Nuffnang

Thursday, April 28, 2011

Print Gambar


Aku rasa macam dah agak banyak jugak la gambar-gambar yang aku snap sejak beberapa tahun ni. Ada yang aku upload ke blog ni, atau photoblog corneaphotozone, ada jugak yang aku upload ke Flickr dan ada jugak yang aku upload ke page Facebook aku. Perghh...bersepah-sepah tempat aku simpan gambar-gambar tu semua. Aku rasa dah sampai masa untuk aku buat housekeeping kat semua tempat-tempat yang aku cakap tadi. Maknanya, aku kena print semua!!!...Simpan dalam album. Pilih mana yang elok utk aku print ke canvas utk aku gantung kat umah aku. Kebanyakan gambar-gambar tu simpan kat MacBook. Masalah utama adalah MacBook tu dah JAHANAM!!!...Agak lama MacBook tu rosak & sampai skang aku tak hantar repair. Nampaknya, aku kena print je mana yang ada ni dulu. Lepas tu, aku nak delete semua gambar-gambar yang aku penah upload & susun semua balik kat Facebook & Flickr. Gambar-gambar kat Facebook utk aku share dgn kawan-kawan & sedara mara aku. Pastu nak kena upgrade account kat Flickr untuk besarkan storage. Lagipun kat Flickr gambar-gambar yang kita amik kekal dalam resolution yang baik & tinggi. Ok la...aku nak start susun semua gambar-gambar utk aku print & simpan dlm album....chow..

Friday, April 22, 2011

Main Salji


Kejap aku check balik bila aku pegi main salji.....My Computer>F:>Photow> bla bla bla....Jumpa dah...9 April 2011..ada la dlm 2 minggu lepas aku pegi main salji...Aku bawak anak bini aku pegi main salji....Memang best la...Kena plak 1st time main salji...Pergh..menggigil der....anak aku yang kecik sampai menangis tak tahan sejuk....



Aiman, anak aku yang sulung heran tengok aku selamba je, kental tak sejuk pun. Aku pun apa lagi poyo lebih la bila dia tanya "Abah tak sejuk ke?"..."Abah dah biasa dah..."...hehehe...Gila poyo abis...


Sebenarnya, aku bawak anak bini aku pi I-City kat Seksyen 7, Shah Alam. Alah..tempat pokok pokok berlampu tu la....sampai dlm kul 10mlm gak la lepas berpusing area Shah Alam tu mencari lokasi sebenar I-City. Padahal sebelah Federal Highway je pun...itupun selepas aku tanya kat Google minta Direction....hahahha..tapi start masuk ke Icewalk dlm kul 11 mlm. Byk hal la....

Cuma aku nasihatkan kalau korang nak layan Icewalk ni, bawak la skali Snowcap ke, necktube/neckwarmer ke...dan yang paling penting jangan pakai selipar...serius der...kalau rasa nak kena gengren pakai la selipar...Lagipun brader yg jaga kat pintu masuk Icewalk yg ala ala taman skodeng tu, takkan bagi kebenaran kalau tak pakai kasut. Lagi satu yg paling penting bawak la duit banyak skit....sebab harga tiket RM25 utk dewasa, RM20 utk kanak kanak. Diingatkan bawak la skali tiket parking keta sebab korang akan dapat diskaun RM10 utk masuk ke Icewalk.

Macam kitorang 2 dewasa x RM25, dah RM50. 2 kanak kanak x RM20, dah RM40. So kena la bayar RM80 je....Kalau korang tak pakai kasut, korang kena sewa kasut Phua Chu Kang kat situ Rm10 sepasang. deposit RM20!!!...kan aku dah cakap byk pakai duit...so paham paham la ye...

Masa kat Icewalk, I-City tu sempat la aku snap beberapa gambar anak anak aku....cuma yang frustnya, bila dah kluar dari Icewalk, tak bleh nak amik gambar kat pokok berlampu kat luar tu sebab Lens D80 aku berwap!!!!...hahaha...lain kali kalau pegi sana, amik dulu gambar or jejalan dulu kat luar. Lepas tu baru masuk layan salji kat Icewalk...!!!

Kalau korang nak layan gamba, macam biasa la...aku post kat corneaphotozone ataupun bleh usha kat album facebook aku www.facebook.com/mnfauzi.