Nuffnang

Wednesday, July 28, 2010

WanitaAdil

Wanita Adil bukan nama sebenar. Nama sebenar adalah FairLady. Hak milik Nissan. Bukan batu nisan. Tapi kalau x kena gaya memang boleh tempah nama di batu nisan. Memang anggun bergaya kalau dapat bawak WanitaAdil ni. Kena pula WanitaAdil featured in Too Fast Too Furiuos Tokyo Drift. Dalam movie tu pula siapa yang bawak WanitaAdil ni digelar DK. Nama penuh DK adalah Incik Drift King. Sejak tu WanitaAdil yang sememangnya popular menjadi semakin popular.

Hari ni bukan saja WanitaAdil saja yang popular, tapi kawan-kawan WanitaAdil iaitu GarisanUdara disertai AskarBerkudaDenganTombak, BasMiniWilayah serta lain-lain lagi seramai 17 unit pun turut popular. Ini gara-gara MLM skim cepat kaya yang banyak menyusahkan org. Terutama skali staf gomen.

Kononnya Skim Cepat Kaya. Tapi yang sebenarnya adalah Skim Cepat Kayapkan orang!!...dah la, semua penipuan ni dah lama org tau, tapi ada jugak yang masih buat dan ada jugak yang masih terjebak. Tak payah nak cite panjang-panjang...layan je kat sini.

Watak Utama

Nissan Fairlady sbg WanitaAdil
Nissan Skyline sbg GarisanUdara
Mitsubishi Evolution sbg AskarBerkudaDenganTombak
BMW sbg BasMiniWilayah

Thursday, July 22, 2010

Apa salah 'Bibir'?



Apa punya koman la rockers mat saleh ni semua. Cuba contohi rokers kat Malaya ni..semua amik port pun pasal budak Bieber tu...Semua rilex je..

Ali Punya Tongkat


Aku dah makin bosan keja kat tempat skang ni. Org kata kalau bosan layan la Facebook. Abis kalau Facebook pun aku dah bosan camana?...Hari hari layan facebook. Mana tak bosan. Letih pun letih. Badan sakit, terutama skali kat area bahu. Stress la tu. Bukan stress sbb keja byk. Serius keja kat sini tak banyak. Cuma stress memikirkan tanggungjawab yg terlalu besar & aku tak nak pikul responsibility sebesar ni. Letih punya pasal, hari hari aku tekan Kopi Tangkat Ali. Ok la..boleh la bagi aku segar skit. Tapi ketegangan bahu aku yang sakit ni nak buat camana?...hari tu plan nak pegi rumah urut. Tak jugak pegi...haishh...bila la nak pegi agaknya..

Wednesday, July 21, 2010

........

Takde apa nak cerita. Tgh bosan tapi nak menaip jugak. Kebelakangan ni terasa makin bosan plak. Insyaallah aku akan berhijrah kembali ke tempat asal, KL Sentral. Bulan depan kot...harap harap la...

Sunday, July 18, 2010

Aktiviti Seminggu

Hari ni x keja. Aku dah apply tapi Bos aku mcm tak tau je aku apply cuti. Lantaklah. Esok plak aku keja sekerat hari. Pagi je pi keja, ptg balik. Lusa, Rabu aku kena pegi Port Dickson plak. Keja punya hal. Khamis kerja fullday, Jumaat pun kerja jugak.

Hari ni cuti sebab nak hantar wife aku pi INSPEN kat Bangi. Dia jadi Urusetia kat utk kursus apa benda ntah. 3 hari tu der...x balik umah. So aku kena uruskan anak-anak aku pegi skolah la.

Tadi dah hantar wife & anak-anak. Skang kat umah. Jap lagi nak pegi opis jap. Pastu nak pegi Rumah Urut kat town KL. Sakit sangat dah badan aku ni. Maklumlah perjalanan naik kuda besi jauh sangat ikut MEX. Tau tak MEX tu apa? Maju Express Highway. Hari hari plak tu.

Op!! lupa plak nak pegi Bank Islam. Bank in duit meniaga. Meniaga kecil-kecilan je. Meniaga jual komputer blum menunjukkan hasil. Tapi meniaga barang-barang kereta macam used auto sparepart mostly JDM Honda parts dengan aksesori kereta contoh macam CD/DVD player, adjustable absorber, Grounding cable macam macam lagi la ada.

