Nuffnang

Thursday, November 27, 2008

Hujan

Hari ni hujan lagi. Kalau x silap aku, hari ni hari ke 3 hujan . Maknanya hari ke 3 berturut turut aku kuyup. Mana tak kuyup, aku terpaksa redah gak hujan utk balik ke rumah. Tak boleh buat apa, redah je. Aku tggu kat opis sampai pukul 8:30 mlm dgn harapan hujan reda. Tapi tu harapan je la...

Kalau diikutkan, mmg aku tak tahan gak hari hari kuyup kena hujan . Tapi takkan aku nak tggu hujan betul betul berenti. Pukul brapa plak aku nak sampai umah?..Umah aku bukan dekat, nun jauh di Putrajaya. ERL kan ada, apasal x naik?...Uishh...poket aku plak x bleh nak tahan kalau naik ERL..tambang mahal tu..lebih RM300 sebulan kalau x silap aku..sedangkan blanja minyak moto kapcai Yamaha LC aku baru RM5 sehari...byk beza tu..lepas beli susu anak2 aku utk 2 tin sorang...!!
Ni la 'kuda' aku...pun kuyup gak...



What to do?...Redah je la...ada rezeki lebih bleh la beli kete satu lagi..insyaallah...

Monday, November 24, 2008

Blues

Siapa yang mute volume controller pc/laptop, tlg kasi on. Baru korang tau kenapa aku letak posting kali ni Blues. Yup, fav music aku BLUES. Walaupun aku suka Rock, tapi tanpa Blues maka tiada lah Rock. Bues adalah root kepada Rock music. Itu yang aku tau...

Blues adalah luahan rasa yang terpendam dalam hati, jiwa yang diterjemahkan melalui music. Dulu music blues ni org kulit itam je yang layan. Salah satu cara diorg luahkan apa yang terpendam dlm jiwa diorg. Masa tu dizaman diorg jadi hamba abdi. Masa tu blues didendangkan/dimain secara sembunyi. Tak bleh terang terang ooo...Kira underground la. Dah lama dah Underground scene ni kan...Sejak zaman dulu dah ada dah...

Kenapa aku suka Blues?...sebab solo gitar tu. Ada jiwa. Kalau tgk blues guitarist ni goreng..perghhh..layan beb. Setakat ni aku penah tgk Eric Sardinas live...kat Konsert Rentak Asia. Kira macam WoodStock la. Aku rasa tahun 99 atau 2000 masa tu buat kat Bukit Jalil. 2 Hari 3 malam beb...G3 turun. Eric Johnson, Steve Vai, Joe Satriani...closing..walaupun x dpt buat full performance, tapi ok la. Masa tu tgk Eris Sardinas main (show petang) perghh..siap goreng solo dgn api menyala kat gitar tu!!!...Local guitarist plak...syiok layan MatNor Hendrix (otai ni dressing macam Jimi Hendrix) & Julian Mokhtar Blues Gang, goreng Still Got The Blues..perghhh..layannn...

Ok la..enuff story 'bout blues...korang layan je...pada yg x minat blues korang mute je la volume pc/laptop korang tu...hahahah...

Gua Pun Nekad

Hedgebeewhy!!!..gua pun nekad gak. Depan mata kau aku register PCSN 4!! Bukan aku yg key in booking tempat utk PCSN 4, tapi kau jugak yg tolong key in. Ok la tu. 'Engine start button' dah kena tekan. Tu la, selagi tak tekan 'button' bila nak bergerak.

Insyaallah, kita layan PhotoCamp 4 bulan Feb 2008 nanti sesama. Walaupun D90 blum beli, aku nekad utk register PhotoCamp 4 tu jugak. Kalau pegi sesorg tak best. Aku bukan terer mcm hedgebeewhy tu. Angle ke laut..ntah apa apa ntah!!!..kalau suruh pegi Alpha Angle aku tau la..!!!..huahah..At least aku bleh mintak guide dgn org yang aku kenal masa PhotoCamp tu. Tak la segan sangat kan...

