KL-Png-KL, itu la lokasi aku berada pada Isnin - Rabu lepas. Pergi Penang buat kerja. Ingatkan nak update blog aku Isnin malam tu, update kat bilik hotel la konon. Tapi 3G signal tak cun, daripada aku melayan nak upload gambar lama lama, aku tido je la.
Isnin 16/06/2008 - Aku memulakan perjalanan aku ke Penang dari KL Sentral. Sebenarnya aku sampai ke KL Sentral macam biasa, hari hari aku sampai opis 8:00 pagi. Sementara nak bertolak tu, aku load la brg brg yg aku nak bawak tu ke dalam Pajero chop Semasa Services yg aku dah parked kat depan Main Entrance KL Sentral. 4 unit komputer, network switches dan beberapa kotak yg dah diisikan dgn brg keperluan seperti yg Helmi pesan pada Diyana & Suria. Ops..lupa plak, plus satu jersi (uniform) Polis. Gila la bawak uniform polis macam tu je...Uniform Polis Bantuan. Layan angkat sorang sorang. Duha blum sampai rasanya pagi pagi tu. X pe apa ada hal. Tepat 10:30 pagi, aku gerak memulakan perjalanan aku ke Penang dgn ditemani Duha. Keputusan aku ajak Duha join aku ke Penang mmg tepat. Dia byk membantu aku walaupun IT bukan bidang dia. Dia nak belajar. Tu yang penting.
Tgk meter minyak Pajero tu, "alamak, dah tggl sikit plak minyak". Terus ke arah Damansara carik Shell. Company provide Shell card so, kena la carik Shell gak. Sampai Shell aku pun terus ke Diesel Pump. Duha uruskan acara perlumbaan mengisi minyak ke dlm kenderaan. Lepas pin code Shell card dimasukkan, Duha pun sua la nozzel minyak tu ke lubang tangki minyak Pajero tu. "tak muat la be" kata Duha. Uik!! apa kes x muat plak. X pe kita gerak ke Shell lagi satu. Acara yg sama juga diuruskan oleh Duha. "Abe, sama la be, x muat, nozzle besar". Ishh apa brg x muat. Aku pun call la Ijat nak kompom katne dia biasa isi minyak Pajero chop Semasa Services tu. Dia kata kat mana mana pun boleh. Aku heran, "apasal aku nak isi nozzle x muat?"..."laaa, hang pi isi diesel pasai apa?, Pajero tu pakai Petrol la..."...Huahahaha...nasib baik x isi diesel. Kalau x, masalah menimpa sebelum sampai Penang lagi...Hehehe...nanti aku sambung lagi. Nak start keje, 2nd half. Lunch time dah nak abis. Aku layan update sbb aku puasa hari ni. Boleh la curik skit time...
2 comments:
Duha bukan belajar IT je...isi tangki Pajero pun baru belajar gak!!! wakakaka...nak pecah perut aku baca...aritu lu tak citer detail macam ni...
saje simpan..hehehe..
Post a Comment