Nuffnang

Saturday, July 11, 2009

Macam-macam hal

Macam-macam hal jadi since hari ke-26 bulan lepas. Macam-macam dugaan yang agak berat untuk aku hadapi. Tapi nak buat macamana, hanya yang 'terpilih' je yang dapat dugaan yang semacam tu. Memula wife aku eksiden langgar kete org. Rabak kete. Tapi Alhamdulillah, wife aku selamat, cuma terkejut je skit. Lagipun wife aku ni berjiwa kental, pelan-pelan la dia hadapi pengalaman yang macam ni.

Tengah aku nak settlekan semua dokumen utk urusan claim insuran, wife aku bagitau cikgu skolah Aiman call, inform telinga Aiman berdarah. Hmm...satu hal plak lagi yang dtg. Aku pi jemput Aiman balik umah, sian tgk Aiman menangis atas motor sepanjang jalan balik umah.

Keta aku yang ber'civic' bersedia utk ditowing

Urusan claim insuran kereta aku bermula. Call workshop utk towing kete. Sampai workshop kat Puchong, submit semua dokumen yang diperlukan. Report polis, photostat lesen pemandu yang kemalangan (wife aku la tu), photostat geran keta, photostat roadtax/resit renew roadtax+insuran. Semua mau ada...tapi apek workshop cakap tak cukup satu lagi...Release Letter dari Finance & geran tak clear. Kena pi amik geran dgn Release Letter kat finance dulu sebab kete aku dah abis bayar. Berangkat ke CIMB Menara KL dari Puchong. Nasib baik segala urusan kat CIMB tu kejap je. Patah balik ke Puchong submit dokumen tu semua. Skali lagi apek tu cakap, selain aku, wife aku pun kena sign kat claim form tu jugak sebab dia driver masa eksiden tu. Balik umah kat Putrajaya amik sign wife aku. Lepas sign pi anta balik ke workshop. Semua tu kena settle dlm satu hari.

Kenapa plak terkejar-kejar nak settle the same day?...1st. wife aku akan ke Sabah hari ahad tu. 2nd. aku taknak workshop jadikan alasan semua dokumen takde, maka kete aku lambat siap. Malam tu plak, bawak Aiman ke Hosp. Putrajaya sebab wife aku cakap ada plastersin dlm telinga AIman. Patut la telinga dia berdarah, sebab dia cuba keluarkan plastesin guna pensil!!..

Aiman masuk ER Hosp. Putrajaya. DOktor cuba keluarkan gunakan kaedah sedutan. Jenuh!!..4 orang dewasa pegang Aiman, tapi diorg tak berdaya tahan rontaan Aiman. Dasyat gak kederat anak aku ni!!...

Esoknya jumpa specialist kat ENT Hosp. Putrajaya sbb ER tak berjaya keluarkan plastesin tu. Doc. ENT pun tak berjaya gak keluarkan walaupun aku yang pegang Aiman. Lebam gak la kaki aku kena sepak dek Aiman...hehe..

Ahad, wife aku terbang ke Sabah dgn hati yang agak berat sbb tgglkan famili dlm situasi yang agak tegang selepas dia eksiden dan Aiman akan masuk ke bilik bedah Isnin nanti.


Isnin. Aiman masuk wad. Jam 5 petang masuk ke bilik bedah untuk keluarkan plastesin dari telinga dia. Semuanya selesai 30 minit lepas tu. Esoknya kitorang balik Melawati. Arshad tinggal dgn atok & nenek satu malam. tido dgn Mak Longnya. Thanks kak...

Tak reti nak duduk diam Aiman ni..hyper


Jap lagi nak masuk OT...

Macam-macam hal sepanjang aku tggl kat Melawati tanpa wife aku selama 10 hari tu. Nak cite pun panjang sangat.

Khamis lepas plak kakak & abang ipar aku jatuh motor kat corner Jalan Travers. Tayar motor meletup. Nasib baik takde apa-apa, cuma kakak aku tak ingat apa yang jadi & dia tak tau dia ada katne masa tu. Tapi sampai ke hari ni, semuanya OK.

Disebabkan macam-macam hal yang terjadi dlm tempoh 2 minggu ni, smlm aku tido jam 8 mlm. Sebaik je balik dari opis, lepas solat maghrib terus aku tertido tanpa aku sedar apa yang terjadi di sekeliling aku...........

Thursday, July 9, 2009

Kembali

Aku akan kembali ke ruang blogspot ni...

Saturday, July 4, 2009

Kembali Bersama Projek BAru

Aku kembali menggunakan dashboard blogger.com . Saje je gatal kepala otak nak guna balik. Tapi still url yang korang tgk kat atas tu blog.corneamelayu.net. Perkara biasa. Maknanya tak kisah la kalau korang key in corneamelayu.blogspot.com atau blog.corneamelayu.net, korang akan tetap akan di direct ke blog.corneamelayu.net.

Aku ada projek baru skit. Projek untuk peniaga secara online, meniaga melalui internet la maksudnya tu . Kalau korang atau kekawan korang yang ada niat nak meniaga online, insyaallah aku akan buatkan. Cuma buat masa ni aku belum finalise offer yang macam mana aku nak taburkan...Nanti la bila dah dapat ilham kang, aku announce...

