Nuffnang

Friday, January 13, 2012

@ Central Market

Freedom For Gaza

Smiley Face On Rack

Writing

Wednesday, May 11, 2011

Perhentian

Aku buat keputusan untuk berhenti daripada blogging kat blog corneamelayu ni. Saja je cari port lain.....Blog ni tetap ada...aku tak delete...mana la tau tetiba aku nak blog kat sini plak lain kali....

Tuesday, May 10, 2011

Groom

Satu pagi Boss aku call ajak pegi meeting kat Shah Alam pukul 3 ptg. So, lepas lunch pukul 2.20ptg aku pun rempit la ke Shah Alam. Aku malas sebenarnya nak pergi dalam keadaan cuaca panas skang ni. Mau rentung kulit aku yang dulunya putih macam anak cine bertukar ke kaler macam penduduk Hawaii Five-O...hehehe...Tapi nak buat camana, aku gerak jugak la ...aku yang menurut perintah....
Sampai Shah Alam 2.55ptg, nasib baik tak lewat. Boss aku tunggu kat info counter. Bila aku jumpa dia je terus dia cakap ..."Saje je aku ajak kau join meeting ni. Aku nak kenalkan kau dgn En. Z**I. Aku nak groom kau..."...Aku dalam hati cakap..."apa barang nak groom gua. Gua dah jumpa berurusan dengan org lagi besar drpd En. Z**I ni....lu ingat gua suka ke berurusan dengan org besar besar ni??!!...lu ingat gua suka ke meeting2 ni..??!!...Pasal gua tak suka buat kerja2 macam tu la gua sanggup transfer sub lain der...."
Lagipun, statement standard Bos-bos kat tempat kerja gua ni "Nak groom subordinate..."...padahal, nak taichi suruh org bawah 'tadah bontot'...!!!!...Alasan diorg tu semua dlm tangan gua la....hahahah...

Thursday, April 28, 2011

Print Gambar


Aku rasa macam dah agak banyak jugak la gambar-gambar yang aku snap sejak beberapa tahun ni. Ada yang aku upload ke blog ni, atau photoblog corneaphotozone, ada jugak yang aku upload ke Flickr dan ada jugak yang aku upload ke page Facebook aku. Perghh...bersepah-sepah tempat aku simpan gambar-gambar tu semua. Aku rasa dah sampai masa untuk aku buat housekeeping kat semua tempat-tempat yang aku cakap tadi. Maknanya, aku kena print semua!!!...Simpan dalam album. Pilih mana yang elok utk aku print ke canvas utk aku gantung kat umah aku. Kebanyakan gambar-gambar tu simpan kat MacBook. Masalah utama adalah MacBook tu dah JAHANAM!!!...Agak lama MacBook tu rosak & sampai skang aku tak hantar repair. Nampaknya, aku kena print je mana yang ada ni dulu. Lepas tu, aku nak delete semua gambar-gambar yang aku penah upload & susun semua balik kat Facebook & Flickr. Gambar-gambar kat Facebook utk aku share dgn kawan-kawan & sedara mara aku. Pastu nak kena upgrade account kat Flickr untuk besarkan storage. Lagipun kat Flickr gambar-gambar yang kita amik kekal dalam resolution yang baik & tinggi. Ok la...aku nak start susun semua gambar-gambar utk aku print & simpan dlm album....chow..

Friday, April 22, 2011

Main Salji


Kejap aku check balik bila aku pegi main salji.....My Computer>F:>Photow> bla bla bla....Jumpa dah...9 April 2011..ada la dlm 2 minggu lepas aku pegi main salji...Aku bawak anak bini aku pegi main salji....Memang best la...Kena plak 1st time main salji...Pergh..menggigil der....anak aku yang kecik sampai menangis tak tahan sejuk....



Aiman, anak aku yang sulung heran tengok aku selamba je, kental tak sejuk pun. Aku pun apa lagi poyo lebih la bila dia tanya "Abah tak sejuk ke?"..."Abah dah biasa dah..."...hehehe...Gila poyo abis...


