Nuffnang

Saturday, July 11, 2009

Macam-macam hal

Macam-macam hal jadi since hari ke-26 bulan lepas. Macam-macam dugaan yang agak berat untuk aku hadapi. Tapi nak buat macamana, hanya yang 'terpilih' je yang dapat dugaan yang semacam tu. Memula wife aku eksiden langgar kete org. Rabak kete. Tapi Alhamdulillah, wife aku selamat, cuma terkejut je skit. Lagipun wife aku ni berjiwa kental, pelan-pelan la dia hadapi pengalaman yang macam ni.

Tengah aku nak settlekan semua dokumen utk urusan claim insuran, wife aku bagitau cikgu skolah Aiman call, inform telinga Aiman berdarah. Hmm...satu hal plak lagi yang dtg. Aku pi jemput Aiman balik umah, sian tgk Aiman menangis atas motor sepanjang jalan balik umah.

Keta aku yang ber'civic' bersedia utk ditowing

Urusan claim insuran kereta aku bermula. Call workshop utk towing kete. Sampai workshop kat Puchong, submit semua dokumen yang diperlukan. Report polis, photostat lesen pemandu yang kemalangan (wife aku la tu), photostat geran keta, photostat roadtax/resit renew roadtax+insuran. Semua mau ada...tapi apek workshop cakap tak cukup satu lagi...Release Letter dari Finance & geran tak clear. Kena pi amik geran dgn Release Letter kat finance dulu sebab kete aku dah abis bayar. Berangkat ke CIMB Menara KL dari Puchong. Nasib baik segala urusan kat CIMB tu kejap je. Patah balik ke Puchong submit dokumen tu semua. Skali lagi apek tu cakap, selain aku, wife aku pun kena sign kat claim form tu jugak sebab dia driver masa eksiden tu. Balik umah kat Putrajaya amik sign wife aku. Lepas sign pi anta balik ke workshop. Semua tu kena settle dlm satu hari.

Kenapa plak terkejar-kejar nak settle the same day?...1st. wife aku akan ke Sabah hari ahad tu. 2nd. aku taknak workshop jadikan alasan semua dokumen takde, maka kete aku lambat siap. Malam tu plak, bawak Aiman ke Hosp. Putrajaya sebab wife aku cakap ada plastersin dlm telinga AIman. Patut la telinga dia berdarah, sebab dia cuba keluarkan plastesin guna pensil!!..

Aiman masuk ER Hosp. Putrajaya. DOktor cuba keluarkan gunakan kaedah sedutan. Jenuh!!..4 orang dewasa pegang Aiman, tapi diorg tak berdaya tahan rontaan Aiman. Dasyat gak kederat anak aku ni!!...

Esoknya jumpa specialist kat ENT Hosp. Putrajaya sbb ER tak berjaya keluarkan plastesin tu. Doc. ENT pun tak berjaya gak keluarkan walaupun aku yang pegang Aiman. Lebam gak la kaki aku kena sepak dek Aiman...hehe..

Ahad, wife aku terbang ke Sabah dgn hati yang agak berat sbb tgglkan famili dlm situasi yang agak tegang selepas dia eksiden dan Aiman akan masuk ke bilik bedah Isnin nanti.


Isnin. Aiman masuk wad. Jam 5 petang masuk ke bilik bedah untuk keluarkan plastesin dari telinga dia. Semuanya selesai 30 minit lepas tu. Esoknya kitorang balik Melawati. Arshad tinggal dgn atok & nenek satu malam. tido dgn Mak Longnya. Thanks kak...

Tak reti nak duduk diam Aiman ni..hyper


Jap lagi nak masuk OT...

Macam-macam hal sepanjang aku tggl kat Melawati tanpa wife aku selama 10 hari tu. Nak cite pun panjang sangat.

Khamis lepas plak kakak & abang ipar aku jatuh motor kat corner Jalan Travers. Tayar motor meletup. Nasib baik takde apa-apa, cuma kakak aku tak ingat apa yang jadi & dia tak tau dia ada katne masa tu. Tapi sampai ke hari ni, semuanya OK.

Disebabkan macam-macam hal yang terjadi dlm tempoh 2 minggu ni, smlm aku tido jam 8 mlm. Sebaik je balik dari opis, lepas solat maghrib terus aku tertido tanpa aku sedar apa yang terjadi di sekeliling aku...........

2 comments:

Ummu Abiha said...

Sian ko babe.. so sorry.. aku tumpang simpati kay..
Aiman camne now?

Acaii said...

Innalillah, semua ni dugaan sebagai seorang hamba bro..semoga terus tabah dan terus bersabar..insyaallah, ganjaran sabar tersebut akan datang dalam bentuk yang kita sedar ataupun tidak..semoga semuanya selamat ye..:)