah cukup la ..aku tak pandai nak cite sedih sedih ni.

Seronok je aku tgk blog kawan kawan aku. Hampir semua yg dah update blog, semua cite pasal raya. Semua ada gambar raya. Mmg tahun ni aku nak amik gambar raya byk byk. Siap create lagi blogpage lagi satu tu, khas utk letak gambar gambar je la konon nya...

Tapi semuanya tak menjadi. Semuanya bermula dgn kes sakit mata. Dlm entry sblm ni aku dah cite pasal anak bini aku kena sakit mata. Aku plak 3 hari sblm raya, sakit mata. Pagi raya tu mmg paling teruk. Selaput merah dah cover mata putih aku. UIshh..tak bleh jadi ni. Pagi tu jugak, dalam org lain sibuk nak gerak ke masjid/surau utk solat aidilfitri..aku ditemani anak2 & bini aku gerak ke hospital putrajaya. Aku ingat dah beli L.A Ray Ban kat CoolShades smlm tu kira bleh la meredakan skit mata aku ditambah plak dah ada ubat dari 2 klinik yg aku pegi. Tapi tak ok gak...

Mmg aku frust, kesian tgk anak bini aku tak beraya. Tak pakai pun baju-baju raya diorg yang dah beli tu. Tak dapat balik kampung. Aku pun salam raya mintak maaf dgn mak bapak aku pun dlm keadaan yg ntah apa apa...diorg pun tak bersiap cantik2 lagi masa tu...kelamkabut je aku salam mak bapak aku ...lepas tu terus gerak pi spital...

Memang raya kali ni bertambah syahdu, sayu, sebak dan mcm mcm rasa yang bermula dari huruf 's' singgah kat aku...

Skang ni satu perasaan yang semakin meluap luap singgah kat diri aku.Kenapa aku semakin rasa mcm tu?...aku rasa perasaan tu bukan je singgah kat aku sorang skang ni. Sebb ada beberapa lagi kawan sepejabat aku rasa mcm tu. Tapi punca atau sebab masing masing tak sama. Itu sudah pasti....

Tuesday, September 15, 2009

Redha je la....

Lately aku terlalu letih. Letih dgn tekanan. Letih dengan kerja. Macam2 punca aku letih. Susah nak cakap. Yang aku tau, skang ni memang aku terlalu letih. Kalau boleh, aku nak berenti kerja skarang jugak. Aku nak habiskan masa dgn famili aku. Round the world. Pegi Umrah ke Haji ke. Macam makbapak aku. Takde siapa nak kacau lagi dah. Tenang je. Hari2 bleh pegi surau, mengaji bebila masa. Sebab sentiasa ada masa terluang. Tapi kalau aku berenti kerja, aku nak bagi famili aku makan apa? Apa yang aku buat belum betul2 mantap. Masih berusaha. Insyaallah, sampai masa aku akan dapat apa yang aku nak.

Memang aku letih skang ni. Mana dengan tolong wife aku urus Arshad yang tak sihat sebab sakit mata. Semalam, pagi tadi pegi spital bawak Arshad jumpa doc. Pepagi dah gerak ke spital. Biasa la, Spital Gomen mmg kena pegi awal, kalau tak kompom lepas tghari la baru dpt jumpa doc. Khamis ni bawak Arshad jumpa doc lagi.

Pagi tadi lepas balik dari spital, terus gerak pegi kerja. Halfday la kiranya. Pergi kerja dalam keadaan letih, mengantuk. Balik plak, 6:40ptg baru gerak dari tempat kerja. Memember lain ramai yang join Majlis Buka Puasa dgn Anak Yatim. Takpe, teruskan kerja2 murni korang. Aku drive dalam keadaan letih & mengantuk. Ikut jalan biasa, masuk MEX. Kat MEX beberapa kali aku terlelap. tapi aku rasa mungkin dalam sesaat dua je aku terlelap. Aku ingat nak beli satay Hj Samuri kat RNR MEX, tapi bila teringat bini & anak2 aku tak brapa minat makan satay aku teruskan gerak ke Putrajaya. Takpe, singgah pasar malam la kot.

Lepas je bayar tol MEX RM2.50 aku tekan throttle jejak lantai kete. Sedar sedar je....Uishhh...!!! BAS!!!...pulas stering ke kanan. Skit je. Allahuakbar!!!...aku terlelap yang aku ingat aku masuk simpang ke Putrajaya lepas bayar tol tadi tetiba aku ternampak Bas Kilang rosak kat tengah jalan masa dah dekat simpang masuk ke Dengkil. !!!...Masyaallah....Syukur Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur aku. Mungkin sebagai peringatan pada aku. Lepas je dari apa yg jadi tu, terus cerah mata aku. Gerak terus ke Pasar Malam. Tapi dah ilang mood nak beli lauk. Terus balik umah. Kesian bini aku takde lauk utk buka puasa. Yang ada nasi putih je. Sebab aku dah bagitau dia yang aku akan beli lauk utk buka puasa, so mintak dia masak nasi je. Kesian kat dia, penat jaga Arshad yg still lasak walaupun tak sihat. Tag Team dgn Aiman plak tu..perghhh...mmg kompom penat. Tunggang langgang umah aku. Last2 aku panaskan kuali terus gorang telur. Menu buka puasa kitorg tadi adalah Nasi Putih, telur goreng & kicap....hahahah...Redha & bersyukur je....

