Nuffnang

Wednesday, February 25, 2009

Emergency?

Photocamp 4 tamat semlm. Seperti yg aku jangka, Group Hedgebeewhy (Group 3-Amma,nalarekerk!!) dpt anugerah Best Group. Group aku plak, tak berjaya mempertahankan anugerah Trofi Rubbish Bin. Kira ok la tu. Maknanya group aku, Group 6-Janda!! Baik punye...!!) bukan la group yg paling teruk. Malah semua group/peserta PhotoCamp 4 menghasilkan gambar2 berdasarkan tema filem dengan baik. SN kata gambar2 yg dihasilkan utk sesi terakhir yg dibentangkan dlm Photocamp 4 adalah terbaik mengatasi Photocamp yg terdahulu!!..Perghh..mcm x percaya je..aku harap tu statement ikhlas dari SN, bukan statement jaga hati kami.

Seperti entry aku yg lepas, aku dah cakap aku taknak kena sound/kutuk lagi. Aku nak snap gambar yg bebetul gambar..bukan sampah!!..

Ok, cite skit mlm lepas group aku dpt trofi tu (thanx to Moqh,Fasi Group 3 atas kata semangat yg lu bg lepas kitorg kena sound. Mas, lu pun sama, lu mmg Fasi yg selamba & sentiasa nak org bwh kau explore tealent & creativity sendri)... SN bagitau Tema utk final presentation kena ikut tajuk filem yg pernah ditayangkan. X kisah filem lama atau baru. Local or oversea. Group aku amik filem Suami, Isteri & ...

Tapi sblm tu, semua Fasilitator diberi peluang oleh SN utk luahkan pendapat diorg pasal peserta dibwh jagaan diorg. Rata-rata Fasi bagitau masalah yg sama. Idea kurang, prob time management, xde pre-visualisation & etc. Aku terkejut jugak bila Fasi group aku, MasHelmy, mentioned nama aku masa sesi luah pendapat tu. Memula dia bagitau general prob pasal grup aku. Pastu dia kata most of group member aku terlalu bergantung dgn Wawan (cikgu PJ kat skolah sek.27 S.Alam). Yup, aku x nafikan, mamat tu punya byk idea. Lepas tu, dia sebut nama aku plak. "Pozi (bukan Nik eh..), kau ada mata sebenarnya (sbb aktiviti amik gambar yg kito buat tu dipanggil sbg Asah Mata). Walaupun kau baru je 2 minggu pegang camera, tapi kau ada mata. Kau jgn takut. Maybe lense kau ada prob"..tu kata MasHelmy. Aku anggap statement dia mcm pembakar semangat laa... Aku lega. Aku ingat nak kena kutuk lagi. Bila dgr dia ckp mcm tu, semua kutukan yg aku terima pada Sesi Asah Mata 1 smpai 3 hilang. Aku tekad utk buat the best utk Asah Mata 4 (Final assignment utk semua Group Photocamp 4). Lepas tu plak, sblm supper, Din (pengkritik jemputan yg mmg ditakuti oleh semua peserta. SN kata dia OP utk Wedding Mawi). Offer aku guna Telephoto Lense (70-200 mm) dia plak. Gile!!...mahal tu Tele Lense tu!!...Aku ingat dia memain ckp nak bagi pinjam ptg tu..rupa2nya dia betul2 bagi pinjam.

"Esok kau amik Tele Lense aku" kata Din. Sambil tu dia tunjuk hasil gambar2 yg dia snap utk satu konsert. "Ni semua aku guna Tele Lense. Konsert ni aku amik kat Singapore". superb beb....!!!...Lighting Superb!!!...

Masa supper, semua group discuss pasal fina assignment utk Asah Mata 4. Masa tu dah 12:30mlm kalau x silap aku. Nasri, group member aku pun dah x larat nak bukak mata. Letih sgt kot. Aku terpaksa bertegas skit. Bertegas, bukan utk tunjuk besar kepala/tunjuk bagus. Tapi aku nak kawal situasi, x nak submit sampah lagi. Mcm aku cakap tadi, grup aku buat tajuk Suami, Isteri & ... Memasing bagi idea. Ada scene utk tema filem tu. Setiap satu scene mesti ada min 4 gambar. Lebih xpe. Amik kau. 4 gambar. Asah Mata 1 2 & 3, kena submit 2 gambar je pun dah susah. Ini kan nak 4 gambar. Mcm aku bagitau dlm entry sblm ni, aku pt scene kedua. Scene yg tak best sbb susah & aku dah refer kat internet sampai 4 pagi, konon2 ada la gamba yg aku buat reference. Tapi hampeh, xde langsung. Yang ada cuma gambar2 snapshot. Sampah semua tu!!..aku xde idea lagi!!! Tido dlm keadaan sakit kepala sbb xde pre-visualisation. Mampos la esok.

Tapi lepas je solat subuh, tetiba je idea dtg. Alhamdulillah, Allah tlg aku. Memeng idea tu dtg bebetul lps solat subuh, lepas aku lipat sejadah. Mencurah-curah idea dtg. Pagi tu lepas sarapan, aku sketch storyboard. Ada lebih drpd 4 angle untuk setiap satu gambar. Elok la tu, sbb aku mmg perlukn back-up kalau sesuatu shot tu x bleh buat sbb kekurangan resources.

Nanti aku sambung cite. Pjg sgt dah ni. Utk entry seterusnya aku akan upload gambar utk Asah Mata 4. Sebenarnya aku x puas ati dgn gambar2 tu semua, tapi bila aku tgk group aku xde buat extreme editing dkt gambar2 tu semua, abis2 pun jadikan Black & White dgn cropping je atas beberapa sebab, aku rasa bole diterima gak la. Tapi, group Hedgebeewhy, aku tetap cakap group korang mmg deserve dpt Best Group. Gara2 cite Rogol korang. Lepas tu Asah Mata 4, kau jadi pelakon yg hebat. Soufee mmg best. Expression gempak siot!!...

Hari ni aku x kerja. Emergency Leave. Elok je Hedgebeewhy tlg anta aku sampai umah, wife aku bgitau kete prob. Temp tggi lagi. Check2 ada bocor kat cooling system. Terus aku repair sambil pakai baju yg baru dpt kat Photocamp 4. Siapa tgk baju tu musti jaki punye la...hehehe...

3 comments:

Hidemichimomotani said...

huh, aku dengar pun dah jaki!!
tense jugak ye...ingatkan persis makan angin je..hahaha.

corneamelayu said...

aku tgh upload gambar2 sampah dari aku tu...kau tgk la kejap lagi..tapi kalau ada penyakit kronik, elok jgn tgk...huahaha...teruk sgt...

SuddinP said...

huyo abg pegi photocam...caya lah..bleh jadi sifu aku...peace