Nuffnang

Sunday, January 18, 2009

Roh Music

Baru je lepas abis AJL 23. Aku puas hati dgn kebanyakkan finalist kali ni. Cuma yang aku x puas ati skang ni Osasuna baru je score satu goal mengatasi Real Madrid. Cess!! tak guna btol!!...apa kena mengena bola dgn AJL 23 plak ni? Suka ati aku la kan nak cakap apa pun. Blog aku kan..

Bukan apa, masa aku tgh menaip ni aku sesambil tengok La Liga. Dan aku salah sorang penyokong Real Madrid. Hehe...

Berbalik pada AJL 23, mmg aku puas ati dgn finalist. Cuma aku x puas ati dgn sound. Sound trouble la tu...tapi x pe, live telecast mmg la mcm tu. Kalau nak puas ati pegi la tgk kat stadium.
Actually aku jangka lagu Sampai Syurga champ AJL 23, ye la ...aku mmg minat kebanyakkan lagu - lagu Faizal Tahir tu. Kena plak dia dah menang 2 anugerah, Best Performance & Best Vocal. Memang performance dia gempak...ala ala guitar hero, cuma dia x goreng je.

Tapi yang menang Lagu Untukmu, Meet Uncle Hussin la tu...Yup, pada aku music arrangement Lagu Untukmu tu biasa je, tapi melodi & penyampaian MUH berlainan. Mungkin sebab tu Lagu Untukmu menang AJL 23. Populariti bukan penentu pemenang AJL. AJL adalah pertandingan lagu, bukan artis!!!...

Congrats to all finalist. Congrats to Faizal Tahir...Lu rocks bro!!!!...betul ke aku cakap tu..."ntah aku pun x tau"...huahaha...Especially MUH, congrats sbb indie band semakin diiktiraf sbb music indie band mempunyai kelaianan, mempunyai semangat & jiwa dalam lagu. Pendek kata...setiap music yang dicipta harus mempunyai roh nye sendiri. Itu la indie ..music yang dicipta adalah dari jiwa korang....

6 comments:

school of thoughts said...

aku pun rasa bangga bila faizal menang. tgk tak cara penyampaian lagunya? sangat beremosi. tahniah la kat dia. tahniah kat hanim, his wife. their kids mik and baby girlnya. and the future kid in the tummy.

CONGRATES!!

i.am.belle said...

hmm aku rasa zaman rock dulu-dulu masa time wings dgn search bertanding kat AJL lagi gempaq la.. zaman ni mcm tak kick sgt.

Hidemichimomotani said...

kalau dia goreng lagi gempak. Kamera pun tak fokus kat guitar Superman dia padahal tu mesej yg dia nak sampaikan. mungkin silap dia jugak tak tunjuk guitar tu masa rehersal.

Apa pun...Aizat best!

*orang-orang yang serius nak perjuangkan musik masing2 mmg patut diangkat, bukan yg takat nak cari makan dan glemer je.

apisz said...

muahahaha...MUH tetap best...wakakkaka..

aYu said...

waaa.. lupa nak bgtau kepada sume geng.. aku dah tukar url blog aku..
http://ayumacca.blogspot.com

sorry bang guna lu nyer space utk advertisement blog gua.. thanks

aper2 pon pejal tahir Rocksssss!!!

corneamelayu said...

woi...bayar la!!!