Nuffnang

Thursday, June 19, 2008

KL-PNG-KL (1st. Day lagi)


Bila 'makanan' Pajero dah cukup, kitorg teruskan perjalanan ke Penang. Rileks layan perjalanan dgn kelajuan yg jarang orang buat bila long distance ni, 80km/h - 90km/h. Gerak lebih kurang 10:30 pagi, sampai Penang lebih kurang 2:30 ptg-3:00ptg. Secara tepat aku tak perasan. Sebab sampai je terus buat kerja. Lama jugak perjalanan tu, berhenti rehat dkt R&R Tapah rasanya. Pekena Soto yang sekadar utk alas perut je, takde rasa apa langsung. Yang pasti bersyukur sebab dpt jugak makan. Duha plak layan minum je. Kenyang lagi katanya. Sampai ke Terminal Sementara Penang Sentral, aku tgk Thermometer yg ada dkt dashboard Pajero, 41C (41 darjah Celcius, aku x tau mcmana nak buat simbol darjah celcius tu...huahahaha). Perghh..panas, lebih panas drpd KL. Ye la dkt dgn laut mmg panas.



Lepas unload brg semua, terus layan buat kerja. Aku mmg plan nak siapkan kerja dkt Penang Sentral tu cepat. At least kalau ada problem sblm aku gerak balik KL, sempat lagi nak settlekan. Lagi pun esoknya nak buat kerja dkt EPF Seberang Jaya & Kompleks Mutiara Jln Anson (tempat Nyok) pulak. Bila dah settle semua kerja kiranya nak pusing Feringghi la konon nya. Nak ajak Helmi dgn Nyok skali. Bila dah settle semua kerja dkt Penang Sentral, gerak ke Pearl View Hotel. Dekat je dgn Penang Sentral tu, lebih kurang 3km je.



Sampai ke Pearl View aku tanyakan bilik utk kitorg bermalam.

"Kalau blok sebelah sini dah fully booked la encik, kalau nak encik pergi ke building sebelah Caltex, Peral View jugak kat sana ada biik lagi, tapi xde tingkap la", kata frontdesk staff tu.



"Tak pe la kak, janji ada tpt nak tido mlm ni, apa ada hal", aku jawab.



Lepas tu terus gerak dgn Pajero ke blok hujung. Parked dkt tingkat 5 Pearl View, lepas tu ke Frontdesk dkt tingkat 6. RM130 satu malam. Settle semua, dgn langkah yg dah mula longlai, aku dgn Duha carik bilik 6225. Jumpa je, bukak pintu terus baring. Uishh...sedap nye...



Baring sambil usha carik arah kiblat. Biasa pihak hotel akan tampal penunjuk arah Kiblat dkt siling. Xde pulak, usha dkt karpet lantai, pun xde. Tak bleh jadi ni, aku pi tanya dkt mamat Frontdesk tadi.



"Abg bukak laci atas sekali, ada penunjuk arah Kiblat dkt dlm laci tu", kata mamat tu.



"Kalau xde?", aku nak dptkan kepastian je. Sbb selalu pihak Hotel letak Bible dlm laci.



"Kalau xde, abg ngadap arah lift then ke kiri skit", terang mamat tu.



Orait, cun. Aku gerak ke 6225, carik penunjuk arah Kiblat dlm laci. Alhamdulillah, ada. Aku suruh Duha mandi dulu, then solat Jamak Marghrib & Isya' skali. Lepas tu giliran aku plak.

Bilik 6225 (belakang langsir tu bukan ada tingkap pun).

Bila dah settle, aku call Nyok. Dia ada dkt gym, layan angkat berat. Aku bagitau dia yg aku nak pekena Mee Udang lagi sekali. Nyok mintak aku gerak ke Terminal Penang Sentral sbb gym tu dkt dgn Terminal. Helmi call, aku ajak dia join skali. Bila sampai Terminal, Ross Kennedy (Melayu brader ni, org Kelantan jati, nama je macam mat saleh) ada. Aku ajak join skali & mintak Nyok hantar motor dia balik rumah sbb aku nak pi amik Helmi. Lagipun diorg ni tggl satu kawasan, dekat dekat. Nyok gerak dulu. Kennedy jadi 'tourist guide' pada aku dgn Duha.



Sampai dkt satu taman, aku berenti dpn satu rumah tu. Apa nombor aku pun tak tgk. Saje aku pasang high beam Pajero tu. Tak nak hon, bising. Aku pasti Helmi tau kitorg dah sampai. Helmi masuk Pajero, lepas tu ke lorong belakang ke rumah Nyok. Perghhh..Nyok tggl kat rumah corner lot tu. Besar kawasan rumah tu. Syiokkk...



Nyok bawak ke Ilyana Restoran kalau tak silap aku nama kedai makan tu. Order mee udang pakej utk 6-7 org dgn satu jug asam boi limau. Sampai je makanan kitorg semua layan makan mee udang. Mee udang yg Ross Kennedy tak pernah makan!!??...Apa daaa, tggl dkt Penang tu dah dkt 6 bulan rasanya. Belum penah makan mee udang??!!!...huahahaha....



Cukup cerita utk hari pertama. Kisah hari kedua, akan aku sambung nanti...

2 comments:

Hidemichimomotani said...

"Kalau xde?", aku nak dptkan kepastian je. Sbb selalu pihak Hotel letak Bible dlm laci.

Yeke? gua takat ni tak penah jumpa. lu pernah jumpa kat mana? Tapi kalau kiblat dalam laci tu memang tak asing lagi.

corneamelayu said...

a'ah..btol..aku penah jumpa. tapi aku x ingat hotel mana. aku bukak tgk dlm laci ada bible. tak berani aku nak bukak tgk bible tu. takut terpesong akidah aku yg tipis ni.