Nuffnang

Sunday, June 15, 2008

Gian Punye Pasal

Gian punye pasal la aku menanggung kesakitan skang ni. Menyesal pun ada, rasa puas hati pun ada. Menyesal sbb badan aku sakit sakit, futsal punye pasal. Sabtu lepas aku join sport carnival company tpt aku keje. Padahal nama aku xde dlm selected player list. Aku demam, so kena drop la. Tapi Kapten Zahid suruh aku dtg gak ke HTO De Futsal. "Lagipun player x cukup lagi ni" kata Kapten Zahid. Bengang gak la,"takkan nak bagi cukup korum je?". Tapi gian punye pasal, aku turun gak, dlm keadaan aku yg belum 100% recover dari demam. Ramai jugak member member yang terkejut tgk aku ada kat HTO tu. Sebab diorg tau aku penah injured teruk. Dah tak boleh main bola.

Sebelum tournament start aku tanya pada Zahid, "gua team mana bro?". "Lu main team A" balas Zahid. Aku tgk player list, "hampeh, aku x kenal sorang pun. Kompom aku masuk team lauk". Start je 1st. match, aku dgn sukarelanya jadi defender, position yg aku prefer sebagai permulaan tournament, utk aku tgk situasi dan kebolehan team mates aku. Astaghfirullahal'azim, asyik kena attack je. Aku tak kisah sgt kena attack ni, biasa la main bola. Yang aku x sukanya, bila kena attack opponent terus jumpa aku, direct tanpa tempuh teamates aku yg lain. Lauk, kalah 3-0. Lepas 1st match tu, aku keluar je court, terus lari keluar warehouse building HTO De Futsal tu, BWueeekkkKKK....!!! aku muntah. Bukan sebab aku penat sgt. Aku rasa sbb aku x sihat. Dlm aku duk rehatkan diri, Abg Jamal dari team B, ajak aku main utk team B. "Tak pe la bang, saya x kisah main dgn siapa pun boleh. Lagipun dah Zahid letak saya main dgn team A, lagipun 1st match dah lepas, mana bleh suka suka tukar. Lagi satu, kang apa team mates saya cakap plak, tak elok macam tu". Nasib baik Abg Jamal ni bleh paham. So aku stay dgn team A.

"Tak boleh jadi ni. Next match aku jadi attacker (dalam futsal xde specific position, sbb semua player kena buat kerja) fulltime. Aku x kira. Ingat aku Sergio Ramos ke nak defend sorang sorang??!! "Yang teamates aku (tolak Goalkeeper) yg lain bila dah attack x nak support aku kat bawah plak. 2nd match aku terus pergi ke centre spot, utk kick off 2nd match. Alhamdulillah, team aku menang 3-2. Jadi attacker pun susah gak, kena buat kerja sorang sorang gak. Sebab support lambat sampai. Kena plak teamates aku bukan berada dlm kategori org yg biasa main bola, yg juga tak biasa main futsal. Aku plak, dah berumur dah lama tak sentuh bola. Aku redah jugak la, kena terima siapa je teamate aku. Bukan bolah memilih sgt, aku bukan star!!!!huahaha..

3rd match, team mates aku nak aku jadi attacker jugak. Alhamdulillah, diorg bleh terima. Sengit skit la, sengit sbb aku pun x tau berapa score sebenar. Kelam kabut. Dua- dua team kantoi. Huahaha...kelakar gak. Aku ingat team aku kalah, rupa rupanya menang jugak, 3-2. Qualified ke Quater Final!!!...mmg kelakar. Aku dgr Zahid tak target team aku ni lepas sampai Quater Final. Dia target team B & C yg bleh pergi jauh. Team C, almost perfect. Zahid dlm team tu. Team B, Abg Jamal ada. Pun cun gak team tu, cuma xde Goal Keeper. Sbb tu Team B x bleh lepas kot. Kalah je manjang. hehehe...

Bila dah sampai Quarter Final, aku x harap apa apa sgt dah. Sebab stage tu, team yg power ada. Lepas undi, kompom team aku akan berdepan dgn champion last year (last year Bolasepak padang). Kitorang x kisah. Redah, layan setakat yang kitorang boleh layan. Team aku kalah 4-0. No prob. Ini la yg buat aku puas hati walaupun badan aku sakit sakit sampai sekarang. Team aku lepas sampai quarter final!!!

Aku skip semi-final sbb aku x tgk sgt match tu. Final Team Zahid vs Defending Champion last year. Sengit. Memang sengit. Sampai hampir-hampir nak bergaduh. Opponent Team Zahid, 100% complete. Goal keeper, man of the match. Banyak save shots on goal. Kalau x kerana kecekapan Goal keeper tu, kompom Team Zahid champion. Team Zahid, macam yg aku cakap tadi cuma almost perfect. Kenapa? Goal keeper. Problem kat position tu. Bukan natural born gal keeper. So, reflection slow. Teknik banyak x betul.

Anyhow, in overall, Yellow Hornet (rumah yg aku wakili) dapat no 2 je. Ok la tu. Last year teruk. Last kalau x silap aku. Tak pernah dpt last. Selalu mmg dpt 2nd place. No problem la.

"Poji, lama x jumpa. Ni hang dah jadi coach ka? Jadi coach ka player?" tu la kata kata yg keluar daripada peti suara pengadil pengadil (FAM certified diorg ni) yg bertugas utk tournament anjuran syarikat aku kerja & CIMB (ada 2 tournament masa tu). Ada 3-4 org pengadil yg aku kenal. Aku kenal masa aku rajin join liga dulu. "Coach?? Hang toksah buat lawak la kat sini. mana layak jadi coach. Ni jadi player ni pun buat semak je, Lama tak main bola dah, sejak injured dulu"....tu je yang mampu aku balas.

Ok la, xde apa dah nak cerita. Esok aku nak gerak pergi Penang pulak. Mengantuk plak nanti. Tapi takpe la, aku gerak berdua dgn Duha. Kalau aku mengantuk, aku mintak la dia drive pulak. Hehehe..Salam....

2 comments:

Anonymous said...

Sapa lah budak-budak sengal tu...sian kat lu!
Zahid pun siap tak akspek team lu masuk final, sajer buat team lauk.
Sapa goalkeeper team zahid tu?
Terima kasih hantar desktop!

CorneaMelayu said...

goalkeeper umah kuning yg biasa tu...brader security tu ..
desktop?...no prob...keje gua