Friday, September 11, 2009

Minta Timbang Rasa Skit Boleh Tak??!!

Pada semua mak bapak yang hantar anak anak ke pusat jagaan kanak kanak, terutama skali kat area Presint 9 Putrajaya, aku mintak skit je timbang rasa daripada korang semua. Kalau anak anak korang tu tak sihat/sakit tolong la..aku ulang lagi skali TOLONG amik la EL ke MC ke. TOLONG jaga anak korang kat rumah. Jangan la harapkan org kat taska tu jaga. Bukan maksud aku staff kat pusat jagaan kanak kanak tu tak boleh diharap, bukan tu maksud aku. Cuma paham la skit, kalau anak tu sakit amik la tanggungjawab utk jaga sendiri anak tu. Jangan la sebab korang dah bayar kat taska, korang serah 100% anak anak tu kat taska. Ingat la skit kalau anak tu sakit yang boleh menjangkiti org lain, tak ke nanti menyebabkan penyakit tu menular lebih teruk. Akai ada ka??!!...Pakai la akai tu skit..!!...SKit je...tak kan tu pun tak bleh pikir...

Skang anak aku dah 5 hari sakit mata. Aku tgk tak surut pun. Makin teruk ada la. Memula Aiman sakit mata. Ya!!...berjangkit dari anak korang la!!!...Aku tau ni semua dugaan dari Allah. Aku redha. Tapi insyaallah benda ni tak kan terjadi kalau kita usaha/ikhtiar.

Tadi dah kena jumpa doc pakar. Doc buang selaput yang menyebabkan mata Arshad lambat baik. Sampai dah keluar darah dah skit. Lepas je doc letak ubat, Arshad terus tido. Alhamdulillah, kalau Arshad terus nangis susah jugak. Ubat tu akan keluar sama dgn air mata dia.



Lagi skali aku minta TOLONG JAGA ANAK ANDA SENDIRI KAT RUMAH KALAU ANAK ANDA SAKIT. BERTANGGUNGJAWAB SKIT YEE??!! APA NAK JIMAT CUTI KE??!!..Abis cuti aku laki bini......kalau ada emergency lain in future camana??...Nasib baik bos/company management paham...ada tolak ansur...tapi sampai bila?....

Thursday, September 3, 2009

Dalam Kenangan


Terlalu banyak perkara yang susah nak diceritakan sepanjang perkenalan kami. Ya, sejak 2001 aku kenal dia. Hampir 9 tahun, sama usia kerja aku dengan company skang. Aku terlalu terkejut sebaik dpat berita semasa perjalanan aku ke P.D atas urusan kerja baru bermula. Terus aku hubungi Abah, sebab dia salah sorang org kuat Abah aku masa Abah aku kerja dulu. Aku berpatah balik ke Office dan byk flashback sepanjang perjalanan tu. AKu hubungi jugak Pak Mus, jugak org lama antara yang memula aku kenal dan berkawan masa memula kerja dulu.

Terakhir sekali jumpa dia, kami borak dalam opis Hezri. Dia borak pasal perancangan bisnes daging dia yang hampir dilaksanakan. Tapi 2 minggu lepas aku jumpa dia tgh sedut oksigen dlm opis. AKu tanya "awat ni SM? lain macam ja"..."aku sesak napaih la, G"...katanya...Aku nasihatkan dia pegi jumpa doktor takut2 H1N1. "x pa la, nanti aku pi jumpak doktor"..sambungnya sambil bagitau masalah komputernya.

Sepanjang Ramadhan ni, kurang terserempak dgn dia, tapi semalam adalah hari terakhir aku lihat wajah dia. Lihat sekujur tubuhnya yang telah kemas dikafankan. Subhanallah...sampai masanya SM Azizan kembali menyahut panggilan.

Terhenti sudah detik perkenalan kami...Al-Fatihah untuk Allahyarham Azizan Bin Talib.

Tuesday, September 1, 2009

Tahniah

Mula mula gua rasa mcm...ntah la, tak tau nak ckap mcm mana...tapi bila member gua ckp "naik lagi sorang anak didik gua"...terus gua tersenyum...ye ke anak didik gua?...kalau ya,Alhamdulillah...kalau tak sekali pun, gua tau dia dah berusaha untuk capai apa yang dia nak..yang penting jangan putus asa...sabar bebyk..Insyaallah...Walau camana pun, Tahniah pada mereka....