Kalau sesiapa dari korang atau kawan kawan korang yang nak beli komputer ke, laptop ke, aksesori kereta ke, sparepart kereta new & used JDM parts ke..x kisah kereta jenis apa pun..misubishi, honda, daihatsu, toyota & lain lain...roger je aku. Email kat mnfauzi@gmail.com atau wedits@gmail.com pun bleh.

Thursday, July 15, 2010

Si Gagah

Brader ni memang gagah giler der..Jelingan, pandangan mata dia pun dah cukup buat orang mcm gua ni goyang. Nama dia Malik. Nama penuh dia Malik Abdul Aziz . Tapi skang kalau gua jumpa dia, gua dah tak takut dgn dia lagi dah. Tapi dia tetap orang yang gagah, zahir & batin masih lebih gagah dari gua walaupun umur dia dah 4 series. Siapa Malik ni? Luorg tanya la dgn pakcik google, kompom jumpa punye. Lagipun Malik ni terkenal makin terkenal sebab gigit telinga orang!!

Cut Tari Luna Maya


Memang sah, sohih dah. Cut Tari & Luna Maya dah tak hot lagi dah. Orang dah tak amik port lagi. Tapi kat Indonesia kes rogol meningkat der...gara-gara tersebarnya video lucah Luna Maya, Cut Tari & Ariel. Perghh...memang masing-masing kongsi la 'habuan' sorang sikit.


5 sen

Ada yang cakap "my 2 cent". Ada gak yang cakap "my seposen". Ada gak yang cakap dalam bahasa omputih "my ten cent".

Aku tak paham sebenarnya apa maksudnya. Tapi buat buat paham je la. Tapi yang 5 sen ni aku paham sgt. Tapi aku tak berapa kisah.

6:17pm - Ringtone kumpulan Creed berbunyi. Lepas tu aku jawab la, apa lagi.

"Hello, mak".
"Hello. Mak nak bagitau, Makcik Yati bagitau anak dia bagitau esok harga minayk naik 5 sen. Kalau nak isi minyak, isi la skang. Nanti malam lepas announce kat Berita Jam 8 kang sure stesen minyak penuh".
"Okay" respon aku. Aku percaya sebab anak menantu Makcik Yati keja dengan kompeni jual minyak.
Letak henfon.

Hmm..xpela..nak buat camana. Hari hari aku isi minyak motor. Sama gak...naik 5 sen ...hmmm..redha je la..camana ejaan redo sebenarnya?..aku blum dapat jawapan.

Bangfes

Bangfes tengah naik betul skang ni. Korang setuju tak? Masa aku memula baca penutup entri blog Hilang Punca memang aku tak brapa nak setuju. Tapi last skali aku terpaksa gak setuju. Tak percaya kalu, bila bila nanti korang turun Bukit Bintang korang usha keliling korang.

Ariel Luna Maya Cut Tari

Tumpang pinjam nama nama diorg. Nama diorg pun tengah hot skang ni walaupun dah suam suam teh tarik. Pada aku hot la, sebab aku penah perform dengan band kompeni aku lagi Peterporn ni..silap Peterpan. Ceit!! alasan macam pornographer. Penyanyi band kompeni aku Incik Hidemichi. Mungkin dia ingat tajuk lagu tu.

Polis Indonesia pun tgh tggu Ariel mengaku. Aku tak paham gak kenapa nak tunggu dia mengaku, padahal Luna Maya (macam nama kaler pensel) dengan Cut Tari (camana nak sebut nama dia? Kat Tari? atau Cut Tari?) dah mengaku. Habis diorg projek gajah putih dengan siapa?...aku tak tau sebab aku tak tengok pon video clip tu. Mana aku dapat kisah ni? Alaa, aku ciplak dari Harian Metro. Saja nak sedekah RM1.50, padahal dah tau takkan dapat apa-apa berita yang bagus bagus melainkan cerita artis pukul bini, operasi tangkap khalwat, serbu rumah urut, jiran rogol anak jiran & kisah kisah yang menunjukkan segala macam masalah skang ni.

Teruk gak keadaan kat Malaysia skang ni. Tapi tak la seteruk macam kat Bangladesh kot. Takpe, esok aku interview Mat Bangla yang tengah cuci bangunan kat tempat keja aku ni.

