Nuffnang

Friday, September 11, 2009

Minta Timbang Rasa Skit Boleh Tak??!!

Pada semua mak bapak yang hantar anak anak ke pusat jagaan kanak kanak, terutama skali kat area Presint 9 Putrajaya, aku mintak skit je timbang rasa daripada korang semua. Kalau anak anak korang tu tak sihat/sakit tolong la..aku ulang lagi skali TOLONG amik la EL ke MC ke. TOLONG jaga anak korang kat rumah. Jangan la harapkan org kat taska tu jaga. Bukan maksud aku staff kat pusat jagaan kanak kanak tu tak boleh diharap, bukan tu maksud aku. Cuma paham la skit, kalau anak tu sakit amik la tanggungjawab utk jaga sendiri anak tu. Jangan la sebab korang dah bayar kat taska, korang serah 100% anak anak tu kat taska. Ingat la skit kalau anak tu sakit yang boleh menjangkiti org lain, tak ke nanti menyebabkan penyakit tu menular lebih teruk. Akai ada ka??!!...Pakai la akai tu skit..!!...SKit je...tak kan tu pun tak bleh pikir...

Skang anak aku dah 5 hari sakit mata. Aku tgk tak surut pun. Makin teruk ada la. Memula Aiman sakit mata. Ya!!...berjangkit dari anak korang la!!!...Aku tau ni semua dugaan dari Allah. Aku redha. Tapi insyaallah benda ni tak kan terjadi kalau kita usaha/ikhtiar.

Tadi dah kena jumpa doc pakar. Doc buang selaput yang menyebabkan mata Arshad lambat baik. Sampai dah keluar darah dah skit. Lepas je doc letak ubat, Arshad terus tido. Alhamdulillah, kalau Arshad terus nangis susah jugak. Ubat tu akan keluar sama dgn air mata dia.



Lagi skali aku minta TOLONG JAGA ANAK ANDA SENDIRI KAT RUMAH KALAU ANAK ANDA SAKIT. BERTANGGUNGJAWAB SKIT YEE??!! APA NAK JIMAT CUTI KE??!!..Abis cuti aku laki bini......kalau ada emergency lain in future camana??...Nasib baik bos/company management paham...ada tolak ansur...tapi sampai bila?....

7 comments:

liyana said...

wahh.sy sgt kesian akan arshad.. moga die cepat sembuh ye :)

CorneaMelayu said...

Insyaallah...

Ummu Abiha said...

Babe, aku pun penah kena sakit mata yg sangat teruk. Mcm arsyad la kena jumpa specialist bagai. kena buang selaput bawah kelopak mata. siap berdarah2 bila nak kuarkan selaput tuh. Seingat aku, time tu aku kat sentral lagi. Dekat sebulan gak aku MC bahana sakit mata tu. Time tu kak eton ngan kza tengah pregnant. Siap suh aku sambung MC coz bahaya to pregnant ladies and babies jugak.Klyn pun still ingat aku penah sakit mata lama.. huhuhu..

Bahaya kalau arsyad pun kena jangkitan kuman yg berselaput tuu. smpai skang mata aku tak leh kena silau.nak drive pun aku tak berani bai. Aku faham kenapa kau MARAH. Dan aku pun MARAH!!!! dengan manusia manusia yg xambik berat anak2 dorang nihh.Hape la punya mak bapak (camle aku aku ni ade anak gitu..) Menyusahkan org lain!! Ada otak tarak pakai!!

p/s: semoga anak ko cepat n totally sembuh.Amin.

CorneaMelayu said...

liyana & ummu - thanks beb...mmg arshad kena sama mcm lu kena. mata arshad kuar darah since Jumaat lepas doc buang selaput tu...esok pg 2nd appointment dgn doc. Actually gua risau gak, asyik EL je...tapi kalau tak EL takkan nak biar bini gua handle sesorg...x patut la kan...?..Gua harap Bos paham situasi gua skang...

MamaMaira said...

Abg Pogie...
Manyak gak saya dengar cerita kurang enak anta anak kat taska nih....Penyakit mudah berjangkit kat situ,lg2 pada anak2 yang kurang antibiotik....
Semoga abg Pogie n wife tough dalam situasi nih....
n semoga cepat la sembuh anak2 abg pogie....

p/s nih yg aku takut nak anta anak kalo dah beranak nih....

CorneaMelayu said...

tu la dugaannya..tapi anta anak2 kat taska ni bleh ngajar anak lebih berdikari...
skang ni aku plak yg tgh sakit mata...sama mcm arshad. MC sampai 1/10/09.

* kesian tgk bebudak skang, sejak baby dah diajar utk berdikari...

CorneaMelayu said...

tu la dugaannya..tapi anta anak2 kat taska ni bleh ngajar anak lebih berdikari...
skang ni aku plak yg tgh sakit mata...sama mcm arshad. MC sampai 1/10/09.

* kesian tgk bebudak skang, sejak baby dah diajar utk berdikari...