Aku dgr dlm seminggu dua ni company tempat aku kerja akan buat sesi interview. Interview ni bukan open interview untuk orang apply kerja. Tapi interview untuk kenaikan pangkat atau naik job grade.
Dah macam kerja polis plak. Polis macam tu la, nak naik pangkat kena amik periksa & interview. Aku tak setuju dengan cara ni. Aku punya sebab tersendiri kenapa aku tak setuju walaupun aku tak tau macamana sesi interview tu nanti. Apa soalan yang akan ditanya, aku x tau.
Pada aku xde keadilan, sebab semua pekerja dah jalankan tanggungjawab masing masing. Ada yang sampai tinggalkan keluarga semata-mata memenuhi tuntutan kerja. Kadang-kadang tak sihat pun pegi kerja gak, walaupun x bleh nak perform 100%. Lepas tu, kat tempat kerja aku plak, mana-mana staff yang dinilai sebagai A (cemerlang) ada yang dah start buat kerja 'pangkat baru'. Padahal belum secara rasmi dinaikkan pangkat. Aku paham kenapa diorg buat macam tu. Untuk bagi pendedahan dan belajar sementara nak confirm dpt naik pangkat. Bila dah sampai masanya (biasa dlm bulan ogos setiap tahun), pengumumam dibuat, surat pelantikan/kenaikan pangkat dah diserahkan, maka secara rasmi dpt la pangkat baru tu.
Korang bayangkan eh...kalau yg berpangkat kerani, dinilai sbg A. Company dah start bagi tanggungjawab Eksekutif pada si kerani tu, biasanya dalam awal tahun. Tapi bila interview utk kenaikan pangkat tu si kerani ni gagal. Macamana?...Tak kesian ke kat si kerani tu sebab dia dah jalankan tanggungjawab dia. Berhempas pulas kerja. Dah mengharap utk dpt naik jadi Eksekutif. Skali bila interview, gagal!!!...Frust beb...
Tu satu senario.
Senario saterusnya plak, staff yang dah dpat naik pangkat sebelum ni. Ada gak yang dah pegang jawatan senior, tapi nak cakap bahasa Orang London pun x bleh. Macamana tu?...Aku yakin sebelum ni org yg pegang jawatan senior tu ada kelebihan lain yang orang lain takde. Tapi kalau dah pegang jawatan senior, korang sendiri mau ingat la...
Kesimpulan, walaupun aku tak setuju dengan polisi baru utk kenaikan pangkat ni, nak tak nak semua pekerja kena terima. Pada aku, walaupun ada calon utk kenaikan pangkat tu akan gagal masa interview tu nanti, kalau dah ditentukan oleh Allah rezeki, orang tu akan dapat jugak naik pangkat/upgrade job grade.
Sekarang baru aku paham kenapa ada yang pegang jawatan Kerani, Technician berbelas-belas tahun tak naik-naik gak pangkat. Ada jugak pegang jawatan yang sama sampai umur pencen!!!...Ini la puncanya!!! Polisi ciptaan syarikat !!! Lepas ni siapa yang terer goreng masa interview kenaikan pangkat bleh la jadi BOSS!!!!....Sebab orang kata Boss tau cakap je...buat kerja tak tau...hahahaha....apa-apa hal Allah lebih mengetahui apa yang berlaku/akan berlaku....Betul tak??!!!...PEACE.!!!
1 comment:
gua dah terkena aritu masa nak seconded ke Plaza Sentral. Gua menyesal sampai skrg pergi interview tu!
Post a Comment