Nuffnang

Monday, September 28, 2009

Syahdu Pagi Raya

Entry yang agak lewat untuk menggunakan tema Hari Raya. Aku tak kisah. Blog aku, aku punya suka.

Hari Raya, selalu kesyahduan singgah setiap kali Hari Raya tiba. Betul kan?..Kadang-kadang kita tak paham kenapa syahdu tu tetiba je singgah. Singgah kejap je plak tu, lepas tu dia blah. Aku pun salah tempat si syahdu tu singgah. Ya, hampir setiap kali Hari Raya, tak kira la Raya Puasa ke Raya Korban ke. Dulu masa aku budak kecik, aku heran tgk dlm tv kenapa org salam mintak maaf dgn mak bapak dipagi raya menangis. Skang ni aku paham. Walaupun kedua dua mak bapak aku still bernyawa, alhamdulillah..aku tetap rasa syahdu, sebak. Selalunya aku tahan je...Skang ni bila aku dah ada 2 org anak, tak payah diorg salam mintak maaf kat aku, aku tgk diorg je pun aku dah sebak. Dah cukup la ..aku tak pandai nak cite sedih sedih ni.

Seronok je aku tgk blog kawan kawan aku. Hampir semua yg dah update blog, semua cite pasal raya. Semua ada gambar raya. Mmg tahun ni aku nak amik gambar raya byk byk. Siap create lagi blogpage lagi satu tu, khas utk letak gambar gambar je la konon nya...

Tapi semuanya tak menjadi. Semuanya bermula dgn kes sakit mata. Dlm entry sblm ni aku dah cite pasal anak bini aku kena sakit mata. Aku plak 3 hari sblm raya, sakit mata. Pagi raya tu mmg paling teruk. Selaput merah dah cover mata putih aku. UIshh..tak bleh jadi ni. Pagi tu jugak, dalam org lain sibuk nak gerak ke masjid/surau utk solat aidilfitri..aku ditemani anak2 & bini aku gerak ke hospital putrajaya. Aku ingat dah beli L.A Ray Ban kat CoolShades smlm tu kira bleh la meredakan skit mata aku ditambah plak dah ada ubat dari 2 klinik yg aku pegi. Tapi tak ok gak...

Mmg aku frust, kesian tgk anak bini aku tak beraya. Tak pakai pun baju-baju raya diorg yang dah beli tu. Tak dapat balik kampung. Aku pun salam raya mintak maaf dgn mak bapak aku pun dlm keadaan yg ntah apa apa...diorg pun tak bersiap cantik2 lagi masa tu...kelamkabut je aku salam mak bapak aku ...lepas tu terus gerak pi spital...

Memang raya kali ni bertambah syahdu, sayu, sebak dan mcm mcm rasa yang bermula dari huruf 's' singgah kat aku...

Skang ni satu perasaan yang semakin meluap luap singgah kat diri aku.Kenapa aku semakin rasa mcm tu?...aku rasa perasaan tu bukan je singgah kat aku sorang skang ni. Sebb ada beberapa lagi kawan sepejabat aku rasa mcm tu. Tapi punca atau sebab masing masing tak sama. Itu sudah pasti....