Hedgebeewhy, lu beruntung bro. Gua segan nak suarakan kat HR yang gua pun nak pegi PhotoCamp tu, konon2 company tanggung la. Tapi takpe, ada course lain yang gua nak apply. Gua nak company tanggung. Lu tau kan...Insyaallah, kalau ada rezeki, dpt la ...

Walaupun aku x sure dgn plan aku nanti selepas May 2011, aku x kisah. Kalau apa yang aku rancang tu tak menjadi, at least aku ada ilmu utk teruskan minat aku dlm photgraphy ni. Aku ada ilmu, aku ada senjata. Camera la tu..senang utk aku teruskan.

Aku nak bayar deposit PhotoCamp 4 tu tadi via online.


Sekali Under maintenance la plak....

Jawabnya, esok la aku buat payment. Nak bayar awal awal tadi, anak aku yang kecik tu belum tido, kang dihentaknya plak MacBook aku ni, baru padan muka aku.

Xpe apa apa hal, aku dah register. Tapi tu baru register, selagi belum bayar, tempat belum kompom. Nak buat camana, kalau ada rezeki aku pegi PhotoCamp 4 dgn hedgebeewhy, tak kemananya tempat utk aku tu....

Friday, November 21, 2008

Apa daa..

Sebenarnya aku dah taip panjang dah tadi. Tapi bila nak publish je, connection sangkut...Apa daaa...
Aku cuba la paste...mana la tau kot kot ada ke. Tapi gagal...
Malas la aku nak taip lagi sekali. Check kat draft pun xde..

Aku x nak serabut. Lagipun tajuk post aku yg tadi Aku TakNak Serabut II.

So aku biar je la...

Wednesday, November 19, 2008

Hanya Dikau

Oooo...hanya dikau ..saorang saja...
gemala hati..pujaan ku sayang ..penglipurlara kala duka...
Oooo...hanya dikau ..saorang saja...
penawar rindu..pujaan kalbu..selalu ku tggu tiap waktu..

hehe..itu la bait baik lirik lagu yang aku tgh dengar skang n. Korang penanh dengar x?..kalau x penah dengar cuba click link Ambitious Wedding Photographer kat tepi tu...best gile dengar pepagi ni..syiok bebbbb...hehehe..Lagu yang menceritakan perihal seorg lelaki yg memuji awek dia...aku rasa la kot..lagi pun lirik dia straight forward...

Best gile..ok la..nak pi iron 'jersi' plak...sambil dgr lagu tu

Tuesday, November 18, 2008

Aku TakNak Semak

Aku rasa aku dah tau kenapa aku tension bila byk keje. Kekadang bila byk keje/banyak pc yg problem aku slalu cakap "korang potong aku jadi 8!!..senang semua tempat aku bleh pi settlekan masalah pc korang". Sebenarnya aku bukan marah pun. Serius aku mmg x marah. Selama aku keje kat tpt keje skang ni (dah nak masuk 8 thn dah) jarang aku marah. Kalau aku marah pun sbb org mcm paksa aku nak suruh settle problem pc cecepat..

Cuma kalau senarionya macam ni, bila masuk keje je.."bro, pc gua problem, bleh tolong tgk kan x?" selalunya aku angguk je. Tak pun aku cakap "jap lagi gua tgk"...maknanya aku akan check selepas rutin aku selesai ataupun aku settle hal yg major dulu. Cuma 'suhu' aku akan naik bila org cakap "bro, masalah pc gua cmana?..bila lu nak kasi tlg settle?"...Haaaa...itu aku x suka...Macam la gua xde keje gua..."abis keje gua siapa nak tlg settle...!!!..masalah gua siapa nak tlg!!!"...sendiri mau ingat la...

So pepaham la, bila aku angguk/aku kata aku akan tgk...tggu je..nanti aku settle...Lagipun mmg dah kerja aku...bila settle masalah pc org..aku puas ati...Tapi senario tu jarang terjadi. Aku rasa cuma sekali je jadi...selain tu, tekanan punca dari aku sendiri..

