Nuffnang

Saturday, December 4, 2010

Eh!!...Aku ada blog...

Tetiba teringat yg aku ada blog. Lama tak bercerita kat sini sejak aku jadi pelanggan tegar Mark Elliot "Zuck" Zuckerberg. Takkan korang tak kenal kot...kalau tak kenal pandai-pandai la tanya incik Google. Takpun WikiLeaks ..skang ni WikiLeaks tgh hot...

Takpe..aku cite la sesikit update pasal kehidupan aku skang ni. Last skali aku bercerita bulan Sept 2010 kan..?..Aku kisahkan pasal interview. Alhamdulillah, interview aku berjaya dan sepatutnya aku continue in-charge kat salah satu bangunan kat Jalan Bukit Bintang. Tapi atas berkat doa keluarga aku, kawan-kawan aku aku berjaya join subsidiary yg aku nak join tu sejak October 2010. Ya...skang aku dah jadi Mat Parking..tapi bukan jaga parking macam mat pet tu la...aku masih berada dalam Technical Team. Mula-mula aku ingat bleh rilex kat company yg aku baru join ni, tapi aku silap. Byk gile kerja. Nak nak pulak Teachnical Team ni 2 org je. Aku & sorang Technician. Rabak...tapi takpe. Insyaallah aku bleh layan.

VP & COO division aku gerak. Resign la tu. Join company lagi besar. 2 Hari lepas COO tu call aku minta bantuan skit. Takpe, kecik punya hal. Tolong mana yang boleh.

Aku mula berminat dengan Property Investment. Attend 1 seminar kat Cheras. Bayar RM10 je. Ok la tu. Seminar pengenalan. Advance Class 4-6 Nov 2010. Kos RM1500.00 kalau x silap. Aku tak ingat. Aku tak pegi sebab aku ada perkara yang aku tak boleh elak. Tapi aku blaja dengan kawan aku yang dah ada aset lebih RM1m dalam tempoh tak sampai setahun. Bayar RM500. Lagi murah, tapi ada syarat kalau setuju nak belajar dari dia. Aku setuju dengan syarat dia. Aku tekad nak tambah satu lagi property dalam tahun ni jugak..Insyaallah..Lepas belajar dari member aku tu, proses pemburuan rumah bermula...maka teruskan membaca ye...hehe

Bulan Nov 2010, tarikh yang sama sepatutnya aku join Advance Class Property Investment, aku pegi Ho Chi Minh. Company trip. Syioookk ooo...sambil-sambil pegi jalan-jalan tu, aku usha la peluang peluang yang ada...sambil amik gambar skit...semua gambar aku upload kat akaun Facebook aku.

Bulan Nov ni jugak harga share company aku kerja ni naik melebihi separti yang aku mahukan. Aku start excercise ESOS. Seram pun ada jugak..volatile gile harga skang ni...kena plak hujung-hujung bulan Nov 2010 Korea Utara & Korea Selatan start perang...ceit!!!..apa daa..tak bleh ke kalau tak perang..

Bulan Dec 2010 ni pun baru bermula..ESOS pun aku dah jual, 5 lot. Bagi perabih...harga tak berapa cun. Tapi kira ok la, walaupun aku short RM1k profit. Next week nak balik Kuantan. Rasa macam nak layan shoot kat area sana..tgk la nanti camana keadaan...Lepas balik dari Kuantan, aku nak excercise lagi 5 lot ESOS tu..balance lagi 12 lot..buat sikit sikit la der...

Bila tengok kat Blogger Dashboard ni, aku terperasan aku ada lagi 2 blog. Satu cite pasal kereta, satu lagi photo blog.

Blog kereta tu wujud masa aku minat dengan kereta. Skang ni dah tak berapa nak minat sgt dah. Bosan la..skang ni tau drive je & pastikan semua ok pasal keta aku tu, sudahhh...

Photo blog plak, dah lama tak update. Ada berapa gambar je dalam tu. Kebanyakannya gambar - gambar famili aku. Saja buat photo blog sebagai salah satu medium utk aku backup gambar gambar tu semua. Nak print, kos tggi ..so aku buat photo blog je la...Nanti aku letak la gambar gambar yg kebayakan aku save dalam akaun Facebook ke dalam photo blog aku...

Panjang dah cite ni...aku chow dulu la...

3 comments:

Hidemichi said...

paling x suka nak promotion dan pindah subsidary pun nak kena interview. last aku interview untuk BE kat KL sentral turn suck big time!

i.am.belle said...

congrats! semoga murahlah rezeki kamu sekeluarga.

CorneaMelayu said...

hidemichi- kalau promosi jualan murah kau suka x?..
belle- amin..thx