Nuffnang

Tuesday, April 6, 2010

DabelTrabel Resit

Lokasi: Kedai Sukan Pertama Kompleks
Masa: Tengahari tadi.

Lepas masuk je tempat parking 'kuda besi' kat tempat letak 'kuda besi' dua ringgit, aku terus masuk ruang dalam Pertama Kompleks. Tu pun lepas aku tawaf kompleks tu dua kali sebab aku xde suit syiling dua ringgit. Cari kedai sukan yang jual benda aku nak beli. Melilau aku pusing, siap jumpa team Johor FC tgh singgah kat salah satu kedai sukan. Lepas jelajah kat Ground Floor, aku jelajah plak First Floor.

"apa jadahnya ni!! Dah lain mcam dah tempat ni"...membebel dalam hati. Tapi still buat muka ganas sbb kat Pertama Kompleks tu x bleh buat muka pengecut...teringat masa zaman sekolah. Kalau pergi sana mmg kena buat muka pailang, kalau x kompom ada kutu usha nak pau...Skang ni Pertama Kompleks dah penuh dengan kedai jual henpon. Tapi masih mengekalkan identiti sebagai tempat awek2 rempit kerja salesgirl jual kasut atau jual jeans.

"hmmm..jumpa dah pun kedainya"...cakap dalam hati jugak lagi..

aku masuk dalam kedai, ada 2 awek satu nyonya.

"nak tanya kat awek ke tanya kat nyonya ni?"...cakap dalam hati lagi...

"tanya kat awek kang, aku tanya nombor tipon plak nanti"....sama gak cakap dalam hati...

"saya tgk kat suratkabar kat sini ada jual tiket DabelTrabel, betul ka?"...

"betoi maa..brapa tiket lu mau"...iya, aku tanya kat nyonya la...sambil awek tu jelig kat aku macam x percaya brader yang pakai uniform macam uniform skolah ni tanya tiket DabelTrabel.

"gua mau 4 tiket"...

"lu apa nama?" sambil capai pen nak tulis kat resit..."nombor talipon?.."

aku bagi semua yang nyonya tu tanya tanpa rasa was was....

"RM280..."...kata nyonya tu...

aku hulurkan RM300..."lu punya balance RM20 haaa.."..

"haa..betul..."..aku jawab. Aku tunggu lagi...

Tunggu punya tunggu si nyonya x hulur tiket kat aku gak lagi. "gua punya 4 tiket mana?"...

"ooo...itu tiket gua belum dapat maa...tiket belum siap. Nanti bila gua dapat itu tiket, gua talipon sama lu..kalau x sampai sini jugak, lu bawak ini resit pegi sana Kiara collect tiket"..selamba je nyonya tu pantun...

"lu gila ka??...ini tiket lagi gua punya 3 boss punya lu tau ka?.."...

"talak apa..lu jgn risau....gua sudah bagi resit maaa.."...

Aku setuju. Usha skit lebih kurang kedai sukan tu tanpa jeling skit pun kat awek 2 org tadi, terus aku blah....pegi kedai sukan lagi satu. Apa yang terjadi kat kedai sukan lagi satu, nanti aku sambung lain ...


Kesimpulanya dah byk kali aku pegi konsert, ini first time aku beli tiket konsert tanpa dapat tiket konsert. Yang dapat cuma resit je sebab tiket belum siap. Apa kes??..Kenapa jadi macam tu?..Kalau konsert Band indon bagai nak rak diorg organize. Tapi ini DableTrabel beb....kena plak, kali ni mungkin kali terakhir aku pegi konsert. Last aku pegi konsert pun dgn Boss aku gak. Sebelum tu pegi konsert dengan anak bini aku. Masa tu aiman dlm stroller lagi umur baru setahun kot. Lepas ni belum tentu aku nak pegi sebab aku nak tumpu pada hal hal lain plak.....Kalau pegi pun, lambat lagi la kot. Mungkin pergi dengan anak anak plak...tu pun kalau Search & Wings tu masih bernyawa...

5 comments:

i.am.belle said...

takde tiket. gamble ler ni. lama tak pegi concert. malas nak bersesak. huhuhu

Truly Madly Deeply said...

tak tau plak leh beli tiket kat kedai cengini? teringin gak nak p tapi takut penuh giler dan bersesak2. Al-maklum je la last konsert diorg thn 1992 - kira 18thn tuh peminat tunggu...arghhhh geram!

Hidemichi said...

abis...abik kat kiara jugak la?
kalau gua x jd dah ambik dgn nyonya tu...gua ni skeptikal sikit!

corneamelayu said...

belle & Has - mmg sesak gile...
hidemichi- amik kat nyonya tu jugak..tapi mmg goyang gak la sbb lagi 3 hari nak konsert baru nyonya tu call utk amik tiket..

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室