Thursday, September 3, 2009
Dalam Kenangan
Terlalu banyak perkara yang susah nak diceritakan sepanjang perkenalan kami. Ya, sejak 2001 aku kenal dia. Hampir 9 tahun, sama usia kerja aku dengan company skang. Aku terlalu terkejut sebaik dpat berita semasa perjalanan aku ke P.D atas urusan kerja baru bermula. Terus aku hubungi Abah, sebab dia salah sorang org kuat Abah aku masa Abah aku kerja dulu. Aku berpatah balik ke Office dan byk flashback sepanjang perjalanan tu. AKu hubungi jugak Pak Mus, jugak org lama antara yang memula aku kenal dan berkawan masa memula kerja dulu.
Terakhir sekali jumpa dia, kami borak dalam opis Hezri. Dia borak pasal perancangan bisnes daging dia yang hampir dilaksanakan. Tapi 2 minggu lepas aku jumpa dia tgh sedut oksigen dlm opis. AKu tanya "awat ni SM? lain macam ja"..."aku sesak napaih la, G"...katanya...Aku nasihatkan dia pegi jumpa doktor takut2 H1N1. "x pa la, nanti aku pi jumpak doktor"..sambungnya sambil bagitau masalah komputernya.
Sepanjang Ramadhan ni, kurang terserempak dgn dia, tapi semalam adalah hari terakhir aku lihat wajah dia. Lihat sekujur tubuhnya yang telah kemas dikafankan. Subhanallah...sampai masanya SM Azizan kembali menyahut panggilan.
Terhenti sudah detik perkenalan kami...Al-Fatihah untuk Allahyarham Azizan Bin Talib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
G, sadis nya tgk gambar SM ni.. Ako pun lepas je ko inform pasal SM pagi semalam, aku tak tau nak wat pe. Serius, aku tak percaya dan terkedu.. Last aku jumpa dia kat stesen pun kami cuma sempat berbahasa sikit2 je.. Sayu sungguh bila terkenang macam2 memori selama kenal dia.. Aku doakan semoga Arwah di tempatkan di kalangan org2 yang beriman dan soleh.. Al-fatihah.
sarjan Azizan...Jasamu Dikenang
Post a Comment