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku nak settle semua keje tu cecepat, rentak perjalanan aku pun jadi cepat. Kalau boleh nak semua keje settle dlm satu hari. Gile...mana bleh semua keje settle dlm satu hari. Kena plak kalau byk tempat aku kena pergi..lagi la aku cuba nak settle cecepat...semua tempat aku nak layan, bukan sebab tamak haloba!!...Aku jadi macam tu sbb, aku tak nak orang lain susah buat keje. Tu je...

Bila aku tension, kepala aku jadi semak. Bila kepala semak, aku stress...(konon stress la..).Padahal, dulu aku x macam tu. Aku x pikir kan sgt...mungkin sbb dah tua kot...huahaha..Hari ni aku cuba control. Walaupun byk kerja, byk masalah, aku selamba...buat mcm dulu. Aku settle satu satu. Jalan pelan pelan..santai. Skang ni pun aku duk ada kat Dataran Maybank. Masalah database x bleh link. Arghh...aku dah cuba semua yg aku tau. Programmer pun dah guide cmana nak settle via phone. Pun x bleh gak. Skang tggu programmer email detail guidance utk settle problem tu. AKU TAKNAK SEMAK. Dah usaha, bukan aku x usaha. So skang ni, apa yg aku perlu buat...TUNGGU JE LA!!!..

Sepatutnya aku kena pergi Puchong plak lepas settle problem kat Dataran Maybank ni sebab aku dah janji dgn Johan utk settlekan prob kat VMC plak. Memandangkan kat luar tu ujan lebat, aku pun amik keputusan utk BERKAMPUNG je la kat DM....

Kena Buang Kerja

Jangan terkejut bila baca tajuk post aku kali ni. Sebenarnya bukan aku yang kena buang kerja, tapi pekerja pekerja CITIGroup yang tengah risau skang ni. Tengok kat Buletin Utama tadi, CITIGroup announced bahawa sebanyak 53,000 org pekerja dibawah naungan CITIGroup akan dibuang kerja. Apa punye ramai depa nak buang kerja?!!!..APa Kes??!!

Ni semua sebab kemelesetan ekonomi dunia. 53,000 org yang nak kena buang tu maybe akan dilaksanakan tahun depan. Perghh..tadi masa staff gathering, VP cite la pasal penganggur yang ramai gile kat US skang ni...10 juta org yang menganggur skang ni kat US!!!...hah..amik kau...ramai gile...

Then, dia bagitau, tahun depan kemungkinan besar XDAK BONUS!!!..Hmm.. nak buat camana...pada aku, kalau dapat bonus alhamdulillah...nama pun bonus kan...

Sambil dok dengar VP berceloteh tu, aku kena racun lagi!!!...Kali ni dengan Brader Suhaimi plak...kalau x silap aku brader ni salah sorang animator Silat Lagenda (Produk KRU)..hedgebeewhy bleh kasi kompom samada aku betul atau silap...Terer gak dia ni amik gambar...byk yang cun cun...ada la dpt skit ilmu photography darpd dia skit tadi...

Si Sudin plak (member HOC) ajak lepak malam ni, bleh memain dgn DLSR dia...tapi terpaksa tolak dgn berat hati (bukan senang org nak bagi memain dgn DSLR dia)..wife aku OT malam ni..SO aku kena la jaga anak anak...kalau aku yg jaga, kompom dedua tido awal!!!...huahaha...

OK la...nak pi buat susu..standby kang nangis si kecik tu plak kang....

Friday, November 14, 2008

Racun

Ni post aku yg kedua dlm tempoh beberapa jam. Tadi dah post satu, ni post lagi satu. Gile menaip ke apa aku ni..huahaha..Aku baru bangun tido sebenarnya tadi ni. So paham paham je la kan, mata cerah lagi.

Lepas abis semua website yang biasa aku lepak, mata x bleh pejam lagi. Gile...pagi esok nak pi opis kejap amik barang utk hantar ke VMC. Ada brg utk sound system Ijad terlupa nak anta skali. Maka, x cukup rehat la aku. Tak bleh nak salahkan Ijad or geng yg prepare brg sound system tu, sebab diorg pun bukan familiar sgt dgn audio system ni. No hal, kekawan aku punya pasal aku paham, aku tlg mana yg patut. Sebab tu aku post lagi kat blog ni, SEBAB AKU X BLEH TIDO..hehe.