Monday, July 12, 2010

Domain Web Hosting

Kalau nak ada website kena ada Domain kan?..pastu kena ada Web Hosting kan?...betol la kot...sbb aku pun baru je tau buat website sesikit. Aku nak la buat kedai online aku yang nampak macam kedai online kompeni besar. Aku tau la buat sesikit. Kena la ada Domain & Web Hosting tu. Aku pun jumpa la satu provider ni. ECommerceMastery nama dia. Aku rasa owner dia nama Saiful Sham sbb kat website tepi belah kanan tu ada tulis nama Saiful Sham. Aku pun bayar la RM130. Murah tapi banyak la gak pada aku. Aku harap lewat lewat lagi 2 hari aku dapat la username & password bagai. Skali tgk email xde gak. Lepas seminggu xde, aku tipon opis dia. Opis dia kat Puchong. Takde org jawab gak...lepas lebih sebulan aku cuba tipon xde org jawab gak. Aku bengang. Siapa tak bengang kalau dah kena kencing. Aku tak kira, selagi diorg tak pulangkan balik duit aku RM130 tu, aku takkan padam entry ni. Padan muka dia. Biar org lain tau. Biar orang lain pun x kena tipu. Tak kena kencing. Incik SaifulSham...tolong pulangkan balik duit aku ye...Patutlah SaifulSham boleh jadi org kaya. Boleh banyak duit. Duit online business. Online Business kencing orang rupanya...sorry la ye..selagi aku tak dapat balik duit aku..lantak kat kau...Rm130 tu bleh buat beli diapers anak aku 3 bungkus besar kau tau tak..??

Springville Apartment Ukay Perdana

Entry kali ni aku nak cite pasal Springville Apartment. Sebab aku tengok ramai gak la yang search pasal Springville Apartment kat Google singgah kat blog aku ni. Chewah..macam la ramai sgt. Entry ni adalah entry ke-2 aku cite pasal Springville setelah 2 tahun aku x cite pasal apartment tu. Kononnya aku nak update pasal apartment tu, tapi tempo utk aku blog pun lembab jugak. Sama mcm tempo Springville Apartment tu disiapkan.

Ptg Sabtu lepas aku tekan padle minyak kereta aku yang mmg dikenali seluruh dunia sebagai kereta yang paling bersivik untuk naik ke atas bukit Ukay Perdana. Nak tgk perkembangan Springville. Nampak semua dah siap. Dah ada meter air kat kawasan luar Springville. Lampu pun ada yang dah menyala. Maknanya dah ada bekalan letrik la tu. Pokok dah ditanam. Keseluruhan Springville dah dicat. Walaupun aku x berkenan tgk finishing yang dibuat. Tapi redha je la...(camana ejaan redha ek?..R.E.D.H.A ke R.E.D.A)..

Kalau ikut perjanjian tahun 2005 dulu siap. Tahun 2005 jugak dah bleh masuk. Tapi sebab mat indon semua kena hantar balik Indon...arghh..x yah cite la..sbb dah cite dah 2 tahun lepas..Pastu patut bulan April 2010 dah bleh masuk, tapi x bleh gak...pastu dapat tau, bulan Ogos 2010 ni baru bleh clear semua dgn Bomba, MPAJ bagai...pastu baru bleh masuk...

Nak tak nak kena tunggu jugak...asalkan bleh masuk pastu aku nak sewakan Apartment tu...Siapa nak sewa bleh contact aku....booking dulu pun xpe...aku terima...booking tak yah bayar apa apa...bagi nama & contact nama je...Apa-apa hal aku bagitau dulu la harga sewanya adalah RM750.00 sebulan. Aku tak amik deposit byk..sebulan je deposit. Duit api & air RM100.00. je...Gelojoh gak aku ni sbb umah blum bleh masuk aku dah cari penyewa...hahaha...pedulik....rumah aku, aku punya suka la....

Wednesday, July 7, 2010

Perbincangan Seni


Aku bukan org seni yang mampu utk meluahkan pendapat 'berseni'. Cuma yang mampu aku lakukan adalah meluahkan pendapat peribadi terhadap seni. Kat bawah ni adalah pendapat aku terhadap seni setakat ni..mungkin akan ada lagi pendapat yang akan keluar. Aku x paksa sesiapa utk setuju dgn pendapat aku. Macam aku cakap tadi, ini pendapat peribadi. Aku punya hak terhadap pendapat aku...kalau korang nak join sila la ke sini . Aku siap bagi publisiti percuma kat page diorg ni...