Nuffnang

Monday, July 13, 2009

Kemajuan

Semua orang inginkan kemajuan. Kemajuan yang positif. Takde siapa yang ingin sesuatu yang negatif. Tak tau la kalau ada yang inginkan sesuatu yang negatif. Macam minggu lepas, minggu mak bapak kembali ke sekolah untuk amik Buku Kemajuan Murid. Buku Report Kad org dulu-dulu kata. Kat dalam Buku Kemajuan Murid tu la mak bapak boleh tengok kemajuan anak-anak sepanjang tahun. Kalau ada yang dapat markah tulisan pen dakwat merah, maka mak bapak inginkan kemajuan dalam subjek tu, merah bertukar ke biru/hitam. Tapi untuk dapat tu semua, kenalah rajin-rajin belajar.

Inilah yang berlaku pada kawan aku yang sorang ni. Kemajuan yang dicapainya, memang gempak. Seorang yang amat kreatif pada pandangan aku. Aku mula sanjung kerja-kerja seni dia since aku tgk design grafik untuk cenderahati yang kompeni bagi pada salah sorang Manager yang berenti kerja 6 tahun dulu kalau tak silap aku. Dia design cover album sebagai cover cenderahati. Memang sejak tu aku observed setiap hasil seni dia. Sampai aku dah boleh tau mana satu kerja seni yang dia betul-betul ada idea dgn yang dia buat 'asal buat' je. Ramai grafik designer yang aku kenal, tapi dia ni...perghh....susah mau cakap maa....dasat wooo...

Skang kawan aku yang sorang ni dah bergelar Photographer atau lebih tepat Wedding Photographer. Bukannya dia tak amik gambar untuk event lain, tapi dia fokus kepada Wedding buat masa ni. Untuk event lain, sila hubungi dia ye...aku akan bagi link.

Inilah satu kemajuan. Kemajuan seseorang yang sentiasa berusaha, sentiasa praktis untuk menghasilkan kerja yang memuaskan hati. Dituruti juga dgn peralatan, ilmu serta pengalaman. Dilengkapkan dengan bakat yang amat besar dalam bidang seni. Diulangi BAKAT YANG AMAT BESAR. Sesuatu yang dianugerahkan Allah padanya. Bakat, semua orang dianugerahkan bakat, samada seseorang tu sedar atau tidak akan bakatnya. Tau atau tidak macamana nak explore bakatnya.

Kepada pengunjung blog aku ni, silalah ke blog http://hbyphotography.blogspot.com/ untuk melihat hasil kerja seni kawan aku ni. Tgk la pakej-pakej yang ditawarkan untuk Wedding Photography. Bincang dgn dia.

Aku plak, masih banyak yang perlu aku belajar, byk yang aku kena explore. Kena rajin praktis, rajin follow kawan aku ni shoot. Idea sampai dah takde dah sebab lama sgt tak shoot. Jauh lagi perjalanan aku. Selagi aku belum berpuashati dgn hasil kerja aku selagi tu la aku akan jadikan fotografi sebagai hobi/minat yang tidak akan aku jadikan sumber pendapatan aku.

Kalau nak photographer lain pun bleh gak. Tengok la kat link column TUKANG TANGKAP GAMBAR sebelah kanan tu.

1 comment:

Hidemichi said...

yang penting langkah pertama...walaupun merangkak. Mcm aku...huhu!