Siang tadi, hedgebeewhy, racun aku. Dah byk kali mamat ni racun aku. Sebenarnya mmg aku dah termakan racun mamat ni. Mamat ni racun aku beli D90. Memang sebelum D90 ni dilancarkan, Azri dah cite kat aku pasal D90 ni. Tapi sebab aku xde sen, aku tak amik port sgt la. Ye la, stail aku mmg macam tu. Kalau xde, buat cara xde. Hedgebeehwy tambah racun lagi, ajak pegi amik course. PhotoCamp. Siap tunjuk website PhotoCamp tu. Gile gempak beb...Aku tergugat. Aku mmg minat photography ni. Lama dah. Cuma aku xde geng je. Compact digital camera pun xde dulu. Skang ni pun guna Camera handphone je...daifnye la aku ni... Hedgebeewhy ajak team-up. Yup, photogrpahy ni kalau ada team lagi best. Bleh kongsi idea, kongsi xperience, teknik..memcam la..

Sebelum wife aku pi keje tadi (dia kena OT), aku ada bagitau ada benda nak bincang dgn dia. Tadi dia balik lebihkurang 12:30 mlm tadi, aku pun tgh tido masa tu. Ngantuk beb..dia kejut, suruh makan sebab aku pesan roti telur. Sambil aku pekena roti telur, kami borak la pasal yg aku nak bincang tadi. Sebenarnye, aku nak tanya pendapat dia yg aku nak beli D90.

Wife aku bagi full support. Dia paham situasi aku, dia tau aku dah x larat. Dia tau aku x suka layan kehendak org je...dia kenal aku. Dah lebih 10 thn dia kenal aku, walaupun usia perkahwinan kami baru je nak jengah ke 5 thn. Tapi kami kenal sejak aku blaja kat kolej lagi. Sebab tu dia paham aku. Dia x kisah kalau aku nak buat freelance. Lagipun aku dah cakap, apa plan aku pada May 2011 akan dtg. Insyaallah...

Hello bro...bini gua ok je...skang terpulang pada aku samada nak beli ke x D90 tu. Modal besar tu. Tgk la, aku pun tgh usaha kumpul modal. Kalau aku rasa ok, aku akan beli 'benda beracun' tu..D90 la tu..bleh team-up bikin projek nanti...hehehe...

May 2011

Letih..aku dah semakin letih dgn bebanan kerja aku skang ni. Dah la profile kerja aku skang ni macam ntah apa apa ntah. Sebelum ni pun macam tu jugak, tapi skang ni rasa macam bertambah teruk. Merapu, mengarut..aku x kisah kalau aku terpaksa belajar benda benda baru...ye la aku ni mmg x reti pasal Building Maintenance ni, tapi kalau itu yang aku kena buat, aku buat je la. Walaupun aku lebih suka layan dunia cyber ni, tapi apa pilihan yang aku ada?...

Aku x tau brapa lama aku bleh tahan dgn keadaan skang ni. Aku harap aku boleh tahan sampai May 2011. Kenapa?...ada la sebabnya aku tggu May 2011. Sebab tu aku kena mulakan dari skang.

Insyaallah, kalau apa yang aku usahakan menjadi realiti, maka perancangan utk May 2001 akan menjadi kenyataan. Skang ni, aku tahan je la...tension, stress sampai sakit sakit badan/kepala hotak aku ni, tahan je la...

Skang ni sambil aku memblogging ni..bleh ke guna perkataan memblogging?...hehehe..aku layan Rock Prima...Band rock 90-an, Kumpulan Meditasi sbg pembuka utk rancangan Rock Prima...aku x brapa tau pasal band tu..cuma tau la satu dua lagu...tu pun sesikit...aku tggu Wings sebenarnya..fav band aku tu..dari dulu sampai skang....hehehe...Rock Kapak!!!!

Ok la...jap lagi nak tido...aku nak tido awal malam ni...badan lesu, kepala pun berat..kena ujan plak time balik keje tadi...Plan May 2011 adakah akan menjadi kenyataan atau tidak..?...ntah la...xde siapa tau melainkan yang Maha Esa...mana la tau ajal sampai awal ke..siapa tau...

