Nuffnang

Friday, August 20, 2010

Trebuchet

Trebuchet. Siapa la bagi nama kat dia ni?...Tiap kali gua nak sebut nama dia, gua rasa macam geli pun ada. Rasa kelakar pun ada. Trebuchet. Ada macam sebut terbuncit la pulak. Hahahahahah....mcam bunyi sebut tercrettt pun ada gak....macam dengar mamak sebut Deyyy!!Ceit!!! pun ada jugak...
Eh...gua update kali ke-4 la malam ni....dah takde pingat dah nak bolot pun update lagi ke...!!!

Pedulik apa!!!

Post blog gua yang ketiga dalam masa satu jam ni. Ye ke sejam?..Agaknye la...gua pedulik apa!!..Gua punya blog. Walaupun xde orang baca, gua nak update gak kali ketiga. Biar pingat Emas, Perak, Gangsa semua gua bolot!!!...hahahah

Keluar Baris

BARISSSSS....KELUARRRR BARIS!!!!...arahan ketua kawad tiap kali pasukan kawad nak bersurai. Macam la aku ni kerja askar ke polis ke. Tak, tak..gua bukan kerja polis atau pun askar...

Tapi Ramadhan tahun ni adalah bulan terakhir aku berkhidmat dengan syarikat aku bekerja skang ni. Insyaallah, bulan depan lepas cuti raya seminggu aku akan kerja kat company baru. Harap harap dapat surat sebelum raya.

Tempat kerja baru. Medan perjuangan yang baru. Tune mood baru. Bukan TuneTalk la oi!!!

Interview

Aku dgr dlm seminggu dua ni company tempat aku kerja akan buat sesi interview. Interview ni bukan open interview untuk orang apply kerja. Tapi interview untuk kenaikan pangkat atau naik job grade.

Dah macam kerja polis plak. Polis macam tu la, nak naik pangkat kena amik periksa & interview. Aku tak setuju dengan cara ni. Aku punya sebab tersendiri kenapa aku tak setuju walaupun aku tak tau macamana sesi interview tu nanti. Apa soalan yang akan ditanya, aku x tau.

Pada aku xde keadilan, sebab semua pekerja dah jalankan tanggungjawab masing masing. Ada yang sampai tinggalkan keluarga semata-mata memenuhi tuntutan kerja. Kadang-kadang tak sihat pun pegi kerja gak, walaupun x bleh nak perform 100%. Lepas tu, kat tempat kerja aku plak, mana-mana staff yang dinilai sebagai A (cemerlang) ada yang dah start buat kerja 'pangkat baru'. Padahal belum secara rasmi dinaikkan pangkat. Aku paham kenapa diorg buat macam tu. Untuk bagi pendedahan dan belajar sementara nak confirm dpt naik pangkat. Bila dah sampai masanya (biasa dlm bulan ogos setiap tahun), pengumumam dibuat, surat pelantikan/kenaikan pangkat dah diserahkan, maka secara rasmi dpt la pangkat baru tu.

Korang bayangkan eh...kalau yg berpangkat kerani, dinilai sbg A. Company dah start bagi tanggungjawab Eksekutif pada si kerani tu, biasanya dalam awal tahun. Tapi bila interview utk kenaikan pangkat tu si kerani ni gagal. Macamana?...Tak kesian ke kat si kerani tu sebab dia dah jalankan tanggungjawab dia. Berhempas pulas kerja. Dah mengharap utk dpt naik jadi Eksekutif. Skali bila interview, gagal!!!...Frust beb...

Tu satu senario.

Senario saterusnya plak, staff yang dah dpat naik pangkat sebelum ni. Ada gak yang dah pegang jawatan senior, tapi nak cakap bahasa Orang London pun x bleh. Macamana tu?...Aku yakin sebelum ni org yg pegang jawatan senior tu ada kelebihan lain yang orang lain takde. Tapi kalau dah pegang jawatan senior, korang sendiri mau ingat la...

Kesimpulan, walaupun aku tak setuju dengan polisi baru utk kenaikan pangkat ni, nak tak nak semua pekerja kena terima. Pada aku, walaupun ada calon utk kenaikan pangkat tu akan gagal masa interview tu nanti, kalau dah ditentukan oleh Allah rezeki, orang tu akan dapat jugak naik pangkat/upgrade job grade.


Sekarang baru aku paham kenapa ada yang pegang jawatan Kerani, Technician berbelas-belas tahun tak naik-naik gak pangkat. Ada jugak pegang jawatan yang sama sampai umur pencen!!!...Ini la puncanya!!! Polisi ciptaan syarikat !!! Lepas ni siapa yang terer goreng masa interview kenaikan pangkat bleh la jadi BOSS!!!!....Sebab orang kata Boss tau cakap je...buat kerja tak tau...hahahaha....apa-apa hal Allah lebih mengetahui apa yang berlaku/akan berlaku....Betul tak??!!!...PEACE.!!!

Thursday, August 12, 2010

Pertarungan Kumpulan Gitar Rancak


Deringan telefon bimbit yang mengalunkan petikan gitar dari Kumpulan Gitar Rancak yang bernama Creed berbunyi pukul 9 mlm tajam.


Butang "Jawab" ditekan....


"Hello...Assalamualaikum"...kedengaran sapaan salam berlaga serentak...


"Mana bro?...Apasal gua call lu tak pick up tadi?"...


"Gua tgh menunggang kuda la. Aksi "sukan" wajib setiap hari pegi balik kerja. Lu apa kes call gua malam2 ni?..Tak pegi Terawih masjid ke? "


"Pegi bro, lepas berita abis gua gerak la...Ni gua nak tanya lu skit ni. Esok lu free tak? Turun tempat gua jap. Ada Pertarungan Kumpulan Gitar Rancak la bro. Gua nak lu pilih finalist utk perform masa Annual Dinner".


"Lu hilang akal ke bikin Pertarungan bulan Ramadhan ni bro?!!..."


"Alaa..lu dtg kejap je dlm kul 3 dengar 7-8 band perform pastu lu pilih la mana yg layak. Lagipun lu dulu blaja muzik kan? Biasa layan konsert, gig bagai kan?..Biasa jaga sound kan..?..Lu tau la nak buat pilihan.."


"Gua blaja tempias skit je line muzik ni. Lagipun gua bukan komposer atau artis..Rancangan Keynote pun gua tak penah masuk... Lu carik org lain la bro..Ali XPDC ke? Pithawk V5 ke?"


"Pithawk x bleh, tak sempat katanya. Dia dah keja kat Cyberjaya. Ali XPDC masa final nanti dia ada la. Lu skali jadi juri dgn dia..".


"Hahahaha...!!...Lu carik org lain je la bro...".


Member gua ni pun agak agak la jemput gua jadi juri Pertarungan Kumpulan Gitar Rancak.....hahahaha...Lu ingat gua ni Mamat Khalid ke?...