Projek ni termasuk la jugak servis bina website...basic website je tau...xde interaktif banner bagai...hahah...

Thursday, March 26, 2009

Pindah II

Hmmm...mungkin ada yang tak perasan aku dah pindah ke ruangan blog aku yang baru...url blog aku yang baru http://blog.corneamelayu.net

Kepada korang yang nak follow...klik je kat url link kat atas tu...

Sunday, March 8, 2009

Pindah

Insyaallah, x lama lagi aku akan gunakan www.corneamelayu.net sebagai official website aku. Aku akan update blog juga di website www.corneamelayu.net. Segala gambar gambar pun aku post ke Peti Gambar website tu.

Saje je aku create website .net sendiri. Selama ni aku ingatkan susah sgt nak buat website. Sbb kompeni aku bayar beribu ribu utk appoint outsource kompeni buat website..Chaittt!!...bayar kat TukangTangkapGambar.com lagi bagus...hehehe...cuma buat masa ni xde la interactive images. Takde la gambar flash gerak gerak tu. Tapi takpe. Nanti aku blaja buat, baru depa tau....hehehe...Kat website tu jugak aku akan gunakan sbg tpt utk aku sediakan beberapa service...part time je...Juga sbg salah satu sublink kpd www.tukangtangkapgambar.com. Sbb kalau sesiapa yg nak dapatkan khidmat tangkap gambar, harus melalui TukangTangkapGambar.com. Lain lain servis pun ada..mcm perkhidmatan buat website pun ada...tapi tu maybe akan park under TukangTangkapGambar.com. Semua tu masih dlm perbincangan....

Walaumacamanapun, still corneamelayu.blogspot.com ni idup...sbb kalau tak silap aku, blogspot ada satu feature yg membolehkan kita integrate dgn webhost lain...Kalau tak silap aku la...Nanti la aku check...Buat masa ni, URL ke www.corneamelayu.net still appear Under Construction. Sebab under Propagation Period. Ntah apa benda pun aku tak tau...lantak la...nanti aku bukak kamus...

Dalam masa yang sama aku tgh usahakan satu lagi website. Aku & HBY sbg owner website tu. Kitorang akan gunakan website tu sbg medium utk kitorg perkenalkan servis Photographydan beberapa servis lain yang masih dlm perbincangan dimasa depan, insyaallah. URL nya www.tukangtangkapgambar.com. Sama jugak, kalau korang usha korang akan nampak Page Under Construction. Ada org tgh buat kerja kontrak kat situ...x bleh ceroboh...kena dakwa nanti...

Saturday, March 7, 2009

Photoshoot

7 March 2009, aku mmg ada perancangan utk shoot hari ni. Lokasi photoshoot cuma di satu kawasan di Putrajaya. Aku dah ada pre-visualisation dah sebenarnya utk sesi ni. Storyline semua dlm kepala. Ya..ya..aku tau, patutnya kena sketch storyline, then baru la senang nak buat directing. Memandangkan sesi kali ni hanya melibatkan keluarga aku, so ku decide utk tak buat sketch. Photoshoot session yang pertama selepas aku balik dari Photocamp 4 2 minggu lepas. 
Sesi pertama ni aku hadapi sikit gangguan. Gangguan dari anak aku sendiri, Aiman. Dia sibuk nak amik gambar jugak. Memula aku bagi la dia snap dgn harapan lepas tu dia tak kacau lagi dah. Tapi, biasa la bebudak, skali bagi nak byk kali plak....Lagipun aku tgk dia mmg minat amik gambar ni. Sejak dia pandai berjalan lagi dia dah sibuk nak main kamera. Tapi masa tu aku tak amik kisah. Biasa la bebudak tgk benda baru, semua dia nak. Masa tu aku guna kamera brand I (cap ayam je). Lepas tu kamera compact Pentax dgn kamera ha
ndphone K800i. Sampai jahanam kamera Pentax tu dia guna. Aku serahkan Canon SLR aku y
ang lama tu pada Aiman. Biarla dia belajar handle/memain dgn kamera tu. Aku tak kisah sbb aku dah ada D80 hehehe...Mlm tadi maca biasa, aku bawak famili pi makan kat Alamanda. Aiman siap bawak Canon SLR yang aku bagi kat dia. Habis b
erpinau mata org kat Alamanda tu kena Speedlight SLR Aiman. Aku sengih je la..biar kat dia dgn dunia dia...

Ada lagi gangguan skit pasal kerja. Ada kaitan dgn entry aku
 yg sebelum ni. Aku malas nak pikir sgt pasal kerja bila weekend. Sbb dah nak masuk 8 thn dah, dok layan pikir pasal kerja je tetiap hari...24jam...kekadang nak tido pun susah...dok teringat punye pasal....

Hmmm...lantak la pasal gangguan tu....

Cuma 2 gambar je yang aku pilih dari beratus-ratus gambar yang aku snap utk upload. Yang lain semua semak...so aku koyak buang dlm tong sampah. Kedua-dua gambar tu pun semak jugak. Tapi kira ok la kalau nak compare dgn yg lain. Salah satu
 aku nak submit ke Forum Photocamp utk dptkan komen dari Saiful Nang.