Friday, November 7, 2008

Mana Satu?

Ni cite pasal komputer skit. Sebenarnya bukan aku yang jawab persoalan Yang Mana Satu? seperti yang tertulis kat tajuk atas tu. Taun yang empunya diri yang jawap....Linux. Macamana nak sebut? Mana satu sebutan yang betul? Kalau nak tau cuba tgk video clip ni...

Wednesday, November 5, 2008

Alamak!! Hilang..

Alamak!!..Hilang la pulak...

Macamana la aku bleh x perasan Blogger List kat blog page aku ni hilang. Ni musti kes masa aku tukar template baru ni. Hmm...jenuh nak ingat blog siapa yang masuk dlm 'menu'. Walaupun x byk, tapi sebab aku ni bukan jenis yang amik port sgt sbb tu aku x ingat melainkan bloggers from my office je. Still aku belum ada mood utk masukkan 'menu' bloggers tu. Walaupun kedua-dua anak anak aku dah tido. Aiman tido since aku balik kerja lagi. Mat Shad plak aku tidokan lepas bagi dia makan malam, lebih kurang 8:30 pm tido dah. Dia paham kot sebab aku bagitau aku penat sgt hari ni. Tengok la gambar kedua-dua beradik tu...

SALE!!!


There will be a warehouse sale this weekend!!...Info yang aku dapat via email daripada member aku, Efi. Sony Centre Warehouse Sale. Siapa yang kaki gadjet bak Inspector Gadget, apa lagi, korek la tabung korang hehe...Maklum la, baru lepas raya la katakan. Banyak habis duit, walaupun dah lebih sebulan raya Aidilfitri berlalu, maybe belum sempat kumpul duit. So terpaksa la korek tabunggggggg...Macam aku la..hehe. Aku confirm x pegi Sony Warehouse Sale ni. Hujung bulan ni roadtax & insurance kereta Civic buruk aku tu dah expire. So pepaham je la...

Tuesday, November 4, 2008

Boring

Getting bored with the current template...rasa mcm nak tukar je...tapi nanti la..tgh xde mood...label label pun rasa mcm x nak bubuh dah...tgk la nanti, I'll think 'bout that later ..for now pusssss...tido la...

Monday, November 3, 2008

Hotel Ayam

Aku ada cite pasal aku outstation ke Pulau Mutiara last week. Menginap kat hotel yang aku x penah teringin pun nak rasa. Memandangkan hotel ni mmg dekat gile dgn tpt aku nak buat keje, aku pun okay kan aje..Tapi kalau aku sorang jgn harap aku nak duduk kat hotel mcm ni...takut weiii...KOrang tengok la sendiri...
Bangunan tengah yg sayup mata memandang tu la tpt aku nak pi buat keje..

Plug top ni spesis terakhir, kalau jahanam kompom x de stok..size plug top sebesar ibujari kaki..

Keychain pun ol'skool...mcm hotel kowloon je...

KOrang tgk mcmana tv tu diletak..gile, mesti ada org penah bawak lari tv kuar hotel..huahah

Kerusi ol'skool ni jadi tpt aku letak MacBook aku...


Tengok cermin, kepala katil dgn site table lamp...ol'skool bebb...



Sarung bantal siap ada cap Hotel lagi..mcm la org nak amik...


Gile Letih

HAri ni ntah apa yg aku buat aku pun x tau. Gile letih!!..Dah la pagi tadi masuk keje pukul 9:30, letih gak tu. Memang letih, bangun tido awal dah. Lepas settle semua, aku kejut la si Aiman. Dalam mata dia pejam "kejap lagi Man bangun bleh x, abah? Man ngantuk..."..kesian ku tgk kat anak sulung aku ni. Ye la, mlm smlm memang dia tido lewat, ikut aku punya pasal la tu. Member lama aku dtg umah. Org Sg. Petani. Seminggu dah dia kat Putrajaya ni, ngantar wife dia lapor diri masuk keje gomen. Kalau ikutkan, segan gak aku nak terima tetamu ni. Ye la kan, umah aku ni dah mcm rumah tumpangan murah. Kosong je, xde apa apa...tu sebab aku x penah jemput kekawan opis jengah umah aku...hehehe..

