Nuffnang

Tuesday, June 24, 2008

Kerja Kosong

Semalam kawan sekerja aku, Shida sms bertanyakan kalau ada sesiapa samada kawan, adik, sedara atau sesiapa saje yang tengah cari kerja. Sebab Izwa, Technical Clerk dekat Dataran Maybank dah tender resignation letter. Lama jugak la dia bagi surat berenti tu, dekat 2 minggu kalau tak silap aku. Shida kata dah ada few candidates diorg dah interview, tapi still belum dpat yang sesuai. Diorg ada masa lebih kurang lagi 2 minggu jugak lagi untuk dptkan replacement Izwa tu. Aku pulak tak berani nak rekomen sesiapa. Bukan apa, sebab hanya orang yang penyabar je boleh kerja kat Dataran Maybank tu.

Jawatan - Kerani Teknikal. Hmmm..dengar macam buat kerja senang je. Tapi terus terang cakap la, macam macam kerja kena buat tu...Ada jugak aku borak dgn Abg Nuar, Big Bos Team Maintenance kat Dataran Maybank, dia pun cakap macam tu. Dia dah interview beberapa org yang minta kerja, bila dia bagitau apa kerja yang kena buat, semua jadi takut, muka pucat. Pada aku, apa yang Abg Nuar explain tu betul sebab dia berterus terang. Dia tak nak bila kerani baru tu masuk, kerja tak lama. Sebab tak sangka betapa berat/banyaknya kerja Kerani Teknikal dkt Dataran Maybank tu.

Antara criteria untuk apply kerja tu ialah:
-Fast learner ( ni wajib)
- Computer literate (musti pandai guna Excel sbb byk buat calculation formula)
- Knowledge in CWORKS (added advantage)

Criteria lain ( ni syarat aku la..hehe)
- Jgn install games dlm computer.
- Jgn surf internet sebarangan.
- Jgn click sebarangan.
- Jgn save lagu lagu mp3 banyak banyak dlm computer.
- Kalau tukar password computer, tlg bagitau pd aku (kalau aku reset kang, jgn marah..hehe).
- Jgn buat tak tentu arah pada komputer, network setup yang aku dah buat.
- Jgn mess-up setting dlm modem, router.

Itu la antara syarat syarat yg aku letak untuk kerja untuk Semasa Services Sdn. Bhd. Bukan aku saja saja letak syarat ni. Kalau perasan, syarat syarat yang aku letak tu, semua berkaitan computer. Aku tak nak bila ada masalah dgn computer, berpunca drpd user yang tak paham etika/polisi guna computer company ni. Main redah je. Kalau computer sendiri, aku tak kisah. Buat la apa nak buat pun. Nak jadi 'penternak virus' yang berjaya pun tak pe (Sebab aku pun jadi penternak virus jugak hehe). Aku tak kisah untuk rectify problem tu semua, dah kerja aku dan aku pun mmg suka layan benda benda tu semua. Thrill beb.... Yang aku tak suka, bila aku tanya "apa yang kau dah buat dgn pc kau ni?" jawapan yang selalu aku dpt "takde buat apa apa. tetiba je pc ni jadi mcmni" Tak bengang ke dgr jawapan mcm tu. Aku tak kisah kalau bagi jawapan jujur pada aku, mengaku je. Senang aku nak mulakan proses kerja aku, senang aku nak carik punca. Aku tak tuju pada sesiapa, lagipun ramai kawan kawan aku jujur dgn aku. Cuma ada beberapa org yang aku rasa bukan tak jujur, cuma mungkin takut aku marah kot...Jgn takut dgn aku la oi...takut pd Allah je la!!...Aku manusia jugak, paling kuat pun aku marah. Tapi selalunya aku tak marah la. Aku senyum je..

Ok, enuff about syarat syarat & criteria tu. Kalau ada sesiapa yang minat nak apply kerja sebagai Kerani Teknikal tu, boleh la call ke 03-22832515. Ops, lupa plak nak bagitau pasal gaji. RM1200 kalau tak silap aku. Tak termasuk Overtime. Kalau nak lebih tepat tolong call nombor talipon yang aku bagi tu ye...Salammmmmm...

2 comments:

Rafhz said...

hmm sekali gaji sama ngan aku keje dulu la... x bleh nk join la.. x ckp makan aku nnt haha... so ape cite dah jmpe candidate yg sesuai? aku ingt nk apply... tp ble tgk tang gaji.. cam mls la plak...

Ummu Abiha said...

thanks poj for da effort.. Vey da helpful..xsangka ko tlg advertise kat blog ko.. hihihihi:):D

Actually pasal gaji tu, boleh kautim, and da best part is korang leh OT coz keje sini boleh tahan la banyaknya. Its not that difficult, just quite tidious la.. byk main ngan kertas la.. but most probably becoz of the ISO requirement n its require u to jote down every single thing u do in paper, so ada prove la kan. Buat o tak, it is not that important, yg penting schedule completed! hahaha...
tapi selalunya buat la kan..
what ever it is.. its urgently nak pakai kerani ni.. Sesiapa yg ada adik, kakak o kengkawan yg nak koje, available in short notice.. dan memenuhi criteria2 yg member baik gua list kan tu.. sila lah contact saya dengan segera, leh contact saya di 0122699365, shahida..tq:)