Nuffnang

Thursday, May 8, 2008

Aduh Saliha

Baru baru ni wife aku fwd satu email. Email pasal lagu Aduh Saliha. Siapa kat Malaysia yg x pernah dgr lagu ni. Aku rasa almost all Malaysians pernah dgr lagu ni, ye la kan, penyanyi lagu ni pulak Raja SMS kat Malaysia, Asmawi Ani a.k.a Mawi. WORLD!!! Huahahaha... Cuma mungkin x semua yg minat lagu Aduh Saliha. Sama la jugak bukan semua org minat dgn Mawi. Aku?..aku boleh terima Mawi sbg penyeri industri hiburan Malaysia. Cuma pd aku Mawi kena belajar menyanyi dgn lebih disiplin, bukan maksud aku dia x berdisiplin. Aku pun x tau dia ni berdisiplin ke x...x penah berurusan dgn mamat ni pun...

Tujuan aku post bog ni pun bukan nak cerita pasal Mawi pun. Aku nak cerita pasal lirik Aduh Saliha la. Loloq (arwah Rosli Khamis), yg cipta lagu ni. Aku pun x amik port sgt pasal lagu Aduh Saliha ni. Lama dah x selami lagu dgn serius. Apa lagi nak layan lirik lagu, lagi aku x amik port lagi dah. Kalau dulu, iya. Kalau dgr music aku dgr betul betul. Dgr lagu yg aku minat, kalau x minat pun aku akan dalami music tu...Skang ni..ahhh..apa yg keluar kat radio, tu je la yg aku dgr.

Hebat. Hebat sungguh makna lirik lagu Aduh Saliha ni. Loloq, satu nama besar dlm industri music Malaysia. Byk lirik yg arwah dah cipta. Ingat lagi masa aku final sem, On Job Training dkt Luncai Emas. Ada org tanya pd arwah, "Abg Loloq, susah ke nak buat lirik ni?..saya tgk byk lirik Abg buat. Macam selamba je buat lirik". "Aku dah lama buat kerja ni. Dah biasa dah. Kadang kadang ilham tu tu x payah carik, dah mmg ada dlm kepala"...tu la jawapan arwah Loloq. Pernah jugak aku tgk arwah ni lepak sorg sorg dlm studio mengadap laptop. Aku ingat dia tgh tulis lirik/buat kerja. Aku pun usha la...sekali kau tau apa dia tgh buat?!!..Main solitaire!!!...huahahaha..

Ok la. Balik pd lirik Aduh Saliha. Aku akan paste maksud lirik lagu tu yg aku dpt melalui email hari tu. Aku pun x pasti maksud sebenar lirik lagu tu. Adakah itu yg dimaksud kan oleh Loloq. Sebab lirik ni boleh memberi pelbagai maksud, bergantung pada org yg menilai. Sama mcm tgk lukisan abstrak. Setiap org akan membaca lukisan tu mengikut kefahaman sendiri. Tapi sekiranya benar maksud lirik ni sama mcm yg dimaksudkan oleh arwah Loloq, Whoaa!!!..mmg arwah Loloq seorg seniman yg hebat.

Al-Fatihah utk arwah Rosli Khamis. Al-Fatihah....

Lagu : Aduh Saleha / Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir / Penulis Lirik : Rosli Khamis
ADUH SALEHA//

Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan

// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat

rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya

jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada

jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung

dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad

luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit

luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya (adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)

tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya

cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada

hilang dipandangan kala langit dilindung awan
// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)

barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

Sesudah berdarah barulah ku sedar
// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan

jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang
// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh

kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri

ohh......... saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh


Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa( sudah tiada). Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.
Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ? Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ? Fikir dan jawab sendiri !!!

No comments: