Nuffnang

Friday, October 31, 2008

Nak taip jugak

Hahaha...sebenarnya aku xde apa nak crite, tapi aku nak menaip jugak...apa kes ni?..hehe..nak crite pasal org lempar duit kat KL Sentral, si shanim dah cite..kat suratkhabar Malay Mail pun siap frontpage lagi...kaya amat org yg lempaq duit tu...ahh lantak la, ntah ye tidak duit dia...dari mana sumber org tu dpt duit pun kita x tau...biaq pi kat dia...

Aku ada cakap nak post gambar Hotel Ol'skool tpt yg aku dgn azmi, duha lepak masa pi keje kat P.pinang haru tu. Tapi mood nak transfer/upload gambar2 tu semua xde lagi...padahal bukan susah pun, activate je Bluetooth pastu transfer ke laptop sblm upload ke blog ni..Nanti nanti la...

Lagi pun aku baru je lepas settle menaip. Taip apa?...taip quotation geng...apa kejadahnya buat quotation memalam mcm ni...??!!..Ahh..patut aku submit quotation tu rabu lepas lagi, sehari lepas kau buat site visit ke Angkasapuri (Si Shanim musti x tau pasal projek ni, sbb xde kene mengena dgn company kitorg koje..huahahaha). Hehehe...projek ni aku dpt dari member lama aku. Member masa aku bujang2 main mujik dulu..."aku bagi kau je la G, projek ni. Layan satu Malaysia"...perghhh...gile apa. Aku ni company pun xde...mcmana nak buat projek mcm tu..."kalau mcm tu, kau berenti je keje, kau keje dgn aku"...ahh...apa kes nak suruh aku berenti plak...aku target 2011 baru aku nak berenti, lepas tu baru kau bleh amik aku keje...tapi aku x nak keje utk org lain lagi dah masa tu...aku nak layan sendiri...

Projek kat Angkasapuri kira 1st projek utk aku mulakan tapak aku. Walaupun aku xde company sendiri..nanti la aku register, biar settle projek ni dulu. Aku ajak lagi 3 org member aku join. Kalau diikutkan aku employ je diorg buat part time. Tapi sbb ni 1st projek yg agak besar, aku decide utk split to 4 dgn diorg. Xpe..permulaan, aku x nak tamak...aku nak kongsi 1st projek ni dgn kekawan, keluarga aku....Nanti bila Main Con puas hati dgn keje kitorg, projek seterusnya aku akan buat bebetul...sbb pusing satu Malaya bebb...

Dah nak abis dah tahun 2008 ni, byk benda yang aku cuba x menjadi...harap2 projek yg aku dpt tanpa aku carik, tanpa aku rancang ni menjadi..Mungkin Allah bagi rezeki projek ni kot...Aku nak buat bebetul, walaupun aku agak takut takut...ye la...pintu dah terbukak, tinggal nak melangkah masuk je lagi...

Apa apahal esok pagi nak bawak geng yg nak buat keje kat Angkasapuri tu tgk site. Insyaallah kalau Mian Con puas hati dgn quotation aku, Isnin or Selasa projek MULAAA....

*siapa bleh bagi cadangan nama company apa utk aku register?...
Ada gak few yg aku dah pikirkan...tapi mana la tau kot2 korang ada nama yg lagi best ke...hehe

6 comments:

Ummu Abiha said...

Wah... dah ada projk luar lu beb.. ini satu kemajuan... nak bagi nama com kena la tau apa bisness jalan.. baru ada idea mau kasi nama com, xgitu bro?

CorneaMelayu said...

projek ada skit...x tentu proceed ke x..main con nampak macam x telus..xpe kalau ada rezeki aku kat situ, aku proceed la...kalau x, xpe...aku cuba carik lain..mcmanapun aku akan tetap reg company...

pasal bisness apa aku nak buat, aku plan aku langgar je apa saje projek yg aku rasa aku bleh buat dgn baik. Dpt kecik2 pun xpe..mainly aku akan buat related dgn IT & auto. Kalau dpt selain drpd tu, aku layan jugak..lagipun kekawan kita ramai yg ada skill..bleh ajak diorg join..part time. Sesama tlg menolong...

romi flizz said...

holla..gue singgah sbntr tuan rumah..hehe

CorneaMelayu said...

sila.sila romi...

Anonymous said...

TU dia... dia punya nak mengiklan, sampai perkataan "aku" pun dia nk link! Strategi apa ni bro...hahaha!

Bagus anak melayu berjowa bisnes...moga tabah menempuh dunia global!

CorneaMelayu said...

tu bukan aku yg bikin link ...tu auto link tu...aku x ingat aku join program apa...