Nuffnang

Thursday, December 31, 2009

Cherating


Dari dulu aku dengar org bercerita tentang Cherating. Tapi aku tak penah sampai ke Cherating walaupun kampung bini aku kat Kuantan. Cuti Raya Haji tahun lepas, sempat la aku singgah ke Cherating. Bleh tahan gak la jauhnya dari kampung bini aku tu, lebih kurang 42 km. Perjalanan yang sepatutnya cuma amik masa dlm 30min, jadi lagi lewat sebab hujan lebat sepanjang perjalanan. Maklumlah, hujung tahun memang musim hujan. Sampai pun dah pukul 5:30ptg lebih kurang. Dengan cuaca mendung xde apa yang menarik sgt masa tu. Tapi sempat gak la snap few gambar anak bini aku. Tengok org main surfboard. Layan gak, tapi xde la ombak besar macam tsunami tu. Aku plan nak pegi lagi skali ke Cherating. Maybe aku akan gerak awal pagi next time. Lighting pagi lagi best untuk dapatkan gambar cun. Tapi kalau cahaya best, kalau x terer amik gambar, tak cantik gak gambar tu...hahaha...tapi takpe, yang penting cuba dan cuba lagi....

Wednesday, December 30, 2009

Babai 2009, Salam pada 2010.

2009 dah nak habis. Beberapa jam je lagi. 2009 ni tahun yang banyak dugaan. Dugaan yang agak berat jugak la. Eksiden, anak masuk hospital, tekanan kerja, bapak aku operation tulang belakang & macam-macam lagi la. Banyak sangat sampai aku tak ingat lagi dah dugaan-dugaannya.

Tapi bukan langsung takde langsung benda-benda yang best jadi. Ada tapi, kurang sgt la. Contohnya, aku dapat jugak belajar fotografi setelah sekian lama aku teringin nak blajar. Memang minat dgn art tapi x creative. Cuma minat je & aku takde niat utk jadikan sebagai sumber pendapatan aku. Bila dah blajar fotografi, secara tak langsung aku belajar gak la main KedaiFoto, Photoshop la tu..haha. Lama gak dah teringin nak layan KedaiFoto tapi bila tgk mcm susah, terus malas nak blajar. Skang ni seskali belajar dengan Hezri, Suhaimi. Org terdekat yang aku bleh minta tunjuk ajar. Diorg tak kedekut.

Tetiba semalam ada sorang opismate cakap macam ni..."bro, dalam ramai-ramai kawan gua, lu yang paling, paling, paaaaalllinggg susah gua nak paham" (kalau x silap aku tu la ayat dia, sebab masa tu aku tengah buat kerja kat tempat dia. Pada sesiapa yang kenal aku tolong bagi pendapat bleh?..betul ke apa yang kawan aku cakap tu?). Erkkk?!!!..heran gak...ada lagi ayat yang dia cakap, tapi disebabkan aku tgh buat kerja, maka aku tak brapa fokus la. Yang aku ingat aku cakap "lu org jgn risau la, sbb most of the time gua ok. Selalunya kepala gua blank"...
Aku tak kisah, asalkan org berkawan dengan aku bukan atas alasan gerun tgk aku...aku bukan samseng...hahaha...aku rasa tu la statement penutup 2009 yang aku akan ingat...lain-lain, aku dah tak amik port...

Ntah kenapa penghujung 2009 ni aku byk dengar Grunge, Alternative plak...Soundgarden, Nirvana, Mudvyne, STP, Alanis Morissete jadi pilihan gegendang telinga aku. Rentak penutup 2009 utk aku kot...

