Nuffnang

Wednesday, December 3, 2008

X Kerja

Aku x pi kerja hari ni. Bukan sebab aku malas pi kerja, tapi sebab anak aku, Aiman, demam. Sebenarnya, xde la teruk pun demam dia. Tapi aku x nak amik risiko tinggalkan dia kat nursery. Walaupun pengasuh kat nursery tu bleh jaga bebudak tu dgn elok, tapi aku x nak biarkan tanggungjawab aku macam tu je. Aku x nak jadi macam parent lain. Anak sakit pun anta gak ke nursery. Harapkan pengasuh jaga 100%. Mana bleh macam tu. Diorg kena jaga ramai bebudak walaupun ratio nye kecik, 5:1 max tapi bleh ke nak focus pada bebudak yg x sihat tu?...aku x rasa diorg bleh buat. Yang penting anak sendiri, tanggungjawab sediri la...apasal nak serahkan tanggungjawab tu pada org lain?...Kekadang aku x paham dgn parent yang macam tu. Sayang sgt dgn cuti...Alaaa lagipun surely majikan paham..bagitau je la..

Sebelum anak aku demam, aku ada nampak sorang budak kat nursery tu dahi dia bertampal!!...bukan bertampal sebab luka tapi sebab tempek Cool Fever. Tu la masalahnya, anak demam hantar gak ke nursery!!!..Tak reti ke??!!..bila demam, selalunya org akan batuk & kena selsema. Tak reti ke??!!..batuk & selsema tu bleh spread jangkitan pada org lain...aku agak dah, kalau x kena gaya, musti anak aku demam gak..kalau x aiman, mat shad yg demam...aku x bleh buat apa. Susah aku nak cakap dgn parent yg macam tu..Tak nak guna akai!!..bukan x ber akai...tapi x nak guna!!!..

Lepas tu aku biar je la...ye la dah x bleh nak buat apa. 3-4 hari lepas tu, aiman mintak Vitagen. Aku x bagi, sbb dia bukan bleh minum Vitagen/minuman sejenisnya. Kalau dia minum gak musti dia demam. Mamat tu biala aku x bagi, mula la buat muka. Aku plak x nak anta dia ke nursery dlm keadaan yg mcm tu. Susah pengasuhnya nanti. Aku bagi gak..sudahnya smlm dia start demam!!..

Ni semua, aku rasa la, sebab terjangkit dari budak yg demam kat nursery tu & sebab dia minum Vitagen. Aku rasa je...

Aku x tau kena dia x bleh minum vitagen. Dia alah dgn Vitagen, x mcm bebudak lain.

Aku nak pesan gak la dgn parents lain, kalau anak x sihat tu tolonggggggg la amik cuti. Tolooonnggg la bertanggungjawab skit. Tolongggg la jgn anta ke nursery.

Sebab bleh merebak pada budak lain. Sib baik demam je, kalau kena penyakit yg serius, camana??!!...Macam penyakit HFMD tu. Member opis aku, anak dia penah kena. Punca, parent yg dah tau anak kena HFMD anta gak anak ke nursery. Pengasuh x tau, diorg terima je. Sudahnya merebak pada budak lain. Kan naya tu!!!...Lain kali guna la akai yg tuhan dah bagi tu!!!...

2 comments:

KELAM TERANG BULAN said...

bagus...bagus...bapak yang camgini la penuh tanggungjawab...jgn pandai buat je...kan...

corneamelayu said...

insyaallah..