Nuffnang

Saturday, June 28, 2008

Kafe Francais Di IPTA

Aku tak berapa perasan pasal kisah kafe francais yang dicadangkan dan dah dibenarkan pun untuk beroperasi di IPTA. Maklum la, dah berapa lama pulak aku tak baca suratkhabar, dah berapa lama pulak aku tak tgk berita kat tv sebab anak aku conquer remote control tv. Siang tadi aku baca kisah tu kat Utusan Malaysia. Itu pun dah lewat aku baca kisah tu. Beli suratkhabar tu pun dah nak maghrib.

Lepas tu, mlm tadi aku berpeluang tgk berita sebab anak aku leka main kereta mainan Hot Wheels dia yang dah berlonggok longgok tu. Tu pun dah kurang dah, sbb byk yang dah hilang. Dalam berita TV3 tadi pun ada pasal kafe francais di IPTA.

Pendapat aku, boleh kalau buka kafe francais di IPTA tu. Takde masalah. Cuma yang jadi isunya, dalam Utusan Malaysia tulis Kementerian Pengajian Tinggi bagi kebenaran kepada Starbucks, Dunkin Donuts beroperasi di IPTA. Itu yang aku tak setuju tu. Kenapa? Sebab kenapa nak kembangkan lagi perniagaan francais yang berasal dari negara luar/barat? Bukan ke lebih bagus kalau support francais tempatan/bumiputra?.. Dalam keadaan ekonomi yang agak teruk sekarang ni, baik sokong usahawan tempatan. Dah la minyak makin mahal (hari ni je harga minyak dunia USD142!!).

Kalau la Starbucks Cafe beroperasi di IPTA, apa akan jadi dgn siswa/siswi tu? Macamana dgn perbelanjaan diorg? Kehidupan sosial diorg pulak macamana? Macam macam persoalan lagi akan timbul. Sebab harga jualan Starbucks Cafe sendiri mau ingat la...kalau dah mahal, sudah semestinya akan effect poket student tu semua. Effect social life diorg jugak.

Kenapa tak jemput Otai Burger ke yang beroperasi dkt IPTA tu? Perniagaan tempatan tu, mesti harga lebih rendah. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi menafikan yang diorg dah bagi kebenaran masa berita TV3 tadi. Diorg kata itu kuasa IPT untuk membuat keputusan.

Pada aku tak kisah la siapa punya kuasa untuk buat keputusan pasal Starbucks, Dunkin Donut untuk beroperasi di IPTA tu, yang penting pihak yang berkenaan kena pertimbangkan untuk jemput/panggil francais tempatan. Dahulukan org tempatan dulu, jgn la sebab Starbucks tu famous maka francais tempatan dipinggirkan.

Kali ni aku tak nak guna "lu pikirla sendiri" tapi aku nak kata "hey, akai ada la??!!!"

1 comment:

Hidemichimomotani said...

hehe...kasar tagline tu bro!