Nuffnang

Thursday, September 3, 2009

Dalam Kenangan


Terlalu banyak perkara yang susah nak diceritakan sepanjang perkenalan kami. Ya, sejak 2001 aku kenal dia. Hampir 9 tahun, sama usia kerja aku dengan company skang. Aku terlalu terkejut sebaik dpat berita semasa perjalanan aku ke P.D atas urusan kerja baru bermula. Terus aku hubungi Abah, sebab dia salah sorang org kuat Abah aku masa Abah aku kerja dulu. Aku berpatah balik ke Office dan byk flashback sepanjang perjalanan tu. AKu hubungi jugak Pak Mus, jugak org lama antara yang memula aku kenal dan berkawan masa memula kerja dulu.

Terakhir sekali jumpa dia, kami borak dalam opis Hezri. Dia borak pasal perancangan bisnes daging dia yang hampir dilaksanakan. Tapi 2 minggu lepas aku jumpa dia tgh sedut oksigen dlm opis. AKu tanya "awat ni SM? lain macam ja"..."aku sesak napaih la, G"...katanya...Aku nasihatkan dia pegi jumpa doktor takut2 H1N1. "x pa la, nanti aku pi jumpak doktor"..sambungnya sambil bagitau masalah komputernya.

Sepanjang Ramadhan ni, kurang terserempak dgn dia, tapi semalam adalah hari terakhir aku lihat wajah dia. Lihat sekujur tubuhnya yang telah kemas dikafankan. Subhanallah...sampai masanya SM Azizan kembali menyahut panggilan.

Terhenti sudah detik perkenalan kami...Al-Fatihah untuk Allahyarham Azizan Bin Talib.