Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

Jerai




Sekarang ni bulan Disember 2010, aku berada kat Kuantan. Kampung bini aku. Macam biasa la ujung ujung tahun ni balik kampung. Mood nak keja pun dah kurang...hehe..alasan je semua tu. September 2010, Raya Aidilfitri kan..?...Balik Yan,Kedah. Takde apa nak buat. Layan naik Gunung Jerai. Harus diingat bahawa serai tiada kena mengena dengan Gunung Jerai. Pun takde apa apa sgt. Tapi kalau nak rileks, tenang pikiran, udara nyaman...aku cadangkan korang pegi panjat Gunung Jerai. Jangan la plak korang panjat guna kuderat korang melainkan korang biasa masuk pertandingan Ironman ke atau korang memang Ironman!!!...Drive kereta atau sebaik baik nya naik pacuan 4 roda...kereta yang dah di lowered jangan cari pasal...kalau nak try jugak, korang punya pasal le ye....

Perjalanan ke Gunung Jerai, dalam 30 minit gak la dari Alor Setar..tu baru sampai kat kaki gunung je..blum sampai puncak...dari kaki gunung ke puncak amik lagi 30 minit ..perghh...sendri mau ingat..naik Pajero pun guna gear 2 je...corner mmg x ingat la...nak drift??!!...Tengku Djan pun blum tentu bleh drift kat situ...hehehe...
Tak nak cite panjang...cuma aku sokong kalau nak rehat, sila la ke Gunung Jerai...........

Nanti aku balik KL aku upload gambar...hehe..janji...guna bandberuk ni slow...upload bleh menjangkau tamat satu perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF....

Tuesday, December 7, 2010

Langkah Seterusnya

Apa-apa hal aku ucap tahniah dulu la kat pasukan bolasepak Malaysia. Langkah seterusnya diseparuh akhir Piala AFF, aku harap korang semua yang main bola untuk Malaysia ni main dengan lebih teratur, semangat, berani & macam-macam lagi aku harapkan.

Uncle Raja, aku nak cakap lebih, aku pun bukan terer sgt pun main bola. Cuma aku perasan player kita ni macam tak cukup stamina. Lepas tu, jarang sangat bagi tekanan pada pemain lawan. Kalau tak bagi pressure kat opponent, camana nak dapat balik bola.

Ok la...aku paham. Skang ni ramai player utama injured. Yang ada dalam team skang ni adalah yang terbaik. Tak boleh buat apa....

Aku harap pasukan bolasepak Malaysia improve kan lagi permainan...Walaupun team skang ni tak kuat mana..aku tetap bangga...Aku sokong korang sampai bila-bila...(macam siapa score, dia menang sampai bila-bila) pada korang yang malu untuk sokong team Malaysia, aku rasa elok korang gerak negara lain, minta kerakyatan negara lain...amacam?..bran...??!!!...

Saturday, December 4, 2010

Eh!!...Aku ada blog...

Tetiba teringat yg aku ada blog. Lama tak bercerita kat sini sejak aku jadi pelanggan tegar Mark Elliot "Zuck" Zuckerberg. Takkan korang tak kenal kot...kalau tak kenal pandai-pandai la tanya incik Google. Takpun WikiLeaks ..skang ni WikiLeaks tgh hot...

Takpe..aku cite la sesikit update pasal kehidupan aku skang ni. Last skali aku bercerita bulan Sept 2010 kan..?..Aku kisahkan pasal interview. Alhamdulillah, interview aku berjaya dan sepatutnya aku continue in-charge kat salah satu bangunan kat Jalan Bukit Bintang. Tapi atas berkat doa keluarga aku, kawan-kawan aku aku berjaya join subsidiary yg aku nak join tu sejak October 2010. Ya...skang aku dah jadi Mat Parking..tapi bukan jaga parking macam mat pet tu la...aku masih berada dalam Technical Team. Mula-mula aku ingat bleh rilex kat company yg aku baru join ni, tapi aku silap. Byk gile kerja. Nak nak pulak Teachnical Team ni 2 org je. Aku & sorang Technician. Rabak...tapi takpe. Insyaallah aku bleh layan.

VP & COO division aku gerak. Resign la tu. Join company lagi besar. 2 Hari lepas COO tu call aku minta bantuan skit. Takpe, kecik punya hal. Tolong mana yang boleh.

Aku mula berminat dengan Property Investment. Attend 1 seminar kat Cheras. Bayar RM10 je. Ok la tu. Seminar pengenalan. Advance Class 4-6 Nov 2010. Kos RM1500.00 kalau x silap. Aku tak ingat. Aku tak pegi sebab aku ada perkara yang aku tak boleh elak. Tapi aku blaja dengan kawan aku yang dah ada aset lebih RM1m dalam tempoh tak sampai setahun. Bayar RM500. Lagi murah, tapi ada syarat kalau setuju nak belajar dari dia. Aku setuju dengan syarat dia. Aku tekad nak tambah satu lagi property dalam tahun ni jugak..Insyaallah..Lepas belajar dari member aku tu, proses pemburuan rumah bermula...maka teruskan membaca ye...hehe

Bulan Nov 2010, tarikh yang sama sepatutnya aku join Advance Class Property Investment, aku pegi Ho Chi Minh. Company trip. Syioookk ooo...sambil-sambil pegi jalan-jalan tu, aku usha la peluang peluang yang ada...sambil amik gambar skit...semua gambar aku upload kat akaun Facebook aku.

Bulan Nov ni jugak harga share company aku kerja ni naik melebihi separti yang aku mahukan. Aku start excercise ESOS. Seram pun ada jugak..volatile gile harga skang ni...kena plak hujung-hujung bulan Nov 2010 Korea Utara & Korea Selatan start perang...ceit!!!..apa daa..tak bleh ke kalau tak perang..

Bulan Dec 2010 ni pun baru bermula..ESOS pun aku dah jual, 5 lot. Bagi perabih...harga tak berapa cun. Tapi kira ok la, walaupun aku short RM1k profit. Next week nak balik Kuantan. Rasa macam nak layan shoot kat area sana..tgk la nanti camana keadaan...Lepas balik dari Kuantan, aku nak excercise lagi 5 lot ESOS tu..balance lagi 12 lot..buat sikit sikit la der...

Bila tengok kat Blogger Dashboard ni, aku terperasan aku ada lagi 2 blog. Satu cite pasal kereta, satu lagi photo blog.

Blog kereta tu wujud masa aku minat dengan kereta. Skang ni dah tak berapa nak minat sgt dah. Bosan la..skang ni tau drive je & pastikan semua ok pasal keta aku tu, sudahhh...

Photo blog plak, dah lama tak update. Ada berapa gambar je dalam tu. Kebanyakannya gambar - gambar famili aku. Saja buat photo blog sebagai salah satu medium utk aku backup gambar gambar tu semua. Nak print, kos tggi ..so aku buat photo blog je la...Nanti aku letak la gambar gambar yg kebayakan aku save dalam akaun Facebook ke dalam photo blog aku...

Panjang dah cite ni...aku chow dulu la...