Nuffnang

Wednesday, December 31, 2008

Kiraturun

Damai sungguh rasa. Aku kidnap satu family aku lepak kg. Kat Kg. Pandan. Jgn ingat Kg Pandan KL. Ni Kg. Pandan 2, Kuantan Pahang. Dekat dengan Pusat Kraftangan. Sempoi. Aku rasa masa aku menaip update blog ni, maybe manusia kat KL, JB semua tgh sibuk tekan paddle minyak, brek, clutch. Mengadap kesesakan jalanraya. Ye la nak sambut tahun baru la katakan.

Sebenarnya aku x berapa nak paham, kenapa kena sambut tahun baru? Lepak kat depan Dataran Merdeka, ramai2 jerit 'kiraturun'. Pastu blah...macam semut bersepah sepah manusia blah dari Dataran Merdeka tu. Lepas tu, golongan berani mati amik alih kuasa dari polis trafik. Berani mati ke depa ni (mat rempit)? Amik alih kuasa polis trafik konon. Bila polis trafik datang, kelam kabut depa cabut...huahahah..

Lepas tu, para 'pencucuk langit' plak, sejak petang lagi dah menghuni disko disko yang wujud kat Malaysia ni. Tak kira disko haram atau halal. Halal?..Disko halal?...hmmm lu pikir la sendiri. Aku pun x tau kenapa la golongan 'pencucuk langit' dok sibuk cucuk langit. Depa x tau ke langit tu memang dah merata rata dah berlubang?...lapisan ozon semakin nipis. Sebab tu skang ni dunia makin panas.

Bukan aku x penah sambut tahun baru. Cuma aku x penah buat macam golongan seangkatan di atas tu. Aku dengan geng aku pi lepak PD atau Teluk Batik. Konvoi naik moto je. Malam gerak. Sampai je tido dulu la. Bangun pagi, mandi laut. Selalunya mcm tu la acara tahun baru aku. Sampai skang aku tak paham kenapa sambut tahun baru dengan cara yang tak masuk akal. Yang aku nampak, apa yang aku dgn geng buat tu adalah satu cara kami meraikan cuti. Tu je.

Tahun ni, Maal Hijrah & Tahun Baru Masihi selang beberapa hari je. Macam yang aku cakap, aku dgn famli aku lepak kg. Takde pikir nak tgk bunga api ke, nak lepak bandar ke, apa apa je lah ...yang aku rasa skang ni...Bestnye...Damai betul lepak kg ni. Sambil tengok anak aku kejar ayam, tangkap ayam, dengar anak aku tolong Tok Umi dia tumbuk cili buat SAMBAL BELACAN ..Hahahaha..anak jantan aku tolong Tok Umi dia buat sambal belacan!!! ... Walaupun nama kg ni Kg. Pandan bukan Kg Wira Damai...!!!

4 comments:

Hidemichimomotani said...

Dekat rumah aku ni ada Taman Melati,cuma LRT tak lalu je.

hedgebeewhy said...

kat negeri kg aku ada kg New Zealand tapi smue org melayu.

Muhammad Nazeef said...

aku takat bowling ngan lepak mamak jer la kot..
sbelom ni lagi best...tdo kat bilek jer~~
haha!

slamat tahun baru 2009!

KELAM TERANG BULAN said...

xde faedah nyambut kat tempat hiruk pikuk tu..baik la lepak kat umah ke..aku plak wat majlis suaikenai kat taman aku..ada gak faedah kenai2 ngan orang taman aku...idup TAMAN DESA IDAMAN...