Nuffnang

Saturday, March 7, 2009

Photoshoot

7 March 2009, aku mmg ada perancangan utk shoot hari ni. Lokasi photoshoot cuma di satu kawasan di Putrajaya. Aku dah ada pre-visualisation dah sebenarnya utk sesi ni. Storyline semua dlm kepala. Ya..ya..aku tau, patutnya kena sketch storyline, then baru la senang nak buat directing. Memandangkan sesi kali ni hanya melibatkan keluarga aku, so ku decide utk tak buat sketch. Photoshoot session yang pertama selepas aku balik dari Photocamp 4 2 minggu lepas. 
Sesi pertama ni aku hadapi sikit gangguan. Gangguan dari anak aku sendiri, Aiman. Dia sibuk nak amik gambar jugak. Memula aku bagi la dia snap dgn harapan lepas tu dia tak kacau lagi dah. Tapi, biasa la bebudak, skali bagi nak byk kali plak....Lagipun aku tgk dia mmg minat amik gambar ni. Sejak dia pandai berjalan lagi dia dah sibuk nak main kamera. Tapi masa tu aku tak amik kisah. Biasa la bebudak tgk benda baru, semua dia nak. Masa tu aku guna kamera brand I (cap ayam je). Lepas tu kamera compact Pentax dgn kamera ha
ndphone K800i. Sampai jahanam kamera Pentax tu dia guna. Aku serahkan Canon SLR aku y
ang lama tu pada Aiman. Biarla dia belajar handle/memain dgn kamera tu. Aku tak kisah sbb aku dah ada D80 hehehe...Mlm tadi maca biasa, aku bawak famili pi makan kat Alamanda. Aiman siap bawak Canon SLR yang aku bagi kat dia. Habis b
erpinau mata org kat Alamanda tu kena Speedlight SLR Aiman. Aku sengih je la..biar kat dia dgn dunia dia...

Ada lagi gangguan skit pasal kerja. Ada kaitan dgn entry aku
 yg sebelum ni. Aku malas nak pikir sgt pasal kerja bila weekend. Sbb dah nak masuk 8 thn dah, dok layan pikir pasal kerja je tetiap hari...24jam...kekadang nak tido pun susah...dok teringat punye pasal....

Hmmm...lantak la pasal gangguan tu....

Cuma 2 gambar je yang aku pilih dari beratus-ratus gambar yang aku snap utk upload. Yang lain semua semak...so aku koyak buang dlm tong sampah. Kedua-dua gambar tu pun semak jugak. Tapi kira ok la kalau nak compare dgn yg lain. Salah satu
 aku nak submit ke Forum Photocamp utk dptkan komen dari Saiful Nang.



5 comments:

liyana said...

ade peningkatan..wahh..tahniah

hedgebeewhy said...

compo, ro3 & clean background ada, bagus. Bagi akula kalu pix yg no 2 kalu ada foreground lagi cun...tgk thumbnail....! hehehehe

Aida Nurni said...

aku yang tak paham amik gambar artistik ingin memberikan komen: saya suke!! teruskan usaha anda abg poji. Anakmu yg kedua sudah besar la!!

CorneaMelayu said...

liyana - tq

hby - ok incik otai, comment diterima TQ...pic no. 2 tight sgt kan?..aku x sempat nak dptkan angle lain...kena sound dgn "incik sukahatidiaidilfitri" (sekuriti) sbb letak anak aku atas tembok tu...huahaha..

SOT - TQ jugak...a'ah mmg dah besar...dia jugak mempeunyai selera makan yg besar mcm bapak dia gak..hahaha...

Anonymous said...

compo? ro3? clean background? foreground? Ya Allah, jangan biarkan aku ketinggalan...Amin.