Nuffnang

Thursday, June 12, 2008

Untitled

Aku tak tau nak letak tajuk apa untuk posting aku kali ni. Daripada aku perah kepala pikir tajuk apa nak letak, baik aku letak macam tu je, Untitled. Hari tu, aku cakap nak tukar URL blog ni, tak jadi la. aku cuma delete blog yang aku rasa semak je, sebelum ni ada 33 blog aku post skang tggl brapa 13 kan. Aku mintak maaf la, blog aku ni semak skit. Bukan apa, kat sini la aku memula belajar layan blog. Nanti aku kemaskan sikit. Aku tau fonts aku berterabur. Sorry ye...hehe

Patutnya aku ada kat Penang skang ni. Tapi nak buat macam mana, demam aku blum kebah lagi. Aku demam sejak Isnin lagi. Sebelum gerak keluar rumah Isnin lepas aku dah rasa tak sedap badan dah, tapi aku gagahkan jugak. Sampai je opis, okay lagi. Bila dah lama duduk kat dlm opis tu, aircod sejuk plak tu, sendiri mau ingat la kan. Kompom aku demam. Nak pi makan tengah hari pun x larat. Lepas Zohor aku turun lepak bilik Maintenance, tido. Tepat 5:45 ptg aku sms wife aku, mintak tolong jemput aku kat ERL Putrajaya Sentral. Dia okay je. Bini mithali tu...hehehe..Aku naik opis solat Asar, terus gerak pi ERL platform. Amik tren 6:30ptg, tak penahh aku amik trip awal macam tu. Tapi dah keadaan aku yang tak sihat, selamba je la.

Sampai rumah, bini aku bagi ubat. Aku telan ubat demam & Vitamin C. Amik comforter, aku selubung kaw-kaw. Aku nak sihat cepat. Aku nak proceed dgn plan aku pi Penang Rabu tu. Dah janji dgn Helmi, Bos Penang Sentral.

Aku dah usaha, tapi Allah yg tentukan. Aku demam sampai la dikala aku menaip utk blog ni. Tapi skang ni kira dah ok dah. Esok bleh pi kerja balik.

Dari Isnin - Rabu, aku buat macam macam cara untuk aku baik dari demam. Selubung, mandi lama lama, makan ubat macam2 lagi la. Semua tak jalan. Tapi semalam, mak & abah aku dtg. Tu yang aku tak nak diorg tau kalau aku sakit. Diorg mesti datang punya. Abah aku tu bukan sihat sgt. Next week nak operation plak tu. Tiba-tiba aku teringat, "dah macam2 aku buat, tapi aku x berpeluh skit pun (kalau berpeluh bleh baik demam). kenapa aku x mintak darp Allah?"...Aku solat, tapi aku lupa nak mintak drpd Dia. Lagipun ni semua dugaan dariNya. Dia sayang kat aku, tu yang dia duga aku. Apa la aku ni..Solat Maghrib tu, aku mintak Allah sembuhkan aku dari demam. Lagipun aku dah janji dgn Helmi nak pi Penang.

Lepas solat aku makan buah sikit, terus makan ubat, aku selubung. Alhamdulillah, aku berpeluh, kuyup. Malam semalam la kiranya, aku sihat tapi blum ada tenaga. So, hari ni aku tak kerja lagi.

Abah & Mak aku selalu cakap, kita tak payah mintak dgn org, kita mintak dgn Allah. Tapi kita tetap kena ikhtiar, kena usaha jugak. Dah byk contoh contoh situasi yang diorg hadapi diorg cerita dkt aku. Aku percaya sebab Allah berkuasa terhadap apa saja, berkuasa terhadap siapa saja.

Baru kejap ni Nyok call aku. Dia pun ingat aku dah ada kat Penang. Sahabat lama aku ni. Aku takkan lupakan sahabat sahabat aku, insyaallah. "Nanti aku sampai sana kita sembang lain la Nyok"..tu je yang aku dpt cakap kat dia.

"Kalau aku terlupa, tolong ingatkan aku ye.."

1 comment:

Anonymous said...

woi, lu lupa nak letak tajuk! hahahaha