Next year, 2010, aku harap dapat merencanakan sesuatu yang best. Contoh macam jumpa Leo Messi ke (ya betul, aku peminat Real Madrid. Tapi ada sebab kenapa aku tulis Leo Messi)....beli lense yang best ke...beli rumah atas tanah ke (bleh la anak-anak aku main beskal depan rumah)...beli kete 2 pintu ke (aku dah tak larat nak redah hujan/panas sejauh 82km tetiap hari)...beli MPV ke (balik kg x la bingit telinga masa drive sbb MPV kan luas, so anak2 memekak pun xde hal).....dapat naik gaji ke (bleh ke Bos?)...dapat bonus 5 bulan ke (hehe..)....Yang terakhir nak carik kubur Yan (Atok aku) yang dah lama aku tak ziarah sejak Atok aku meninggal (ada kisah...) sebab kubur Tok aku dah ziarah last weekend & aku cadang nak ziarah setiap kali aku balik umah mak bapak aku...(ya..aku tau aku teruk...)..

Entry aku ni berterabur la kan...kejap cite tu, kejap cite ni...agaknya betul la apa yg opismate aku cakap...susah nak paham aku...ye ke??...

Thursday, December 10, 2009

Teka-Teki

Situasi 1 (Perjumpaan Kakitangan)

Aku : "Bro, lu tau tak Parking ada Technical Dept. sendiri?"

MyTeam1 : "Ye ke? Gua tak tau la plak.."

Aku : "Mmg diorg ada tech sendiri, bro. Gua ingat kalau join diorg pun best gak. Takde serabut
kepala layan macam-macam sistem..."

..........................Dua-dua senyap...pastu gua blah time nyanyi lagu harijadi...hahaha





Situasi 2 (Time makan-makan Majlis yang sama)

Bos : "Fauzi, u dulu amik Engineering ke? Bidang apa?"

Aku : "A'ah bos. Gua amik Audio Engineering"

Bos : "Awak boleh cakap ENglish tak?"

Aku : Erk..?!! (dalam hati "C'mon la bro,tau la aku skolah tak tinggi, tak skolah sampai oversea,
tapi aku boleh la cakap omputih ni...")

Bos : "tapi u boleh paham la kan...?"

Aku : 'A'ah, boleh la..." (dalam hati "haa.kan ...sendiri tanya, sendiri jawab...huahaha")

Bos :" Ada sebab I tanya U..."

Aku :dalam hati "ceit!!...main teka-teki plak dgn gua...ni yg gua rasa nak starlet je ni...."

.........gua tak senang hati............






Situasi 3 (Dalam Graphic Studio)

Aku : "Bos, hari tu pegi Barcelona best tak?..Bos sempat tak tgk game Barca?" (jakun habis
gua...haha)

Bos Badan Besar : "Tak sempat. Eh!!..ni I nak tanya, U minat tak nak handle system?"

Aku : dalam hati.."ceit!!..mainan gua tu, takkan gua tak minat plak...menda la.."

Bos Badan Besar : "Kalau u minat, u'll be send to the manufacturer of the system. Go there &
learn from them. We going to be the distributor for the bla..bla..bla...bla..
We need someone yang cepat absorb about the system...bla..bla..bla..

Aku : "Brapa ramai pegi bos?"

Bos Badan Besar : "Most probably hantar sorg. Tapi tgk la..maybe..bla..bla..bla.."

Aku : dalam hati.."best..."


Teka-teki dah terjawab rasanya...tapi jadi kenyataan atau tidak...?...gua pun tak tau ....malas nak kecoh2...

Zass....gua blah...

Wednesday, December 9, 2009

Misi Balas Dendam

Hampir 10 hari aku balik kampung, Kuantan Pahang. Bukan kampung aku pun tapi kampung bini aku. Dah plan nak ronda area Kuantan utk photoshoot. Tapi hampir setiap hari hujan. Mentang mentang la HUJAN perform kat Kuantan masa event SOKKER SAFARI (Astro punye event) minggu tu. Khamis, aku nekad, hujan ke tak hujan ke...aku musti kuar gak...maka ini la hasilnya...salah satu gambar yang aku snap...lelain usha kat fotoblog ye...buat masa ni x byk...nanti aku letak byk byk baru kau tau...!!!...