Sebenarnya, aku bawak anak bini aku pi I-City kat Seksyen 7, Shah Alam. Alah..tempat pokok pokok berlampu tu la....sampai dlm kul 10mlm gak la lepas berpusing area Shah Alam tu mencari lokasi sebenar I-City. Padahal sebelah Federal Highway je pun...itupun selepas aku tanya kat Google minta Direction....hahahha..tapi start masuk ke Icewalk dlm kul 11 mlm. Byk hal la....

Cuma aku nasihatkan kalau korang nak layan Icewalk ni, bawak la skali Snowcap ke, necktube/neckwarmer ke...dan yang paling penting jangan pakai selipar...serius der...kalau rasa nak kena gengren pakai la selipar...Lagipun brader yg jaga kat pintu masuk Icewalk yg ala ala taman skodeng tu, takkan bagi kebenaran kalau tak pakai kasut. Lagi satu yg paling penting bawak la duit banyak skit....sebab harga tiket RM25 utk dewasa, RM20 utk kanak kanak. Diingatkan bawak la skali tiket parking keta sebab korang akan dapat diskaun RM10 utk masuk ke Icewalk.

Macam kitorang 2 dewasa x RM25, dah RM50. 2 kanak kanak x RM20, dah RM40. So kena la bayar RM80 je....Kalau korang tak pakai kasut, korang kena sewa kasut Phua Chu Kang kat situ Rm10 sepasang. deposit RM20!!!...kan aku dah cakap byk pakai duit...so paham paham la ye...

Masa kat Icewalk, I-City tu sempat la aku snap beberapa gambar anak anak aku....cuma yang frustnya, bila dah kluar dari Icewalk, tak bleh nak amik gambar kat pokok berlampu kat luar tu sebab Lens D80 aku berwap!!!!...hahaha...lain kali kalau pegi sana, amik dulu gambar or jejalan dulu kat luar. Lepas tu baru masuk layan salji kat Icewalk...!!!

Kalau korang nak layan gamba, macam biasa la...aku post kat corneaphotozone ataupun bleh usha kat album facebook aku www.facebook.com/mnfauzi.

Tuesday, March 22, 2011

SpringVille Ukay Perdana

Lama aku x jengah blog aku ni. Semua gara-gara Facebook. Lagipun aku ni jenis kalau xde apa nak cite, aku diam je. Sebab tu ada jugak officemate aku kata aku ni x campur masyarakat. Aku x setuju. Tapi aku diamkan je la. Pada aku baik bertindak daripada bercakap.

Aku baru je check traffic brapa org yg singgah blog aku. Takde la byk pun. Tapi ada jugak la. Aku tgk yang singgah pun sebab diorg tanya pakcik google pasa SpringVille kat Ukay Perdana. Ya, apartment yang aku beli sejak 2002, tapi sampai skang ni blum bleh masuk lagi. Macam macam hal. Yang aku tau 'kembar tak seiras' SpringVille, iaitu incik Seri Hijauan akan mula dihuni dalam masa terdekat sebab pembeli semua mungkin akan dapat kunci dlm bulan ni jugak. Tahniah la pada korang....

Pada pembeli SpringVille, aku harap korang semua sabar lagi. Sama macam aku, masih bersabar. Aku dengar dengar, si angin bisik kat telinga bagitau semuanya akan clear & dapat kunci dlm tahun ni jugak. Skang ni tunggu MPAJ je bagi kelulusan.

Lepas ni semua buyers Springville & Seri Hijauan akan mula collect RM la...at least 40% duit L.A.D. Masyukkkk....boleh la buat modal utk buat grille, kitchen kabinet bagai....pada yang nak sewakan apartment tu, kalau x silap aku market range sewa apartment kat situ RM650-RM750. Pergghhh..!!! Masyuk lagi....

Aku punya plan, aku akan sewakan apartment tu memandangkan aku pun skang ni tinggal kat kuarters kat Putrajaya ni. Tambah plak aku baru je beli satu lagi rumah kat Kajang. Pasal rumah kat Kajang ni, nanti aku cite kat entry dilain kali plak ye....hehehhe...

Berita terbaru....Team Futsal aku dapat tempat ke-3, tournament futsal tertutup company aku keja...hehehe....kalau tak dapat gak ke final...tapi aku telah mengecewakan penyokong & peminat aku...hehehe...(poyo) sebab aku tak nak kecewakan goal keeper lawan masa semifinal, so aku sepak terus ke dakapan goalkeeper tu.....cesss..!!!!