Nuffnang

Wednesday, February 4, 2009

Update

Post kali ni, kira aku update blog jugak la kot. Bleh?...Ada yg sound aku lama x update blog. A'ah mmg betol, blog lama tak update. Kenapa?..Jem sebenarnya. Ada cerita yang aku bleh cerita. Tapi daripada korang baca cerita yang ntahapaapa...baik korang tgk cerita kat tv tu. Kena plak pelanggan astro..perghh,..memacam cerita bleh tgk...OTH la..Amedica la...(nim, pinjam skit je..)...

Lagi pun aku tgh fokus kat benda lain skang ni. Lebih kepada famili aku. Anak-anak aku. Tadi ni pun baru je lepas tido kan si Maman...Mat Shad tido dgn mama dia...Seminggu dua ni tido pun tak lena. Batuk.Kohohkhok..ohokkokohkkh...Musti org Putrajaya Presint 9 Fasa 8 ni pun tak lena tido. Nak buat camana, bukan aku mintak nak batuk.

DSLR? Blum beli jugak lagi. Plan nak beli last weekend dgn Hedgebeewhy, memandangkan aku nak pi Photocamp 4 dgn dia tak lama lagi. Tapi batuk teruk punya pasal, kenshel!!!..Tapi aku bawak plak anak bini aku round Bkt Bintang masa cuti Hari Wilayah tu.

Sungei Wang, aku rasa mcm besar sgt kompleks tu. Padahal masa mude remaja tu la antara port aku lepak selain CM...Hahaha...masa aku memula kenal dunia. Macam macam aku tgk kat situ. Pi Lot Sepuluh plak. Ingat nak jejalan 'beli belah tingkap'. Tak jadi. Penat. Sudahnya naik tingkat 4 Sungei Wang, makan.

Food Court Sungei Wang pun dah x macam dulu. Terang benderang. Takde kepulan asap yang keluar dari dapur. Dulu, situ la antara port bebudak Underground lepak lepas layan gig. Selain area CM. Dulu org ramai kat situ. Skang...hmm...kira ok la...atau mungkin sebab orang ramai balik kg, cuti...ntah la...

Aku macam tengah tunggu sesuatu je skang ni..tapi aku tak tau apa yang aku tunggu..Kerja pun mcm x best je. Aku tak tau kenapa. Dok rasa macam nak lepak umah je.

Ntah la...tapi yang aku tau & pasti game Liverpool lwn Chelsea hari tu best. Liverpool menang!!! 2-0.....tapi aku bukan penyokong Liverpool. Aku penyokong Real Madrid!!!!...

2 comments:

the elf said...

encik pilot dulu kan penah pronounce Lot 10 as Lotio hahahah..get it?

corneamelayu said...

ye ke...huahaha...tapi lotio tu hape?...kalau nissan latio tu aku tau la...