Lepas Aiman ckp dia nak tido sikit je lagi, aku pi la sesiap mandi, pakai uniform semua..pastu kejut balik Aiman. Mandikan dia, pakai kan baju dia sambil dgr dia cakap "Abah...Aiman nak tgk Postman Pat sampai habis boleh x?"..aku cair lagi...tgk time remaining cite Postman Pat, cite tu abis pukul 8:57 pagi!!!...alamak..x pe la..janji aku tinggalkan Aiman kat Taska dalam keadaan dia ok, x nangis. Aku x suka tinggalkan dia dlm keadaan nangis, susah nanti. Sebab bila dia nangis, dia batu. Bila dia batuk, muntah plak kang, kan dah susahkan Cikgu/Pengasuh kat Taska tu...tu yang aku x suka.

Aku tinggalkan Aiman dlm keadaan dia senyum sambil pegang Clorets. Biasa la, pepagi sbm sampai Taska kena pau dulu la..hehe..time tu tgk jam dah 9:10am. Aku rempit kapcai aku ke opis sejauh 36km dengan kelajuan 130-160kmj...9:30 am aku scan ibujari aku...hmmm..merah lagi attendance aku hari ni. Nak buat camana.

Memacam kerja yang aku buat. Biasa la , dah nama nya bekerja, macam tu la. Balik plak dah dkt pukul 7 mlm. Aku lewat lagi. Kenapa aku lewat? Biasa la, singgah MR, singgah Sooka, aku park motor kapcai aku kat Sooka. Jumpa plak 'Budak Kelantan', Adi (org tganu sebenarnya mamat ni) dgn Kpl Khazairi. Borak lagi. "ish, x bleh lama ni" kata hati aku. Memang la x boleh lama, wife aku call tadi bagitau dia letih sgt. So, aku paham, aku janji nak beli lauk utk makan malam. Bila dah kat Hiway MEX (Maju Expressway a.k.a Hiway Putrajaya), mata aku berat sgt. Tapi bila sampai kat R&R tetiba aku segar. "uishh, bau sate bebbbb"...heheh Kat R&R tu ada cawangan Sate Kajang Hj. Samhuri. Favourite aku tu, sate...bila dah dekat dgn tol aku terlelap kejap. On Off mata aku sampai la ke bawah blok flat gomen tempat aku tinggal.

Bukak je pintu, Mat Shad (anak aku yg ke-2) merangkak ke pintu sambut aku. Hari hari macam tu. Heran gak aku apasal Man x join adik dia hari ni...la, tido rupanya..hehe penat sgt kot. Lepas mandi, solat aku bagitau wife aku yg aku x larat nak pegi beli lauk. Ngantuk sgt, tapi x pe aku masak. Plan nak masak nasi goreng je...aku kalau pasal makan, apa ada hal, semua bedal. Aku usha washing machine, dah ada pakaian yg dah siap di basuh. Kesian kat wife aku, aku tlg sidai mana yg maut utk ruang sidai pakaian kat rumah aku ni. Ada skit je ruang, so x byk yg aku bleh tlg. Wife aku nak masak gak, dia kesian kat aku kot. Aku bagitau , toksah masak mengarut la, goreng telur je cukup.

Dia akur, ikut apa yg aku cakap. Susah nak jumpa org macam ni wei...dengar cakap suami..hehehe...Sambil wife aku masak, aku layan anak-anak. Mat Shad, super aktif. Memanjat je keje dia. Aiman plak sejak bangkit tido, terus layan drift kat youtube. Siap pakai glove lagi, konon konon bawak kete lumba la tu. Minat betul dgn drift. Lepas makan aku tutup lampu, Gelap.

Itu je satu cara nak bagi Mat Shad tido. Aiman x kisah la kan, dia dah besar. Baru je sambut harijadi sabtu lepas. 4 tahun dah umur dia.

hmmm...aku pun dah ngantuk..nak tido la...Maybe Esok aku post gambar hotel 'ayam' yang aku cite hari tu...hehehe