Nuffnang

Tuesday, September 15, 2009

Redha je la....

Lately aku terlalu letih. Letih dgn tekanan. Letih dengan kerja. Macam2 punca aku letih. Susah nak cakap. Yang aku tau, skang ni memang aku terlalu letih. Kalau boleh, aku nak berenti kerja skarang jugak. Aku nak habiskan masa dgn famili aku. Round the world. Pegi Umrah ke Haji ke. Macam makbapak aku. Takde siapa nak kacau lagi dah. Tenang je. Hari2 bleh pegi surau, mengaji bebila masa. Sebab sentiasa ada masa terluang. Tapi kalau aku berenti kerja, aku nak bagi famili aku makan apa? Apa yang aku buat belum betul2 mantap. Masih berusaha. Insyaallah, sampai masa aku akan dapat apa yang aku nak.

Memang aku letih skang ni. Mana dengan tolong wife aku urus Arshad yang tak sihat sebab sakit mata. Semalam, pagi tadi pegi spital bawak Arshad jumpa doc. Pepagi dah gerak ke spital. Biasa la, Spital Gomen mmg kena pegi awal, kalau tak kompom lepas tghari la baru dpt jumpa doc. Khamis ni bawak Arshad jumpa doc lagi.

Pagi tadi lepas balik dari spital, terus gerak pegi kerja. Halfday la kiranya. Pergi kerja dalam keadaan letih, mengantuk. Balik plak, 6:40ptg baru gerak dari tempat kerja. Memember lain ramai yang join Majlis Buka Puasa dgn Anak Yatim. Takpe, teruskan kerja2 murni korang. Aku drive dalam keadaan letih & mengantuk. Ikut jalan biasa, masuk MEX. Kat MEX beberapa kali aku terlelap. tapi aku rasa mungkin dalam sesaat dua je aku terlelap. Aku ingat nak beli satay Hj Samuri kat RNR MEX, tapi bila teringat bini & anak2 aku tak brapa minat makan satay aku teruskan gerak ke Putrajaya. Takpe, singgah pasar malam la kot.

Lepas je bayar tol MEX RM2.50 aku tekan throttle jejak lantai kete. Sedar sedar je....Uishhh...!!! BAS!!!...pulas stering ke kanan. Skit je. Allahuakbar!!!...aku terlelap yang aku ingat aku masuk simpang ke Putrajaya lepas bayar tol tadi tetiba aku ternampak Bas Kilang rosak kat tengah jalan masa dah dekat simpang masuk ke Dengkil. !!!...Masyaallah....Syukur Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur aku. Mungkin sebagai peringatan pada aku. Lepas je dari apa yg jadi tu, terus cerah mata aku. Gerak terus ke Pasar Malam. Tapi dah ilang mood nak beli lauk. Terus balik umah. Kesian bini aku takde lauk utk buka puasa. Yang ada nasi putih je. Sebab aku dah bagitau dia yang aku akan beli lauk utk buka puasa, so mintak dia masak nasi je. Kesian kat dia, penat jaga Arshad yg still lasak walaupun tak sihat. Tag Team dgn Aiman plak tu..perghhh...mmg kompom penat. Tunggang langgang umah aku. Last2 aku panaskan kuali terus gorang telur. Menu buka puasa kitorg tadi adalah Nasi Putih, telur goreng & kicap....hahahah...Redha & bersyukur je....

3 comments:

Ummu Abiha said...

Salam Poj,
Besar betul dugaan kau bulan puasa ni.. Sedih dan kesian sangat rasanya bila baca entry ko tu.. Penat sungguh.. Sangat penat.Aku tau ayat aku ni very common iaitu, sabarlah ek.. hehehe.. sesungguhnya org yg sabar adalah org yg paling dekat dengan Allah. Sebab tu Allah suka duga org2 yg kuat kesabarannya kerana mahu selalu dekat dengan mereka.. Engkau la tu.. ;p So, anggap saja semua ni 'a walk to remember' kay.. ;p

Anonymous said...

aik, cheat death jugak!? Selamat...Alhamdulillah.
Time anak sakit memang time paling penat, terpaksa tempuh. dah lah keje kat opis pun eveready memenatkan.

CorneaMelayu said...

Tu sebab redha je dgn apa yg terjadi...