Semalam, Jumaat, merupakan antara hari yang aku bengang. Aku sangka hari tu akan menjadi hari yg best utk aku. Ye la, dah la tak masuk opis sbb kena pi site opis pastu aku sangka bleh la balik awal. Siap janji dgn Aiman lagi tu, aku nak amik dia dari tadika awal. Aiman suka la bila aku bgtau yg aku akan amik dia dari tadika hari ni.
Aku tak masuk opis, sbb pi site projek kat PD, Port Dickson laa..bukan Pantai Dalam. Dekat je pun. 1/2jam sampai la...tu kalau si Zarul yg drive..gile mamat tu. Kalau aku yg drive, 2 jam la...hahah..
Sampai PD, kul 10pg. Aku join geng PD sarapan. Nasi Lemak rendang ayam. Hmm...x sedap, tapi sbb aku lapar, bedal je. Pastu balik ke site opis, org yg janji kata nak jumpa pagi tu, tak sampai sampai. Maka umpama mancis cuba dibakar la...cubaan utk nyalakan api dah bermula. Aku cukup x suka kalau orang buat janji hari Jumaat tapi x bleh nak tepati. Sebab Jumaat ni suntuk masanya. Dah tu tak reti nak call aku plak tu. Takpe, sbb aku still bleh sabar. Aku call. "11:30pg kang aku sampai, Bos aku meeting tadi". Ces!!! Perkataan maaf langsung tak kluar dari peti suara..Apa kau ingat kau tu client, kau nak org melutut dpn kau ke??!! Sbb tu aku suka dgn cara CS( kalau nak jadi client CS, kena ikut stail CS, sbb to CS customer is not always right)...kalau dah tau ada meeting pagi tu kenapa gatal suruh aku pi PD pepagi. Siap ugut nak bagitau Bos aku kalau aku tak bleh pi PD pagi tu. Apa!! Ingat aku takut ke dgn Bos aku??!!..Aku kesian je dgn Bos aku tu...Serabut je aku tgk..sbb tu aku kesian.
Aku pun round la area site projek tu...hmmm..byk yg nak kena perbetulkan. Macam macam masalah. Dari minor sampai ke major prob. Jenuh aku nak settlekan. Pukul 12:30 tgh hari, org yg ditunggu tiba. Adus..ni yg aku tak suka. Jap lagi nak masuk Zohor..nak pi solat Jumaat...apa la diorg ni...Ok takpe...layan je dulu.."lepas Jumaat sambung", client tu bagitau.
Pukul 3ptg, client tak muncul. Arghhh...bengang lagi.Aku call lagi. "kejap lagi aku sampai"...Byk la dia punye kejap. Pukul 4 ptg baru muncul. Maka sesi client tembak aku bermula. Perkara yg remeh temeh pun depa bangkitkan. Bos aku kata mungkin diorg ni ada nak sesuatu. Pada aku, aku tak nampak diorg ni ada agenda tersembunyi. Sbb apa yg diorg cakap tu betul.
Pada aku, masalah ni berpunca org drpd kompeni aku sendiri. Terlalu nak dptkan projek, masuk harga rendah. Margin ciput. Bila margin ciput, sumber masalah la...kompeni aku kerja ni, buat maintenance building. So bila buat maintenance, byk la duit nak pakai. system/equipment dah lama. Client pun pandai la, semua building dia buat comprehensive. Semua Maintenance kompeni kena tanggung. Dah la kat site projek tu sorg je tech. Gile ke, technician sorang...kerja main dgn letrik...bahaya oi...nak cakap lelebih, depa lbh experience dari aku. "Preventive maintainance ada buat tak?". "Bos kau kata ada mobile team dtg buat kerja kerja mcm tu". Kebengangan aku bertambah. Aku tak suka tipu tipu ni..Aku cakap la takde. Kalau aku cakap ada, dia nak tgk bukti kang aku nak tunjuk apa?...daun kering??!!...
"Aku cakap terus terang la, kompeni kau takde bagi komitmen. Kitorg bayar kompeni kau, tapi kompeni kau tak nak blanja buat kerja yg patutnya korang buat...Bla...bla...bla...report tak hantar..bla..bla..bla...cakap semua bleh buat...bla..bla..bla..."...apa yg aku nak jawab?...aku diam je la....
Bila aku tgk client tu mcm dah slow down tone dia...aku pun bagitau kat dia, "Incik ******, saya tau mmg byk benda yang takbetul jadi skang ni. Kalau diikutkan, kompeni saya keje ni mmg patut dah diterminate kontrak. Saya nak mintak maaf pun segan..Apa yg saya bleh ckap cuma, Tlg bagi saya skit masa utk saya perbetulkan apa yg tak betul. Lagipun kontrak dokumen semua saya blum tgk. Saya tak bleh decide sesuka hati. Saya tak nak robust"...aku cuba la explain.
Cerita punya cerita, tgk jam dah pukul 5ptg. Adus,kesian kat Aiman. Wife aku call tadika dia bagitau yg aku amik dia lewat skit. Cikgu dia bagitau, pukul 1 tgh hari tadi dia dah bawak turun beg skolah, tggu depan pintu. Tggu aku jemput. Adus, sebak aku. Aku tak salahkan client dah masa tu. Berdasarkan penilaian aku, client tu ckp betul. Masalahnya, org dlm kompeni aku. Sbb terlalu kejarkan projek, macam macam masalah jadi. Arghhh...nak cite lelebih pun x guna.
Kesudahannya, Aku gerak dari PD pukul 5:45ptg, sampai Putrajaya 6:30ptg. Kesian tgk anak anak aku.....Abah mintak maaf ye nak....
4 comments:
kesian kat aiman! Company mcm x belajar dr exp.
bila tak dapat projek kejar BD macam nak gila. tapi dah dpt projek tak nak jaga. macam mana?
memang...agak2 tamak kan..kan..kan.
uikss..mobile team 4org.projek dr utara tanah melayu samapi selatan tanah melayu..yg kene kerah 2org jer..lalalalalalaa..
selaku org yang penah ada pengalaman, inilah masalah besar company: sumber takde, tapi nak buat semua. bila dah taktau mana nak cari org, sumbat je la sesapa saja. huahuahua. apapun, saya sokong kata2 abg dlm ceritera tadi. sekian.
Post a Comment